Saturday, 21 October 2017

Larangan mencela makanan

Larangan mencela makanan

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ مَا عَابَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ إِنْ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Katsir telah mengabarkan kepada kami Sufyan dari Al A'masy dari Abu Hazim dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mencela makanan sama sekali, apabila senang maka beliau memakannya dan apabila tidak menyukai maka beliau meninggalkannya."HR Abu Daud,3271. Sahih.

Allah swt berfirman,

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

"Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” Al-A’raf: 31

Sikap di atas merupakan keagungan dan keluhuran akhlak Rasulullah saw . Begitu mulianya akhlak Rasulullah SAW, sehingga beliau saw tidak pernah mencela makanan yang dihidangkan kepada beliau saw selama mana makanan itu adalah halal. Beliau saw mensyukuri rezeki yang diberikan Allah SWT dan menghormati perasaan orang yang telah menyediakan makanan tersebut.

Disisi yang lain pula, berkemungkinan ada orang lain yang menyukai makanan tersebut. Hadith di atas juga mengajarkan sikap sebenar dalam menghadapi makanan yang tidak disukai, iaitu dengan cara tidak menyentuhnya dan meninggalkannya. Seperti juga kisah Rasulullah dengan daging dhab(biawak padang pasir),

حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ إِيَاسٍ قَالَ سَمِعْتُ سَعِيدَ بْنَ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَهْدَتْ أُمُّ حُفَيْدٍ خَالَةُ ابْنِ عَبَّاسٍ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقِطًا وَسَمْنًا وَأَضُبًّا فَأَكَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ الْأَقِطِ وَالسَّمْنِ وَتَرَكَ الضَّبَّ تَقَذُّرًا قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ فَأُكِلَ عَلَى مَائِدَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَوْ كَانَ حَرَامًا مَا أُكِلَ عَلَى مَائِدَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syu'bah telah menceritakan kepada kami Ja'far bin Iyas berkata, aku mendengar Sa'id bin Jubair dari Ibnu 'Abbas radliallahu 'anhuma berkata: "Ummu Hufaid, bibi dari Ibnu 'Abbas menghadiahkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam keju, minyak samin dan daging biawak. Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memakan keju dan minyak samin tapi membiarkan daging biawak(dhab) karena tidak menyukainya". Ibnu 'Abbas berkata: "Semua itu dihidangkan pada makanan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, seandainya diharamkan tentu tidak akan dihidangkan pada makanan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ". HR Bukhari,2387.

Selain itu, ada juga bentuk penghargaan lain terhadap makanan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saw, walaupun tidak selalu dilakukan oleh beliau saw. Iaitu Rasulullah saw pernah memuji makanan. Dalam satu riwayat , Rasulullah saw pernah bertanya kepada keluarganya tentang lauk yang ada. Keluarga beliau menjawab:

مَا عِنْدَنَا إِلَّا خَلٌّ فَدَعَا بِهِ فَجَعَلَ يَأْكُلُ بِهِ وَيَقُولُ

“Kami tidak mempunyai apa-apa kecuali cuka,” maka beliau meminta untuk disediakan dan mulai menyantapnya. Lantas beliau saw berkata:

نِعْمَ الْأُدُمُ الْخَلُّ نِعْمَ الْأُدُمُ الْخَلُّ

“Sebaik-baik lauk adalah cuka. Sebaik-baik lauk adalah cuka”. HR Muslim

Pujian dalam hadith diatas boleh difahami, samaada pujian terhadap makanan atau pujian terhadap orang yang menyediakan makanan atau kedua-duanya sekali. Walaupun begitu, tidak bermakna pengutamaan cuka di atas segala makanan.

Begitulah sekelumit kisah Rasulullah saw berkaitan dengan makanan, yang merupakan keperluan penting bagi kelangsungan hidup manusia. Beliau saw tidak mencela dan selalu bersikap qana’ah (menerima) dengan apa yang tersedia.

No comments:

Post a Comment