Sunday, 8 November 2015

Sudut Feqah: Hukum Berubat Dengan Doktor Wanita atau Lelaki


Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Sahih Bukhari

3-Sahih Muslim

4-Fathul Bari

Lelaki dibolehkan mengubati wanita, sebaliknya wanita pula dibolehkan mengubati lelaki ketika dalam keadaan terdesak. Al-Bukhari berkata: “Bolehkah lelaki mengubati perempuan dan sebaliknya perempuan mengubati lelaki? “Kemudian beliau meriwayatkan satu hadis dari Rubayyi’ binti Mua’awwidz bin Afra’, katanya:

عَنِ الرُّبَيِّعِ بِنْتِ مُعَوِّذِ بْنِ عَفْرَاءَ ، قَالَتْ : كُنَّا نَغْزُو مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَنَسْقِي الْقَوْمَ وَنَخْدُمُهُمْ ، وَنَرُدُّ الْجَرْحَى وَالْقَتْلَى إِلَى الْمَدِينَةِ "
“Kami ikut berperang bersama Rasulullah SAW. untuk bertugas melayan dan memberi minum tentera serta menghantarkan pasukan perang yang luka atau jenazah mereka ke Madinah” HR Bukhari

عَنْ جَابِرٍ ، أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حِجَامَةٍ " فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجِمَهَا "

“Bahawa Ummu Salamah meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk rawatan bekam, maka Nabi SAW. menyuruh Abu Toibah merawatnya”.HR Muslim
Al-Hafiz dalam Fath al-Bari berkata: “Dibolehkan berubat kepada mereka yang berlainan jantina ketika dalam keadaan darurat, dan perkara-perkara yang berkaitan melihat,meraba dengan tangan dan lain-lain seumpamanya hendaklah dilakukan mengikut kadar keperluan.”Ibnu Muflih dalam kitab al-Adaab as-Syar’iyah berkata: “Jika seorang perempuan sakit dan tidak ada seorang doktor pun yang mampu mengubatinya selain doktor lelaki, maka dia dibolehkan melihat anggota tubuh sipesakit mengikut kepada keperluan, malahan kedua-dua kemaluan sekalipun. Demikian pula doktor lelaki apabila mengubati pesakit lelaki.”Ibnu Hamdan berkata. “Jika tidak ada yang mampu mengubati pesakit lelaki selain doktor perempuan, maka dia dibolehkan melihat anggota tubuh pesakit mengikut keperluan, bahkan kedua-dua kemaluannya sekalipun. “al-Qadhi  berkata, “Seorang doktor lelaki dibolehkan melihat aurat pesakit perempuan ketika diperluakan. Demikian pula sebaliknya bahawa doktor perempuan dan lelaki dibolehkan melihat aurat pesakit lelaki dikala diperlukan untuk berbuat demikian”.

No comments:

Post a Comment