Saturday, 7 October 2017

Berhati-hatilah memilih teman atau kawan

Berhati-hatilah memilih teman atau kawan

Dalil hadith,


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ وَأَبُو دَاوُدَ قَالَا حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنِي مُوسَى بْنُ وَرْدَانَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Abu 'Amir dan Abu Dawud keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Muhammad telah menceritakan kepadaku Musa bin Wardan dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam bersabda: "Seseorang itu akan mengikuti agama temannya, kerananya hendaklah salah seorang diantara kamu mencermati kepada siapa ia berteman." Berkata Abu Isa: Hadits ini hasan gharib. HR Tirmizi,2300.

Dalil al-Quran, surah asy-Syura, 99-101.


وَمَا أَضَلَّنَا إِلَّا الْمُجْرِمُونَ. فَمَا لَنَا مِنْ شَافِعِينَ.وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ


Dan tiadalah yang menyesatkan kami kecuali orang-orang yang berdosa.Maka kami tidak mempunyai pemberi syafa'at seorangpun,dan tidak pula mempunyai teman yang akrab

Dalil Hadith:


مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً


“Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik (salih/salihah) dan teman yang jahat adalah seperti pembawa minyak wangi dan peniup api pandai besi. Pembawa minyak wangi mungkin akan memercikkan minyak wanginya itu atau engkau menibeli darinya atau engkau hanya akan mencium aroma harumnya itu. Sedangkan peniup api tukang besi mungkin akan membakar bajumu atau engkau akan mencium darinya bau yang tidak sedap”. HR Bukhari dan Muslim

Dalam berteman memang ada dua kemungkinan, kita yang diwarnai atau kita yang mewarnai. Kembali kepada niat kita jika ingin mengajaknya kepada kebaikan atau hanya sekadar mencari teman bicara. Jika niat kita memang mengajaknya kepada kebaikan maka kita harus benar-benar mampu serta bersungguh-sungguh, jangan sampai kita pula yang diwarnai. Dan jika niat kita hanya mencari teman bicara maka carilah dari sisi agamanya agar kita mampu mengambil bau wangi dari teman kita.

Dan Ingatlah bahwa harga mahal yang harus dibayarkan oleh siapa saja yang mengaku cinta kerana Allah iaitu "saling menasihati" sebagaimana firman Allah dalam surat 103 Al-’Ashr


وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3


1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh
dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran
dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Hindarilah dari teman yang jahat..! kerana sesungguhnya tabiat semulajadi manusia suka meniru, dan manusia seperti serombongan burung yang mereka diberi naluri untuk meniru dengan yang lainnya. Maka hati-hatilah bergaul dengan orang yang seperti itu, kerana dia akan celaka, hati- hatilah kerana usaha preventif lebih mudah dari pada mengubati “.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan sebagai cermin peribadi seseorang. Berkawanlah karena Allah untuk mencari redha-Nya.

No comments:

Post a Comment