Doa agar dikurniakan petunjuk, ketakwaan, harga diri(kesucian), dan kecukupan.
حَيَاةً طَيِّبَةً حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى و حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ غَيْرَ أَنَّ ابْنَ الْمُثَنَّى قَالَ فِي رِوَايَتِهِ وَالْعِفَّةَ
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna dan Muhammad bin Basysyar mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abu Ishaq dari Abul Ahwash dari 'Abdullah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahwasanya beliau pernah berdoa: "ALLOOHUMMA INNII AS-ALUKALHUDAA WATTUQOO WAL'AFAAFA WALGHINAA "Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, terhindar dari perbuatan yang tidak baik, dan kecukupan (tidak minta-minta,)." Dan telah menceritakan kepada kami Ibnu Al Mutsanna dan Ibnu Basyar keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman dari Sufyan dari Abu Ishaq melalui jalur ini dengan Hadits yang serupa. Namun Ibnu Mutsanna di dalam riwayatnya mengatakan lafazh; wal 'iffah (dan harga diri). HR Muslim, 4898.
Doa ini termasuk doa yang memenuhi segala maksud,kehendak dan keperluan dan kemaslahatan dunia dan akhirat. Iaitu mengandung permintaan agar mendapat kebaikan pada agama dan dunia.
Justeru itu, barang siapa yang dikurniakan petunjuk, ketakwaan, harga diri(kesucian), dan kecukupan, maka ia telah memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat ataupun dinamakan hayat thayyibah. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala berikut,
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. An-Nahl:97
Petunjuk(Hidayah):
Hidayah ialah lawan kepada sesat atau kesesatan iaitu dengan makna memberi penerangan, petunjuk, penjelasan dan suluhan.
Justeru itu maka boleh dirumuskan bahawa hidayah ataupun al-Huda iaitu satu kalimah yang sering disebut di dalam Al-Quran adalah merupakan satu cetusan halus yang dicampakkan Allah Subhanahuwata'ala yang menyerap masuk ke lubuk hati seseorang sehingga memiliki kekuatan dan mampu untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan diri demi kepentingan hidup di akhirat.Hal ini sebagaimana disebut dalam surah Al Fatihah,ayat 6,
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
“Tunjukilah kami jalan yang lurus,
Dan diikuti pula dengan surah kedua, Al-Baqarah ayat 2 – Allah s.w.t membuat perisytiharan bahawa Al-Quran sebagai sumber utama hidayah.
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,
Ketakwaan:
Takwa adalah melaksanakan segala yang diperintahkan Allah dan meninggalkan segala yang dilarang. Ketakwaan di dalam hati adalah dengan bersungguh-sungguh dalam mentaati perintah Allah Ta’ala dan menyakini bahawa Allah akan membalas atas usahanya tersebut dengan menambahkan hidayah dan ketakwaan. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman betakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benarnya takwa kepada-Nya dan jangan kalian mati kecuali dalam keadaan Islam” (Ali Imron: 102).
Allah juga berfirman Subhanahuwata'ala,
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
“Barang siapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang menang” An-Nur: 52
Kesucian(harga diri-'iffah) الْعَفَافَ
Dari segi bahasa ‘iffah adalah menahan. Dari segi istilah pula iaitu,menahan diri sepenuh dari perkara-perkara yg Allah haramkan. Dengan demikian seorang yang ‘afif adalah orang yang bersabar dari perkara-perkara yang diharamkan walaupun jiwa cenderung kepada perkara tersebut dan menginginkannya. Allah swt berfirman:
وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِيْنَ لاَ يَجِدُوْنَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللهُ مِنْ فَضْلِهِ
“Dan orang-orang yang belum mampu untuk menikah hendaklah menjaga kesucian diri sampai Allah menjadikan mereka mampu dengan karunia-Nya.” an-Nuur:33
Termasuk dlm makna ‘iffah adalah menahan diri dari meminta-minta kepada manusia. Allah swt berfirman:
لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا ۗ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui. Al-Baqarah:273
Kecukupan- الْغِنَى
Al Ghina, iaitu kekayaan hati atau qanaah, sehingga tidak merasa bergantung dan terlalu mengharapkan apa yang ada di tangan manusia, melainkan hanya bergantung dan berharap pada apa yang ada di sisi Allah Subhanahuwata'ala.
Iaitu mengandungi sikap menjaga diri dari makhluk dan tidak bergantung kepada mereka, merasa cukup dengan Allah dan dengan rezeki yang dilmpahkan-Nya serta bersikap qana’ah (menerima apa adanya), iaitu merasai kecukupan atau memperoleh sesuatu yang menenangkan hati, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
“Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang selalu merasa cukup.” HR Bukhari,6446 dan Muslim,105
Dengan kesucian dan kecukupan ini, maka akan sempurna kebahagiaan hidup di dunia dan memperolehi ketenangan batin, dimana perkara ini merupakan hayat thayyibah (kehidupan yang baik).
Alhamdulillah
ReplyDelete