Friday, 29 December 2017

Tanda dari baiknya keIslaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.

Tanda dari baiknya keIslaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.

حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ شَابُورَ حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ عَنْ قُرَّةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حَيْوَئِيلَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ

Telah menceritakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Syu'aib bin Syabur telah menceritakan kepada kami Al Auza'i dari Qurrah bin Abdurrahman bin Haiwa`il dari Az Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tanda dari baiknya keIslaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya."
HR Ibnu Majah,3966. Sahih

Telah sedia dimaklumi bahawa seluruh kebaikan ajaran Islam telah terhimpun dalam dua kalimah yang disebutkan Allah Subhananuwata'ala dalam surat An Nahl ayat 90:

إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kalian) berlaku adil dan berbuat kebajikan.” An-Nahl: 90

Hadith di atas mengandungi makna bahawa 
sesuatu yang tidak bermunafaat bagi seseorang muslim, boleh berlaku samaada dengan perkataan atau dengan perbuatan malahan boleh berlaku dengan hati. Justeru itu, setiap perkataan dan perbuatan yang tidak ada munafaatnya baik ianya untuk kepentingan ukhrawi atau duniawi seorang muslim, maka seharusnya dia tinggalkan agar keIslamannya menjadi baik.

Walaupun begitu, apakah acuan dan sumber yang boleh digunakan untuk menentukan suatu perbuatan itu termasuk bermunafaat bagi seorang muslim atau tidak?

Justeru itu, acuan dan sumber yang harus kita gunakan dalam masalah ini adalah syariat dan bukan hawa nafsu. Hal ini perlu ditekankan kerana ramai orang yang salah faham dalam memahami hadits ini, sehingga dia meninggalkan hal-hal yang diwajibkan syariat atau disunahkan, dengan alasan bahwa hal-hal itu tidak bermanfaat baginya

Antara lain hal-hal yang tidak bermanfaat bagi seorang muslim, adalah:

1. Maksiat atau hal-hal yang diharamkan oleh Allah ta’ala. Dan ini hukumnya wajib untuk ditinggalkan oleh setiap manusia. Kerana dia bukan hanya tidak bermunafaat, malahan juga membahayakan diri sendiri, baik di dunia mahupun di akhirat. Di antara bahaya yang ditimbulkan maksiat di dunia adalah mengerasnya hati dan menghitam, hingga cahaya yang ada di dalamnya padam. Akibatnya, mata hatinya akan menjadi buta sehingga tidak mampu untuk membezakan mana yang haq dan mana yang batil. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam firmannya,

كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.al-Muthaffifin: 14

Dan dijelaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadith berikut,

« إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيْئَةً نُكْتَتُ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةً سَوْدَاءَ, فَإِنْ هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ صَقلَ قَلْبُهُ, وَإِنْ زَادَ زِيْدَ فِيْهَا حَتَّى تَعْلُو قَلْبُهُ وَهُوَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَ اللهُ كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوْبِهِمْ مَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ.»

“Jika seorang hamba berbuat sebuah dosa, maka akan ditorehkan sebuah noktah hitam di dalam hatinya. Tapi jika ia meninggalkannya dan beristigfar niscaya hatinya akan dibersihkan dari noktah hitam itu. Sebaliknya jika ia terus berbuat dosa, noktah-noktah hitam akan terus bertambah hingga menutup hatinya. Itulah dinding penutup yang Allah sebutkan dalam ayat (Sekali-kali tidak demikian, sebenarnya apa yang selalu mereka kerjakan itu menutup hati mereka)” al-Muthaffifin: 14.HR Ibn Majah. Hasan

Adapun di akhirat pula, maka orang yang gemar berbuat maksiat, diancam oleh Allah untuk dimasukkan ke dalam neraka, 

وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوْعِدُهُمْ أَجْمَعِينَ

Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. Al-Hijr:43

2. Perkara-perkara yang dimakruhkan dalam agama dan juga berlebih-lebihan dalam mengerjakan perkara yang diperbolehkan agama, yang sama sekali tidak mengandung munafaat, malah kadangkala boleh menghalangi seseorang dari berbuat amal kebajikan.

Makruh kadang-kadang membawa maksud haram. Erti inilah yang kadang-kadang dimaksudkan oleh para ulama .Sikap seperti ini didasarkan kepada sifat berhati-hati (ihtiat)di dalam mengistinbatkan suatu hukum, Sebagaimana mengambil peringatan dari firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَٰذَا حَلَالٌ وَهَٰذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. Al-Nahl:116

Justeru itu maka jangan merasa aman jika melakukan sesuatu yang makruh. Ini kerana definisi Makruh dari sudut bahasa bererti yang tidak disukai atau dibenci.
Maka kerana itu sudah seharusnya kita meninggalkan sesuatu yang dibenci oleh Allah Subhanahuwata'ala. Seperti dalam firman Allah Subhanahuwata'ala Al-Isra' 38,

كُلُّ ذَٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِنْدَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu.

Kata makruhan (مَكْرُوهاً) atau dibenci dalam ayat di atas ertinya diharamkan.

No comments:

Post a Comment