Tanda-tanda
Munafik: Bergaul dengan orang yang memperolok al-Qur'an
Umat
Islam seharusnya faham dan peka dengan sikap orang-orang yang ingkar terhadap
perintah Allah dan Rasul-Nya, iaitu tidak mendekati atau bergaul dengan mereka
sehingga boleh menjejaskan dan merosakkan aqidah dan akhlak.
Musuh-musuh
Islam, terutama orang-orang kafir dan munafik sentiasa berusaha untuk
merosakkan dan menghancurkan peradaban umat Islam dalam segala bidang. Justeru itu,
kaum muslimin hendaklah berhati-hati dan menjauhi daripada bergaul dengan
mereka agar tidak terpengaruh dengan mereka.
Firman
Allah swt.
وَقَدْ
نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ
بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ
غَيْرِهِ ۚ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ
فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
"Dan
sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa
apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh
orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka
memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat
demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan
mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam
Jahannam".An-Nisa:140
No comments:
Post a Comment