Saturday, 7 April 2018

Nilai solat berjamaah disisi masyarakat Islam masa kini.

Nilai solat berjamaah disisi masyarakat Islam masa kini.

Dewasa ini kita dapati di dalam diri masyarakat Islam perasaan ingin berlumba-lumba dalam menunaikan tanggungjawab masyarakat kebanyakan umat Islam sudah terhakis. Mereka semua lebih suka mementingkan diri sendiri. Sifat ini nampak lebih terserlah dan ketara apabila melibatkan urusan-urusan keakhiratan seperti solat Jenazah, solat berjamaah dan sebagainya. Sebahagian masyarakat Islam terlalu memandang sepi dan mudah terhadap solat berjamaah, seolah-olah ia tiada nilai dalam kehidupan mereka. Justeru apabila kita bertandang ke mana-mana masjid, kita akan dapati bilangan ahli jamaah cukup menduka-citakan dan yang paling mendukacitakan ialah apabila ada sesetengah masjid, tidak cukup pun solat berjamaah lima waktu sehari semalam

Fahaman sedemikian telah mendatangkan kesan buruk yang amat mendalam terhadap perpaduan dan kekuatan umat Islam. Tetapi kebanyakan masyarakat Islam tidak memahami dan menyedarinya. Cuba kita perhatikan dua hadith berikut:

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ إِدْرِيسَ وَأَبُو مُعَاوِيَةَ وَوَكِيعٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ التَّيْمِيِّ عَنْ أَبِي مَعْمَرٍ عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلَاةِ وَيَقُولُ اسْتَوُوا وَلَا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ لِيَلِنِي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ قَالَ أَبُو مَسْعُودٍ فَأَنْتُمْ الْيَوْمَ أَشَدُّ اخْتِلَافًا و حَدَّثَنَاه إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ قَالَ ح و حَدَّثَنَا ابْنُ خَشْرَمٍ أَخْبَرَنَا عِيسَى يَعْنِي ابْنَ يُونُسَ قَالَ ح و حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Idris dan Abu Muawiyah serta Waki' dari al-A'masy dari Umarah bin Umair at-Taimi dari Abu Ma'mar dari Abu Mas'ud dia berkata, "Dahulu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengusap bahu kami dalam solat seraya bersabda, 'Luruskanlah, dan jangan berselisih (jangan jadikan bengkang bengkok),nescaya hati kamu akan berselisih. Hendaklah yang tepat di belakangku orang yang dewasa yang cerdik pandai dan orang yang sudah berakal (matang fikiran)di antara kamu, kemudian orang yang sesudah mereka kemudian orang yang sesudah mereka'." Abu Mas'ud berkata, "Kamu sekarang, sangat berselisih." Dan telah menceritakannya kepada kami Ishaq telah mengabarkan kepada kami Jarir --lewat jalur periwayatan lain-- dan telah menceritakan kepada kami Ibnu Khasyram telah mengabarkan kepada kami Isa, yaitu Ibnu Yunus dia berkata, --lewat jalur periwayatan lain-- dan telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi Umar telah menceritakan kepada kami Ibnu Uyainah dengan isnad ini hadits semisalnya. HR Muslim, 654.

حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْغَافِقِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ ح و حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ وَحَدِيثُ ابْنِ وَهْبٍ أَتَمُّ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ عَنْ أَبِي الزَّاهِرِيَّةِ عَنْ كَثِيرِ بْنِ مُرَّةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ قُتَيْبَةُ عَنْ أَبِي الزَّاهِرِيَّةِ عَنْ أَبِي شَجَرَةَ لَمْ يَذْكُرْ ابْنَ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا الصُّفُوفَ وَحَاذُوا بَيْنَ الْمَنَاكِبِ وَسُدُّوا الْخَلَلَ وَلِينُوا بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ لَمْ يَقُلْ عِيسَى بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ قَالَ أَبُو دَاوُد أَبُو شَجَرَةَ كَثِيرُ بْنُ مُرَّةَ قَالَ أَبُو دَاوُد وَمَعْنَى وَلِينُوا بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ إِذَا جَاءَ رَجُلٌ إِلَى الصَّفِّ فَذَهَبَ يَدْخُلُ فِيهِ فَيَنْبَغِي أَنْ يُلِينَ لَهُ كُلُّ رَجُلٍ مَنْكِبَيْهِ حَتَّى يَدْخُلَ فِي الصَّفِّ

