Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam
oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Termasuk daripada salah satu aspek yang
dilarang Rasulullah SAW. adalah membela anjing tanpa adanya suatu keperluan. Di
kalangan masyarakat yang suka bermewah-mewahan, mereka rela mengeluarkan wang
yang banyak untuk membela anjing, tapi sangat kedekut untuk memberi sedekah
kepada manusia. Bahkan ada yang sampai mencurahkan kasih sayang yang begitu besar
kepada anjing, tapi dia malah bersikap tak peduli kepada saudaranya dan lupa
kepada jiran tetangganya.
Dengan
adanya anjing di rumah seorang muslim, tentulah juga akan menjadikan bejana dan
sebagainya bernajis kerana dijilat anjing. Rasulullah bersabda ,
إِذَا ولَغَ الكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ
فَلْيَغْسِلْهُ سَبْع مَرَّاتٍ إحدَاهُنَّ
بِالتُّرَابِ
“Jika anjing menjilat bekas salah seorang daripada kamu, maka
dia mesti mencucinya tujuh kali dan salah satunya dicampur dengan tanah.”. HR
Bukhari
Rasulullah bersabda ,
مَنِ
اتَّخَذَ كَلْبًا إِلا كَلْبَ صَيْدٍأَوْ زَرْعٍ ماشية,
إِنْتَقَصَ مِنْ أَجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ
“Sesiapa membela anjing kecuali anjing pemburu, penjaga kebun
atau ternakan maka setiap hari ganjaran akan berkurang satu qirath. HR al-Jamaah
Rasulullah bersabda ,
لَوْلَا أَنَّ الْكِلَابَ أُمَّةٌ مِنْ الْأُمَمِ لَأَمَرْتُ
بِقَتْلِهَا
“Andai
sahaja anjing itu bukanlah suatu umat di antara umat yang lain, tentulah sudah
ku perintahkan untuk membunuhnya”.HR Abu Daud
Hikmah dari larangan membela anjing
ialah, sebagaimana dikata oleh seorang ulama: “Sesiapapun tamu yang datang, dia
akan menggonggong, menakut-nakuti orang yang meminta-minta dan menggaggu orang
yang lalu lalang. “Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW. bersabda:
" أَتَانِي
جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام ، فَقَالَ :
أَتَيْتُكَ الْبَارِحَةَ فَلَمْ يَمْنَعْنِي أَنْ أَكُونَ دَخَلْتُ إِلَّا أَنَّهُ
كَانَ عَلَى الْبَابِ تَمَاثِيلُ وَكَانَ فِي الْبَيْتِ قِرَامُ سِتْرٍ فِيهِ
تَمَاثِيلُ وَكَانَ فِي الْبَيْتِ كَلْبٌ ، فَمُرْ بِرَأْسِ التِّمْثَالِ الَّذِي
فِي الْبَيْتِ يُقْطَعُ فَيَصِيرُ كَهَيْئَةِ الشَّجَرَةِ ، وَمُرْ بِالسِّتْرِ
فَلْيُقْطَعْ فَلْيُجْعَلْ مِنْهُ وِسَادَتَانِ مَنْبُوذَتَيْنِ تُوطَآَنِ وَمُرْ
بِالْكَلْبِ فَلْيُخْرَجْ "
“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata: “Semalam aku
datang kepadamu, tak ada yang mencegahku untuk masuk, selain di atas pintu itu
ada patung. Di dalam rumah ada kain nipis dengan beberapa gambar di dalamnya da
juga ada anjing. “Maka perintahkanlah untuk memotong kepala patung itu sehingga
dia seperti sebatang pokok. Perintahkan supaya kain langsir itu dipotong
menjadi dua bantal yang diinjak dan perintahkanlah agar mengeluarkan anjing”. HR
Ahmad, Abu Daud, An-Nasaei, Al-Tirmizi dan Ibnu Hibban.
Larangan ini berlaku untuk anjing
peliharaan tanpa adanya suatu kepentingan atau kegunaan tertentu.