Friday, 20 November 2015

Sudut Feqah: Disunatkan Mengingat Kematian dan Beramal sebagai Persiapan untuk Menghadapinya.


Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

Agama menggalakkan kita supaya mengingat kematian, membekali diri dengan amal soleh dan menganggap yang demikian itu sebagai satu kebaikan. Dari Ibnu Umar ra., katanya yang bermaksud:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ عَاشِرَ عَشَرَةٍ ، فَقَامَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ ، فَقَالَ : يَا نَبِيَّ اللَّهِ ، " مَنْ أَكْيَسُ النَّاسِ وَأَحْزَمُ النَّاسِ ؟ ، فَقَالَ : أَكْثَرَهُمْ ذِكْرًا لِلْمَوْتِ ، وَأَشَدُّهُمُ اسْتِعْدَادًا لِلْمَوْتِ قَبْلَ نُزُولِ الْمَوْتِ ، أُولَئِكَ هُمُ الأَكْيَاسُ ذَهَبُوا بِشَرَفِ الدُّنْيَا وَكَرَامَةِ الآخِرَةِ "

“Aku datang kepada Rasulullah SAW. sebagai orang yang kesepuluh. Tiba-tiba seorang lelaki Ansor berdiri dan bertanya: ‘Wahai Nabi Allah! Siapakah orang yang disebut paling bijak dan paling bertekad kuat antara umat manusia ini? Beliau menjawab: ‘Dia adalah seorang yang paling sering mengingat kematian dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapinya. Merekalah orang-orang yang bijak dan berjaya memperoleh kehormatan di dunia dan kemulian di akhirat”. HR oleh Thabrani dengan sanad Hasan.

Dari Ibnu Umar ra., Nabi SAW. bersabda,

أَكْثِرُوا من ذكر هَاذِمِ اَللَّذَّاتِ
 “Perbanyaklah mengingat pemutus kesenangan, iaitu kematian”HR ath-Thabrani dengan sanad hasan

 كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
 
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [Ali Imran:185].”

 
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ* وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” Al-Rahman 26-27
إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ

" Sesungguhnya engkau (Muhammad) akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).”Al-Zumar:30

إِنَّ أَجَلَ اللَّهِ إِذَا جَاء لَا يُؤَخَّرُ لَوْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Sesungguhnya ajal (yang ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui.” Nuh 4

Mengingati kematian juga boleh mendatangkan ketenangan jiwa bagi seseorang yang sedang menghadapi kesulitan hidup. Ia akan menimbulkan kesedaran bahawa dunia bukan segala-galanya dan selepas kematian ada alam yang kehidupan serta kenikmatannya kekal abadi selama-lamanya. Bagi mereka yang dianugerahkan dengan kesenangan dalam kehidupan, maka mengingati kematian dapat menjauhkannya dari segala kerlipan serta godaan duniawi.  Kematian akan menyedarkannya bahawa segala kesenangan berbentuk duniawi itu tidak kekal dan dia bakal akan berpisah darinya. Hanya kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi. Ini dapat menggerakkan jiwanya untuk mempergunakan segala kesenangan di dunia ini demi untuk mencapai kebahagian di akhirat.

No comments:

Post a Comment