Saturday, 7 October 2017

Ancaman keras keatas setiap Muslim yang mukallaf yang meninggalkan solat Jumaat tanpa ada uzur syar'ei.

Ancaman keras keatas setiap Muslim yang mukallaf yang meninggalkan solat Jumaat tanpa ada uzur syar'ei.


حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ حَدَّثَنِي عَبِيدَةُ بْنُ سُفْيَانَ الْحَضْرَمِيُّ عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya dari Muhammad bin 'Amru dia berkata; telah menceritakan kepadaku 'Abidah bin Sufyan Al Hadlrami dari Abu Al Ja'd Adl Dlamri -beliau termasuk dari sahabat Nabi- bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa meninggalkan Jum'at tiga kali karena meremehkannya, Allah menutup pintu hatinya." HR Abu Daud, 888. Hasan

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ إِدْرِيسَ وَيَزِيدُ بْنُ هَارُونَ وَمُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ قَالُوا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو حَدَّثَنِي عُبَيْدَةُ بْنُ سُفْيَانَ الْحَضْرَمِيُّ عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ وَكَانَ لَهُ صُحْبَةٌ قَالَ،قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَرَكَ الْجُمُعَةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ تَهَاوُنًا بِهَا طُبِعَ عَلَى قَلْبِهِ


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Idris dan Yazid bin Harun dan Muhammad bin Bisyr mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Amru berkata; telah menceritakan kepadaku Ubaidah bin Sufyan Al Hadlrami dari Abul Ja'd Ad Dlamri -ia pernah bertemu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam- Ia berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa meninggalkan jum'at sebanyak tiga kali karena meremehkannya, maka hatinya akan ditutup. " HR Ibnu Majah,1115. Hasan.

Dalil al-Quran tentang kewajiban solat Jumaat,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ

“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah.” Al Jum’ah: 9.

Kebanyakan pendapat ahli tafsir,apa yang dimaksud ‘zikrullah’ ذِكْرِ اللَّهِ atau mengingat Allah di sini adalah solat Jum’at.

Ramai di antara kaum muslimin yang lalai untuk menunaikanakan kewajiban solat Jumaat. Padahal solat jumaat adalah merupakan suatu kewajipan yang tidak dapat disangkalkan lagi . Dalilnya sangat jelas dari Al Qur’an, As Sunnah dan ijma’. Justeru itu barangsiapa yang mencuaikannya akan berhadapan dengan petaka yang amat dahsyat yang akan menimpa jasad dan lebih parah lagi akan merosakkan hatinya.

Solat Jumaat adalah solat yang wajib bagi setiap muslim yang mukallaf yang tidak memiliki keuzuran. Maka barangsiapa yang meninggalkannya, ia akan terjerumus ke dalam dosa besar. Barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali kerana memudahkan dan menyiakannya , maka hatinya akan tertutup dan ia termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai. Sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah dan Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, keduanya mendengar Nabi saw berkata bersabda sambil beliau memegang tongkat di mimbarnya,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنَ الْغَافِلِينَ

“Hendaklah orang yang suka meninggalkan solat jumaat menghentikan perbuatannya. Atau jika tidak Allah akan menutup hati-hati mereka, kemudian mereka benar-benar akan tergolong ke dalam orang-orang yang lalai.” HR. Muslim no. 865

No comments:

Post a Comment