Saturday, 7 April 2018

Pejam mata dalam solat

Pejam mata dalam solat

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ بْنِ طُعْمَةَ الْحَلَبِيُّ , قَالَ : نا أَبُو خَيْثَمَةَ مُصْعَبُ بْنُ سَعِيدٍ , قَالَ : نا مُوسَى بْنُ أَعْيَنَ ، عَنْ لَيْثٍ ، عَنْ طَاوُسٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلاةِ فَلا يُغْمِضْ عَيْنَيْهِ " ، لا يُرْوَى عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلا بِهَذَا الإِسْنَادِ ، وَلَمْ يَرْوِهِ عَنْ مُوسَى إِلا مُصْعَبٌ .

"Jika salah seorang kamu berdiri dalam solat, janganlah ia memejamkan matanya" Mu'jam as-Saghir, no 24.

Hadis ini diriwayatkan oleh at-Thabrani (w. 360 H) dalam Mu’jam as-Shagir .Dari jalur Mus’ab bin Said, dari Musa bin A’yun, dari Laits bin Abi Salim.
Imam al-Tabrani berkata , "Hadith ini tidak diriwayatkan daripada Ibn Abbas melainkan menerusi sanad ini. Tiada yang meriwayatkannya selain Musa bin 'Ayan. "Perkara yang sama juga turut dikatakan oleh Ibn Adi.

Kedua-dua pakar hadith ini mengatakan hadith ini gharib dan syaz. Kedua-dua perkara ini menandakan hadith berkenaan silap. Perkara tersebut tidak menghairankan memandangkan hadith ini diriwayatkan oleh dua orang perawi yang lemah, iaitu Laith bin Abi Sulaim dan Mus'ab bin Said.

Hadis ini dinilai dhaif oleh para ulama pakar hadis, karena dua alasan,

1. Laits bin Abi Salim dinilai dhaif karena mukhtalat (hafalannya kacau), al-Hakim berkata, ahli hadith sepakat atas kelemahan hafalannya dan dia perawi mudallis (suka menutupi) rujuk :al-Fatawa al-Haditsiyah, al-Huwaini

2. Mus’ab bin Said, dinilai sangat lemah oleh para ulama. Ibnu Adi mengatakan tentang perawi ini,al-Fatawa al-Haditsiyah, al-Huwaini.
Solah Jazarah berkata, "Syeikh buta yang tidak faham apa yang dikatakan. Lisan al-Mizan,,6/44.

Imam ad-Dzahabi (w. 748 H) menilainya munkar. Kerana itu, hadis ini tidak boleh dijadikan dalil. Dan ulama berkata hadith ini sangat lemah dan tidak boleh dijadikan hujah dalam perkara hukum-hakam

Ulama berbeza pendapat berkenaan arah pandangan dalam solat.

Menurut Malik, pandangan orang yang sedang solat disunatkan menghala ke arah kiblat. Sufyan al-Tsauri, Abu Hanifah,as-Syafi'e dan Hasan bin al-Hay berpendapat bahawa sunat menghadap ke tempat sujud.

Syarik al-Qadi berkata,"Apabila berdiri, sunat memandang ketempat sujud. Apabila rukuk,sunat memandang ke arah tapak kaki. Apabila sujud, sunat memandang ke tempat sujudnya. Apabila duduk, sunat memandang ke tempat meletakkan tapak tangannyan. Rujuk: al-Istidzkar,4/396.

Sesetengah ulama mazhab Syafi'e menambahkan, "Apabila bertasyhud,sunat memandang pada jari telunjuknya.

Ibn Abdil Bar berkata,' Semua pendapat ini berdasarkan perkiraan semata-mata. Tiada hadith sahih yang menetapkan perkara tersebut. Tiada kewajipan untuk mengarahkan pandangan pada tempat-tempat tertentu. Siapa yang memandang ke tempat sujudnya, maka itu lebih selamat dan lebih jauh daripada disibukkan dengan perkara lain. Ibid,4/396.

Ulama bersepakat bahawa memejamkan mata tidak membatalkan solat. Namun,sebahagian ulama menghukumkannya makruh.

Ibn Qayyim berkata dalam Zad al-Ma'ad, "Para fuqaha berselisih pendapat dalam perkara ini. Imam Ahmad dam lain-lain memakruhkannya. Mereka berkata, ini seperti perbuatan kaum Yahudi. Sekumpulan ulama lain mengharuskannya. Mereka berkata memejamkan mata terkadang memberikan kekhusyukan yang menjadi roh dan tujuan solat.

Ibn Qayyim lalu merumuskan, " Yang benar ialah jika membuka mata tidak merosakkan kekhusyukan, maka ia lebih afdhal. Jika perbuatan ini menghalang kekhsyukkan kerana gambar dan hiasan dari arah hadapan yang menggangu minda, maka tidak makruh memejamkan mata. Pendapat yang menjadi sunat dalam keadaan seperti ini lebih dekat kepada prinsip dan maqasid syarak berbanding pendapat yang memakruhkannya.

No comments:

Post a Comment