Saturday, 7 April 2018

Masjid dan peristiwa Isra Mikraj

Masjid dan peristiwa Isra Mikraj

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Al-Isra:1

Peristiwa Isra dan Mikraj menjadi bukti kukuh betapa pentingnya masjid dan peranannya dalam kehidupan manusia. Jika diperhatikan ayat pertama surah al-Isra yang menceritakan kisah Isra Mikraj Rasulullah Salallahu 'alaihi wasallam. Ayat al-Qur'an dengan jelas menyatakan dan umum juga sudah maklum bahawa perjalanan Isra bermula dari Masjid Haram di Makkah. Begitu pula dengan peristiwa Mikraj, ia bermula dari Masjid al'Aqsa di Baitulmuqaddis.

Para ulama Islam menyatakan bahawa Allah Subhanahuwata'ala tidak menyebut nama kedua-dua masjid tersebut tanpa tujuan. Sebenarnya Allah Subhanahuwata'ala ingin memberitahu kepada kita betapa pentingnya masjid dan peranannya dalam kehidupan kita.

Kemuncak peristiwa Isra dan Mikraj pula ialah Rasulullah Salallahu 'alaihi wasallam menerima suruhan melakukan solat daripada Allah Subhanahuwata'ala. Kesimpulannya, peristiwa Isra Mikraj bermula dengan masjid dan berakhir atau kemuncaknya dengan solat.

Para ulama menyatakan, ia memberi mesej bahawa untuk mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat, manusia tidak boleh lari dan menjauh diri dari masjid dan solat. Kombinasi terbaiknya ialah solat itu mestilah ditunaikan di masjid bagi mencapai kemuncak kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ بُنْدَارٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي خُبَيْبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar Bundar berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari 'Ubaidullah berkata, telah menceritakan kepadaku Khubaib bin 'Abdurrahman dari Hafsh bin 'Ashim dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya; pemimpin yang adil, seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan 'ibadah kepada Rabbnya, seorang laki-laki yang hatinya terpaut dengan masjid, dua orang laki-laki yang saling mencintai karena Allah; mereka tidak bertemu kecuali karena Allah dan berpisah karena Allah, seorang laki-laki yang diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita kaya lagi cantik lalu dia berkata, 'Aku takut kepada Allah', dan seorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya, serta seorang laki-laki yang berdzikir kepada Allah dengan mengasingkan diri hingga kedua matanya basah karena menangis." HR Bukhari,620.

Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.............

وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ

Lelaki yang hatinya (sentiasa) bertaut kepada masjid-masjid (Allah).

Al-Nawawi ketika menafsirkan Sabda Nabi tersebut berkata: "Maknanya ialah hatinya sentiasa mengingati masjid dan beristiqamah pergi ke masjid kerana solat berjamaah. Ianya bukan bermaksud berterusan duduk di masjid". Syarh al-Nawawi. Jil. 7,hlm. 121.

No comments:

Post a Comment