Saturday, 7 April 2018

Solat berjamaah adalah anugerah daripada Allah - Kelebihan solat berjamaah berbanding solat bersendirian.

Solat berjamaah adalah anugerah daripada Allah - Kelebihan solat berjamaah berbanding solat bersendirian.

Pengurniaan ini bermula semenjak terikatnya hati seseorang hamba Allah dengan Masjid. Kemudian disusuli dengan tindakan berjalan kaki ke Masjid kerana ingin melakukan solat berjamaah, seterusnya berurutan yang mana penghujungnya ialah selesai daripada melakukan solat berjamaah dan kembali ke rumah.

Dalam pada itu, Allah Subhanahuwata'ala juga telah memperuntukan pahala istimewa kepada hamba-Nya yang melaksanakan solat Subuh,Asar dan Isyak secara berjamaah.

Antara keistimewaan yang sudah dimaklumi ialah kelebihan solat berjamaah berganda berbanding solat secara bersendirian. Mengenai kelebihan ini, al-Bukhari telah meriwayatkan satu hadith sahih,

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ حَدَّثَنِي ابْنُ الْهَادِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خَبَّابٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ
أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلَاةَ الْفَذِّ بِخَمْسٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Yusuf telah mengabarkan kepada kami Al Laits telah menceritakan kepadaku Ibnu Al Had dari 'Abdullah bin Khabbab dari Abu Sa'id Al Khudri, bahwa dia mendengar Nabi Salallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Solat berjama'ah lebih utama dibandingkan solat sendirian dengan dua puluh lima derajat." HR Bukhari, 610.

Terdapat dalam hadith lain yang menyatakan tentang solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda. Antara yang meriwayatkan hadith yang berbunyi,

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلَاةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Nafi' dari 'Abdullah bin 'Umar, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Solat berjama'ah lebih utama dibandingkan solat sendirian dengan dua puluh tujuh derajat." HR Bukhari,609.

Ada di dalam kalangan ulama yang telah menghuraikan dan menyatukan kembali percanggahan yang berlaku diantara dua riwayat ini:

Imam al-Nawawi telah mengemukakan 3 andaian, bagaimana untuk menyatukan kedua-dua riwayat tersebut di dalam Syarh Nawawi (jil. 5 hlm. 151).

Al-Hafiz Ibn Hajar pula mengemukakan 11 andaian dalam Fath al-Bari (jil. 2 hlm. 132).

Al-Alamah al-'Ini mengemukan 9 andaian dalam 'Umdah al-Qari (jul. 4 hlm.259)

Masing-masing telah mengemukan alasan-alasan yang tersendiri. Dari alasan-alasan tersebut, maka dapat disimpulkan bahawa perbezaan fadhilat adalah bergantung kepada keadaan orang yang bersolat dan jenis solat itu sendiri.

Mereka yang khusyuk dalam solatnya dan menyempurnakan segala bacaan dalam solatnya sudah tentu akan mendapat banyak fadhilatnya berbanding dengan mereka yang melakukan sebaliknya. Ahli jamaah yang ramai , tempat yang mulia seperi Masjid al-Haram dan yang alim sudah pasti lebih banyak fadhilat berbanding dengan yang sebaliknya. Justeru itu ada yang mendapat fadhilat 27 kali ganda dan setengahnya pula mendapat fadhilat 25 kali ganda.Rujuk: Ahammiah Solat al-Jama'ah (hlm.27).

No comments:

Post a Comment