Telah menceritakan kepada kami Isa bin Ibrahim Al-Ghafiqi telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb -dari jalur lain- Dan telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Al-Laits dan hadits riwayat Ibnu Wahb lebih sempurna, dari Mu'awiyah bin Shalih dari Abu Az-Zahiriyyah dari Katsir bin Murrah dari Abdullah bin Umar, Qutaibah berkata; dari Az-Zahiriyah dari Abi Syajarah tanpa menyebutkan Ibnu Umar bahwasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah antara bahu-bahu kamu , penuhkan ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf dan lemah lembutlah (bersopan-santunlah) terhadap kedua tangan saudara kalian(ketika melurus dan merapatkan saf), -Isa tidak menyebutkan; tangan saudara kalian- dan janganlah kalian membiarkan celah-celah itu untuk syaitan, barangsiapa yang menyambung saf maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutusnya maka Allah Allah akan memutusnya." Abu Dawud berkata; Abu Syajarah adalah Katsir bin Murrah. Abu Dawud berkata; Makna dari kalimat lemah lembutlah kalian terhadap tangan saudara kalian adalah, apabila ada seseorang yang baru datang dan masuk ke dalam saf, maka yang lain hendaknya melemaskan bahunya hingga dia dapat masuk ke dalam saf. HR Abu Daud, 570. Sahih

Ulasan:

Dalam hadith pertama kita dapati bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam telah menjanjikan bahawa saf solat yang bengkang bengkok akan membawa kepada perpecahan dalaman, iaitu hati. Kata sebahagian ulama, apabila hati tidak bersatu maka perpaduan tidak akan wujud. Seharusnya, ia membawa kepada perselisihan dan pertelingkahan dalam masyarakat Islam.

Dalam hadith kedua pula, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam telah menjanjikan bahawa saf yang tidak rapat akan membawa kepada putusnya hubungan dengan Allah Subhanahuwata'ala. Ini berlaku apabila saf solat tidak rapat maka syaitan akan datang mengambil tempat. Lalu dia akan melalaikan ahli jamaah sehingga dia tidak lagi mengingati Allah Subhanahuwata'ala. Ini menyebabkan terputusnya hubungan mereka dengan Allah Subhanahuwata'ala.

Dan janji butuk ini , jika benar-benar berlaku maka ia sudah cukup untuk menghancurkan kekuatan umat Islam dan melemahkan mereka dengan selama-lamanya. Rujuk: Takmilah Ziadah al-I'anah.

Dalam hadith di atas timbul persoalan, adakah dua janji buruk tersebut sudah tertimpa ke atas masyarakat kita atau tidak? Untuk menjawab persoalan ini, maka cuba kita tinjau bagaimana kedudukan dan keadaan umat Islam masa kini.

Apabila kita perhatikan dan amati, kita akan membuat kesimpulan bahawa umat Islam sekarang sangat menyedihkan. Di sana sini umat Islam hidup dalam kehinaan, sama ada kehinaan itu berpunca daripada tindakan dan strategi tersusun yang dirancang oleh pihak musuh Islam atau disebabkan oleh budaya hidup umat Islam itu sendiri. Kita lihat di mana-mana sahaja umat Islam hidup berpecah-bekah dan jauh dari rahmat Allah Subhanahuwata'ala. Ini semua terjadi adalah kerana mereka meninggalkan sunah-sunah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Ini semua terjadi adalah kerana mereka meninggalkan sunah-sunah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam pada umumnya dan solat berjamaah khususnya.

Dalam konteks solat fardu betjamaah, mereka bukan sahaja memutuskan atau membengkang-bengkokkan saf solat, malahan langsung tidak mewujudkan apa-apa saf kerana mereka tidak menghadiri solat berjamaah. Ini membawa maksud mereka sekarang sedang berada dalam perpecahan yang dahsyat dan perselisihan yang berganda-ganda.

Untuk keluar daripada kepompong masaalah dan penyakit tersebut, formula terbaiknya ialah kita semua umat Islam perlu kembali berlumba-lumba menunaikan solat berjamaah. Kita perlu menghormati sesiapa sahaja yang berjuang mengajak umat Islam kepada solat betjamaah, memberi kerjasama yang padu dan sebaik-baiknya kepada mereka dan sebagainya.

Apabila mereka mula melangkah ke Masjid, barulah kita terangkan kepada mereka cara-cara solat berjamaah yang sebenarnya, yang selaras dengan sunah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Kita ajak mereka bersama-sama menghadap ke arah kiblat, sebagai lambang bersatunya hati kita di atas dasar sebenar iaitu sama-sama mempunyai matlamat yang satu iaitu mencari keredaan Allah Subhanahuwata'ala.

No comments:

Post a Comment