Saturday, 5 August 2017

Mencaci maki

Tanda-tanda Munafik-Mencaci maki

Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang Muslim adalah dilarang dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang. Sikap demikian adalah termasuk amalan munafik dan merupakan suatu pembohongan yang besar dan nyata.

Firman Allah swt:
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا

"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata".Al-Ahzab:58

Islam adalah agama yang universal yang sentiasa mementingkan perpaduan,keharmonian dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat,kedudukan dan keturunan. Malah umat Islam hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan maruah orang lain agar dapat membentuk budaya hidup masyarakat penyayang dan berakhlak mulia berlandaskan iman.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". Al-Hujurat:11

Rasulullah saw bersabda:

كُلُّ اْلمـُسْلِمِ عَلىَ اْلمـُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَ مَالُهُ وَ عِرْضُهُ

“Setiap muslim terhadap muslim yang lain adalah haram darah, harta dan kemuliaannya”. [HR Muslim: 2564, Abu Dawud: 4882, at-Turmudzi: 1927, Ibnu Majah: 3933 dan Ahmad: II/ 277, 311, 360.  Shahih

Rasulullah saw bersabda pada waktu khutbahnya pada hari nahar di Mina di waktu haji wada’,

إِنَّ دِمَاءَكُمْ وَ أَمْوَالَكُمْ وَ أَعْرَاضَكُمْ عَلَيْكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فىِ بَلَدِكُمْ هَذَا فىِ شَهْرِكُمْ هَذَا أَلاَ هَلْ بَلَّغْتُ

“Sesungguhnya darah, harta dan kemuliaan kalian adalah haram sebagaimana haramnya hari ini, di negeri ini, di bulan ini. Tidakkah aku telah menyampaikannya?”. HR al-Bukharii: 67, 105, 1741, 3197, 4406, 4662, 5550, 7078, 7447, Muslim: 1679 dan Ibnu Majah: 3931. Sahih

Sabda Rasulullah saw:

لَا يَنْبَغِى لِصَدِيقٍ أَنْ يَكُونَ لَعَّانً

“Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk (sahabatnya). HR Muslim

Sabda Rasulullah saw:
لَيْسَ اْلمـُؤْمِنُ بِالطَعَانٍ وَلَا بلَعَّانٍ وَلَا بِلْفَاحِشِ وَ لَا بِلْبَذِيِّ
“seorang Mukmin bukanlah orang yang suka mencaci, bukan suka menghina,bukan yang suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji”. HR Muslim

سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

“Mencaci seorang muslim adalah kefasikan dan memeranginya adalah kekufuran”. HR al-Bukharii: 48, 6044, 7076, Muslim: 64, at-Turmudziy: 1983, 2635, an-Nasaiy: V/ 121, 122, Ibnu Majah: 69 dan Ahmad: I/ 385, 411, 433, 439, 446, 454.  Sahih

سِبَابُ الْمُسْلِمِ فَسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

“Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir”. HR Abu Daud

لَعْنُ الْمُؤْمِنِ كَقَتْلِهِ

“Mengutuk seseorang muslim itu seperti membunuhnya”. HR Jama’ah kecuali Ibnu Majah.
أَكْثَرُ خَطَايَا ابْنِ آدَمَ فىِ لِسَانِهِ
“Kebanyakan dosa anak-anak adam itu ada pada lisannya”. HR ath-Thabrani, Hasan



No comments:

Post a Comment