Monday, 21 August 2017

Ghasab (mengambil tanah orang lain tanpa hak)

Tanda-tanda Munafik: Ghasab (mengambil tanah orang lain tanpa hak)

Ghasab adalah menguasai atau mengambil harta orang lain(tanah) orang lain dengan jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai agama. Perbuatan nengambil tanah orang lain atau ghasab walaupun sejengkal adalah termasuk dosa besar dan munafik.

Sabda Rasullullah saw,

مَنْ أَخَذَ مِنَ الأَرْضِ شِبْرًا بِغَيْرِ حَقِّهِ حَسِفَ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ إِلَى سَبْعِ أَرَضِيْنَ

“Barangsiapa mengambil sejengkal tanah(bumi) dengan tanpa hak nescaya ditenggelamkan ia pada hari kiamat sampai ke dalam tujuh lapis bumi”. HR Bukhari

Sabda Rasullullah saw,

مَنْ غَصَبَ رَجُلً أَرْضَا ظُلْمًا لَقِيَ اللهَ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانٌ


“Barangsiapa mengambil tanah orang lain secara zalim, nescaya ia akan bertemu dengan Allah dan Dia sangat murka kepadanya” HR Tabrani

No comments:

Post a Comment