Saturday, 21 November 2015

Sudut Feqah: Disunatkan Berbaik Sangka Kepada Allah


Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

Seseorang yang menderita sakit sepatutnya sentiasa mengingat akan luasnya rahmat Allah di samping berbaik sangka terhadap-Nya. Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda tiga hari sebelum kewafatannya:
لَا يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَّا وَهُوَ يُحْسِنُ الظَّنَّ بِاللهِ

“Janganlah seseorang antara kamu meninggal dunia kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah”
Hadis ini menegaskan keutamaan bersangka baik mengharapkan keampunan Allah, Supaya seseorang itu berjumpa dengan-Nya dalam suatu keadaan yang amat dicintai-Nya. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Pemurah lagi Maha Dermawan. Dia suka memaafkan dan baik sangka. Dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa:

حديث جَابِرٍ قَالَ : سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( يَقُولُ يُبْعَثُ كُلُّ عَبْدٍ عَلَى مَا مَاتَ عَلَيْهِ ) رواه مسلم
“Setiap hamba akan dibangkitkan mengikut keadaan ketika dia hendak meninggal dunia”.

HR:Ibnu Majah dan at-Tirmizi dengan sanad yang baik yang diriwayatkan dari Anas:
عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى شَابٍّ وَهُوَ فِي المَوْتِ، فَقَالَ: كَيْفَ تَجِدُكَ ؟ .
 قَالَ: وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي أَرْجُو اللَّهَ، وَإِنِّي أَخَافُ ذُنُوبِي، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا يَجْتَمِعَانِ فِي قَلْبِ عَبْدٍ فِي مِثْلِ هَذَا المَوْطِنِ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا يَرْجُو وَآمَنَهُ مِمَّا يَخَافُ.
“Nabi Saw. melawat seorang pemuda yang sedang sakarat. Melihat itu, beliau bertanya: ‘Apa yang kamu rasakan sekarang ini? Dia menjawab: ‘Aku mengharapkan (keampunan) Allah sekaligus takut dosa-dosaku’. Beliau bersabda: ‘Tidaklah kedua-dua perkara ini menyatu dalam diri seseorang dalam suasana seumpamaini, melainkan Allah memberi apa yang diharapkan, dan melindunginya dari apa yang ditakutkan”.
HR Tirmizi beliau berkata “Hadis ini hasan namun Gharib” dan juga Ibn Majah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: «أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي فَإِنْ ظَنَّ بِي خَيْرًا فَلَهُ الْخَيْرُ فَلَا تَظُنُّوا بِاللَّهِ إِلَّا خَيْرًا»
“Aku menuruti prasangka hamba terhadapKu, jika Ia berprasangka baik terhadapKu, maka baginya kebaikan, maka jangan berprasangka terhadap Allah kecuali kebaikan”.HR Bukhari
أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَأْخُذُ الصَّدَقَاتِ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
“Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?”.At-Taubah :104

Firman Allah سبحانه وتعالى lagi,

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(Surah Al Baqarah : 186)

 

 

No comments:

Post a Comment