Bertambah kelebihan solat berjamaah adalah dengan bertambahnya bilangan ahli jamaah.
Sebagai umat Islam kita perlu mengambil berat dan bersungguh menjaga solat berjamaah kerana Allah Subhanahuwata'ala akan manggandakan kelebihan solat berjamaah dengan bertambahnya bilangan ahli jamaah, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang berbunyi,
حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَصِيرٍ عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ
صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا الصُّبْحَ فَقَالَ أَشَاهِدٌ فُلَانٌ قَالُوا لَا قَالَ أَشَاهِدٌ فُلَانٌ قَالُوا لَا قَالَ إِنَّ هَاتَيْنِ الصَّلَاتَيْنِ أَثْقَلُ الصَّلَوَاتِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ وَلَوْ تَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَيْتُمُوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الرُّكَبِ وَإِنَّ الصَّفَّ الْأَوَّلَ عَلَى مِثْلِ صَفِّ الْمَلَائِكَةِ وَلَوْ عَلِمْتُمْ مَا فَضِيلَتُهُ لَابْتَدَرْتُمُوهُ وَإِنَّ صَلَاةَ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلَاتِهِ وَحْدَهُ وَصَلَاتُهُ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلَاتِهِ مَعَ الرَّجُلِ وَمَا كَثُرَ فَهُوَ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى
Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin Umar telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abu Ishaq dari Abdullah bin Abu Bashir dari Ubay bin Ka'ab dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengerjakan shalat Shubuh bersama kami, lalu beliau bersabda: "Apakah si fulan hadir?" Mereka (para sahabat) menjawab; Tidak. Beliau bersabda: "Apakah si fulan hadir?" Para sahabat menjawab; Tidak. Beliau bersabda: "Dua solat ini (Subuh dan Isya) adalah solat yang paling berat bagi orang orang munafik. Andaikata kalian mengetahui apa (keutamaan) yang ada pada keduanya, niscaya kalian akan menghadirinya sekalipun dengan merangkak, dan sesungguhnya saf pertama adalah seperti saf para malaikat. Seandainya kalian mengetahui keutamaan saf pertama, niscaya kalian akan memrebutkannya. Sesungguhnya solat seseorang yang berjamaah dengan satu orang, adalah lebih baik daripada solat sendirian. Dan solatnya bersama dua orang jamaah, adalah lebih baik daripada solat bersama seorang jamaah. Semakin banyak jama'ahnya, maka semakin dicintai oleh Allah Ta'ala." HR Abu Daud, 467. Hasan.
Selain dari Abu Daud hadith seperti ini telah diriwayatkan oleh perawi hadith lain . Antaranya ialah Ibnu Khizaimah, Ibnu Hibban, al-Nasai dan Lain-lainnya. Hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasai berbunyi,
أَخْبَرَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ مَسْعُودٍ قَالَ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ الْحَارِثِ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ أَنَّهُ أَخْبَرَهُمْ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَصِيرٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ شُعْبَةُ وَقَالَ أَبُو إِسْحَقَ وَقَدْ سَمِعْتُهُ مِنْهُ وَمِنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ يَقُولُ صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا صَلَاةَ الصُّبْحِ فَقَالَ أَشَهِدَ فُلَانٌ الصَّلَاةَ قَالُوا لَا قَالَ فَفُلَانٌ قَالُوا لَا قَالَ إِنَّ هَاتَيْنِ الصَّلَاتَيْنِ مِنْ أَثْقَلِ الصَّلَاةِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا وَالصَّفُّ الْأَوَّلُ عَلَى مِثْلِ صَفِّ الْمَلَائِكَةِ وَلَوْ تَعْلَمُونَ فَضِيلَتَهُ لَابْتَدَرْتُمُوهُ وَصَلَاةُ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلَاتِهِ وَحْدَهُ وَصَلَاةُ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلَاتِهِ مَعَ الرَّجُلِ وَمَا كَانُوا أَكْثَرَ فَهُوَ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Telah mengabarkan kepada kami Isma'il bin Mas'ud dia berkata; telah menceritakan kepada kami Khalid bin Al Harits dari Syu'bah dari Abu Ishaq bahwasanya ia mengabarkan kepada mereka, dari Abdullah bin Abu Bashir dari bapaknya, Syu'bah berkata; dan berkata Abu Ishaq dan aku telah mendengarnya darinya dari Bapaknya, dia berkata; aku mendengar Ubay bin Ka'b berkata; "Suatu hari Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam mengerjakan solat Subuh, lantas beliau bersabda, Apakah kamu melihat Fulan ikut shalat berjamaah? ' Para sahabat menjawab, 'Tidak'. Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam bertanya lagi, ' Apakah si Fulan (orang lain lagi) ikut solat berjamaah? ' Sahabat menjawab, Tidak, Beliau Shallallahu'alaihi wasallam lalu bersabda: 'Dua solat ini sangat berat bagi orang munafiq. Andaikan mereka mengetahui (pahala) nya, mereka pasti mendatanginya, walau dengan merangkak. Barisan pertama laksana barisan para malaikat, seandainya mereka mengetahui keutamaannya mereka pasti bersegera menuju barisan pertama. Solatnya seseorang bersama orang lain lebih utama baginya daripada solat sendirian, dan solat seseorang bersama dua orang lebih utama daripada solat bersama satu orang. Kalau mereka bertambah banyak. Allah Azza wa Jalla lebih mencintainya'." HR al-Nasai,834. Hasan.
Kesimpulannya, berdasarkan kepada hadith diatas, kita sangat digalakkan untuk datang kemasjid bagi mendirikan solat berjamaah kerana semakin ramai ahli jamaah,maka semakin banyak pahala dan ganjaran yang akan kita dapat. Justeru itu, maka janganlah kita mencipta berbagai alasan bagi mengelak diri daripada datang ke Masjid untuk solat berjamaah kerana yang ruginya adalah diri kita sendiri
No comments:
Post a Comment