4 tanda dari kesempurnaan iman (mencintai, membenci , memberi dan melarang (menahan) kerana Allah)
حَدَّثَنَا مُؤَمَّلُ بْنُ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ شَابُورَ عَنْ يَحْيَى بْنِ الْحَارِثِ عَنْ الْقَاسِمِ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ أَحَبَّ لِلَّهِ وَأَبْغَضَ لِلَّهِ وَأَعْطَى لِلَّهِ وَمَنَعَ لِلَّهِ فَقَدْ اسْتَكْمَلَ الْإِيمَانَ
Telah menceritakan kepada kami Muammal Ibnul Fadhl berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Syu'aib bin Syabur dari Yahya Ibnul Harits dari Al Qasim dari Abu Umamah dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa mencintai karena Allah, membenci karena Allah, memberi karena Allah dan melarang (menahan) karena Allah, maka sempurnalah imannya."
HR Abu Daud,4061. Sahih
Dalil al-Qur'an:
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. An-Nisa:142
Mencintai kerana Allah:
Barangsiapa mencintai kerana Allah ( مَنْ أَحَبَّ لِلَّهِ ) terhadap sesuatu atau seseorang bukan kerana luar tabi’i atau bukan kerana nafsu tetapi hanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah.
Sebagaimana tanda cinta yang diucapkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam terhadap sahabat Baginda dalam sebuah hadith,
يَا مُعَاذُ إِنِّي اُحِبُّكَ لا تَدَعْ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ، اَللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadat kepadamu.”
HR Ahmad (no: 22119), Abu Daud (no: 1524), dan al-Nasaie (no: 9937). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah.
Dari Anas ra, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
“Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian sampai ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya”. HR Bukhari
Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala,
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَٰنُ وُدًّا
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. Maryam:96
Justeru itu, jika seseorang mencintai seseorang kerana orang tersebut memberinya sesuatu, maka dia tidaklah mencintainya tetapi hanya menyukai pemberian tersebut.Dan ini semua termasuk mengikuti keinginan jiwa sahaja.
Dan sesiapa yang mengatakan bahwa dia mencintai orang yang memberinya itu kerana Allah, maka itu hanya merupakan sebuah kedustaan, kemunafikan,kemustahilan, dan ucapan dosa. Kerana pada hakikatnya dia tidak menyintainya kecuali hanya menyintai atau menyukai hal-hal atau sarana yang sampai kepadanya yang berupa manfaat yang diraih atau keburukan yang tertolak, jadi dia hanyalah menyintai manfaat atau tertolaknya keburukan tersebut, dan yang semacam ini bukanlah kecintaan kerana Allah dan bukan pula dinamakan kecintaan kepada orang yang katanya dia cintai itu.
Membenci atau marah kerana Allah
Diantara tanda kesempurnaan Iman adalah membenci atau memarahi ( وَأَبْغَضَ لِلَّهِ ) kerana Allah demi kepentingan agama, seperti membenci kekufuran serta ahli kekufuran dan membenci kemaksiatan serta ahli maksiat ketika mana mereka sedang bermaksiat. Sebagaimana firman Allah,
وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ
Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu "cinta" kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, al-Hujurat:7
Memberi kerana Allah:
Memberi kerana (وَمَنَعَ لِلَّهِ ) meliputi setiap perkara samaada dari segi percakapan, pergaulan dan juga dikala bersendirian.
Dalil al-Qur'an
وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ
dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.Al-Muddassir: 6
Maksudnya adalah memberi sesuatu hanya dengan harapan dapat meraih reda dan pahala dari Allah bukan karena kecondongan hatinya pada yang ia beri.
Dan dalam amalan kebiasaannya, kita boleh saja menanti ucapan terimakasih dari orang yang kita beri, tapi mengabaikannya jauh lebih mulia dan kedudukannya lebih tinggi, sebagaimana dalil dari firman Allah:
إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا
Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.Al-Insan:9
Melarang (menahan) kerana Allah
Melarang (menahan) kerana Allah (وَأَعْطَى لِلَّهِ ),
Justeru itu setiap penolakan yang ia lakukan adalah atas dasar perintah Allah meliputi setiap perkara baik dari segi percakapan, pergaulan dan jika bersendirian sama seperti firman Allah didalam surah al An’am ayat 162:
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
Seperti dikala menahan diri dari memberi zakat kepada non muslim kerana tiada kemuliaan darinya atau menahan memberi zakat kepada keturunan bani Hasyim kerana keagungan darajatnya, justeru kerana Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam adalah dari keturunan bani Hasyim.
Dan juga dalam urusan seharian, memilih kawan, memilih teman hidup, yang paling afdal sekali adalah untuk mendapat keredaan Allah.
Justeru itu, hendaklah sentiasa ingat kepada Allah, ingat kepada hukum hakam-"Nya ketika melakukan sebarang urusan kehidupan, Kerana kesemuanya adalah sarana yang memainkan peranan yang penting agar kita sentiasa istiqamah di atas jalan agama.