Muamalat: Allah Penetap Harga
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا الْحَجَّاجُ بْنُ مِنْهَالٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ قَتَادَةَ وَثَابِتٌ وَحُمَيْدٌ عَنْ أَنَسٍ قَالَ غَلَا السِّعْرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ سَعِّرْ لَنَا فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمُسَعِّرُ الْقَابِضُ الْبَاسِطُ الرَّزَّاقُ وَإِنِّي لَأَرْجُو أَنْ أَلْقَى رَبِّي وَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْكُمْ يَطْلُبُنِي بِمَظْلِمَةٍ فِي دَمٍ وَلَا مَالٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar, telah menceritakan kepada kami Al Hajjaj bin Minhal telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Qatadah, Tsabit dan Humaid dari Anas ia berkata; Pernah terjadi kenaikan harga pada masa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka orang-orang berkata; Wahai Rasulullah, tetapkanlah harga untuk kami. Lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah Yang Maha Menetapkan harga ( الْمُسَعِّرُ ), Yang Maha Menggengam dan Membuka dan juga Yang Maha Pemberi rezeki. Aku berharap bertemu dengan Rabbku dan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntut perbuatan zalim yang aku pernah lakukan kepadanya, baik berupa darah (qishas) maupun harta." Abu Isa berkata; Hadits ini hasan shahih. HR Tirmizi,1314. Dan juga diriwayatkan oleh Abu Daud,3451.Ibnu Majah,2200.
Apakah hukum menetapkan harga?
Ulama daripada Mazhab empat bersepakat bahawa hukum penetapan harga pada asalnya adalah haram. Hal ini kerana manusia diberi kebebasan dalam menjual dan menetapkan harga barang jualan mereka.
Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa pihak kerajaan boleh menetapkan harga barang-barang yang diperlukan orang ramai. Terutama apabila para peniaga menaikkan harga barangan secara melampau
Dalam keadaan ini,pihak kerajaan dibenarkan untuk menetapkan harga dan melarang peniaga menjual menjual lebih tinggi daripada harga tersebut. Dalil mereka ialah kaedah fiqh yang mengatakan: "
لَا ضَرَر وَلَا ضِرَار
Maksudnya:Tidak boleh memberi mudharat dan tidak boleh membalas kemudharatan dengan kemudharatan.
Juga kaedah fiqh yang menyatakan: "
يتحملها الضرر الشخصي لتجنب الأضرار العامة -
Maksudnya:Ditanggung kerosakkan peribadi untuk menghindari kerosakkan awam"
Pandangan ini ramai difatwakan oleh ulama semasa.
Pandangan ini tidak menyalahi kandungan hadith di atas. Rasulullah enggan menetapkan harga kerana pada masa itu para peniaga tidak melakukan kezaliman. Kenaikan harga berlaku secara semula jadi akibat permintaan yang melebihi bekalan barang. Justeru itu, menetapkan harga akan menzalimi pihak peniaga.
Maknanya, jika berlaku kezaliman, pihak berkuasa berhak melakukan kawalan harga. Terutama untuk barang-barang asas yang sangat diperlukan oleh orang ramai.
Ada ulama mengatakan bahawa kenaikan dan penurunan harga memang berlaku atas kehendak dan kekuasaan-Nya. Akan tetapi,perbuatan manusia terkadang menjadi sebab peristiwa ini berlaku. Kenaikan harga sering berlaku kerana kezaliman manusia dan penurunan harga berlaku kerana ihsan manusia.
No comments:
Post a Comment