Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid
Sabiq
2- Sahih Muslim
Disyariatkan berubat dengan ruqyah dan
doa selagi mengandungi zikir kepada Allah dan dibaca dengan bahasa Arab yang boleh
difahami. Sebab, kata-kata yang tidak dapat difahami dikhuatirkan akan
mengandungi unsur-unsur syirik.
(الرقى ) adalah jamak kepada kalimah (الرقية ) yang
bermaksud doa yang biasa dibacakan kepada pesakit.
Dari
Auf bin Malik,katanya:
عوف
بن مالك الأشجعي رضي الله عنه قال: كنا نَرقي في الجاهلية، فقلنا: يا رسول الله،
كيف ترى في ذلك؟ فقال: (اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ، لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا
لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ) رواه مسلم.
“Pada
masa jahiliyyah, kami biasa melakukan perubatan dengan ruqyah.Kami akhirnya
bertanya: “wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu berkaitan masaalah ini?
Beliau menjawab: “Cuba bacakan ruqyahmu itu kepadaku. Sebenarnya tidak mengapa
melakukan pengubatan dengan ruqyah selagi tidak mengandungi unsur-unsur
syirik”. Juga diriwayatkan oleh Abu Daud.
Ar-Rabi’ berkata: “Aku
pernah bertanya kepada asy-Syafie mengenai hukum membaca ruqyah. Beliau
menjawab: “Tidak mengapa kamu membaca ruqyah yang bersumber kitab Allah atau
membaca zikir yang kamu ketahui”. Aku bertanya lagi: “Bolehkah Ahli kitab
meruqyahkan kaum muslimin?” Beliau menjawab: “Boleh, apabila mereka membaca
ayat-ayat kitab Allah dan zikir kepada Allah”.
DOA
DOA
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah katanya: Nabi
SAW. biasa mohon perlindungan untuk sebahagian keluarganya dengan menyapu
tangan kanannya kepada mereka dan di baca:
الَلهُمَّ رَبَّ النَاِس أَذْهِبِ البَأْسَ إِشْفِ أَنْتَ الشافيِ لا شِفَاءَ إلا ضِفاؤُكَ لا يُغَادِرُ سَقَمًا
“Wahai Tuhan segala manusia, hilangkanlah penderitaan dan sembuhkanlah,kerana Engkaulah yang dapat menyembuhkannya, tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan yang engkau berikan, iaitu dengan penyembuhan yang tidak meninggalkan kesan penyakit untuk selama-lamanya”.
Doa melawat orang sakit:
Dari Ibnu Abbas Nabi
SAW. berpesan, yang bermaksud sesiapa melawat orang sakit yang belum lagi
sampai ajalnya, lalu membaca doa berikut ini dihadapannya sebanyak tujuh kali
أَسْأَلُ اللهَ العَظِيَم رَبَّ العَرْشِ العَظيم أَنْ يُعَافِيْكَ وَيُشْفِيكَ
“Aku memohon pada Allah yang menguasai arasy agar memberi kesehatan dan kesembuhan padamu”.Maka Allah akan menyembuhakan pesakit dari penyakitya itu. HR: Abu Daud dan Tirmizi
No comments:
Post a Comment