Saturday, 14 October 2017

Kecintaan Allah swt berbeza-beza terhadap makhluk-Nya, diantaranya adalah kecintaan-Nya terhadap mukmin yang kuat.

Kecintaan Allah swt berbeza-beza terhadap makhluk-Nya, diantaranya adalah kecintaan-Nya terhadap mukmin yang kuat.

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَابْنُ نُمَيْرٍ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ إِدْرِيسَ عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ عُثْمَانَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Ibnu Numair mereka berdua berkata; telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Idris dari Rabi'ah bin 'Utsman dari Muhammad bin Yahya bin Habban dari Al A'raj dari Abu Hurairah dia berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah Subhanahu wa Ta 'ala daripada orang mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Capailah dengan sungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah Azza wa Jalla dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah. Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan; 'Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu'. Tetapi katakanlah; 'lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya. Karena sesungguhnya ungkapan kata 'law' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan syetan.'" HR Muslim,4816.

Hadith ini mengandungi beberapa perkara yang besar dan kata-kata yang memiliki erti yang luas. Di antaranya ialah adanya suatu ketetapan bahawasanya Allah swt memiliki sifat mahabbah.

Hadith ini juga menunjukkan bahawa mahabbah Allah bergantung kepada keinginan dan kehendak-Nya jua. Kecintaan Allah kepada makhluk-Nya berbeza-beza, seperti kecintaan-Nya kepada Mukmin yang kuat lebih besar dari kecintaan-Nya kepada Mukmin yang lemah.
Seperti dalam firman Allah swt:

وَلِكُلٍّ دَرَجَاتٌ مِمَّا عَمِلُوا

Dan setiap orang memperoleh tingkatan sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan al-Ahqaf:19

Allah swt juga berfirman :

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, ada yang pertengahan dan ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang besar. Fathir:32

Mukmin yang kuat adalah mukmin yang beriman dengan segala asas keimanan, seperti yang terkandung dalam rukun iman dan termasuk juga dari cabang-cabang keiman seperti yang disebut oleh Rasulullah saw.Cabang-cabang keimanan yang kembali kepada amalan-amalan zahir dan batin, ini semuanya termasuk bahagian dari iman. Iaitu mereka yang mengerjakannya dengan benar, memperbaiki dirinya dengan ilmu yang bermanfaat dan amal salih, juga memperbaiki orang lain dengan saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Dalam diri orang seperti ini terdapat tingkatan iman yang paling tinggi. Maka barang siapa yang belum sampai pada tingkatan ini, maka dia adalah Mukmin yang lemah.

Hadith ini juga mencakupi aspek aqidah yang terbina dari elemen keyakinan hati( qalbiyyah) , perkataan , dan perbuatan sebagaimana yang difahami dan menjadi asas pegangan dalam mazhab ahlus sunnah wal jamaah. Ianya bertunjangkan kepada rukun iman, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang dikenali juga sebagai hadis Jibril,

فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِيْمَانِ, قَالَ : أَنْ بِاللهِ, وَمَلاَئِكَتِهِ, وَكُتُبِهِ, وَرُسُلِهِ, وَالْيَوْمِ الآخِرِ, وَ تُؤْمِنَ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَ شَرِّهِ. قَالَ : صَدَقْتَ

Kemudian ia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang Iman”.
Nabi menjawab,”Iman adalah, engkau beriman kepada Allah; malaikatNya; kitab-kitabNya; para RasulNya; hari Akhir, dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk,” ia berkata, “Engkau benar.”

Maka dapat difahami juga bahawa iman itu terbina dari tujuh puluh cabang lebih, yang paling tinggi adalah kalimat 
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ dan yang paling rendah yaitu menyingkirkan suatu yang mengganggu dari jalan. Dan malu itu merupakan cabang dari iman.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

اَلْإِيـْمَـانُ بِـضْـعٌ وَسَبْـعُوْنَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّوْنَ شُعْبَةً ، فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَدْنَـاهَا إِمَاطَةُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ، وَالْـحَيَاءُ شُعْبَـةٌ مِنَ اْلإِيْمَـانِ

Iman memiliki lebih dari tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang. Cabang yang paling tinggi adalah perkataan لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ
dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri (gangguan) dari jalan. Dan malu adalah salah satu cabang iman.HR Bukhari

No comments:

Post a Comment