Pekerjaan atau profesion yang terbaik dalam perspektif Islam
Diriwayatkan dari Husyaim, Khalid bin Abdillah al-Tahhan dan lain-lain daripada Dawud bin Abi Khind, daripada Nu'aim bin Abdul Rahman, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ثنا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدَ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ عَبْدِ الرحمن قال بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِّزْقِ فِي التِّجَارَةِ. وقال نُعَيْمٌ: كسب الْعُشْرِ الْبَاقِي فِي السَّائِمَةِ يَعْنِي الْغَنَمَ
Kata Nu'aim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Nu'aim menambah: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing.
Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam kitab Islah al-Mal, Ibrahim al-Harbi dalam Gharib al-Hadith,Musaddad dalam musnadnya , al-Matalib al-'aliah, jld. 7, hal. 352).Abu Ubaid juga menyebut hadis ini dalam kitabnya Gharib al-hadith (jld. 1, hal. 299)
Semua perawi yang terdapat dalam sanad hadith ini merupakan imam-imam tsiqah melainkan Nu'aim bin Abdul Rahman. Beliau seorang tokoh tabiin di Basrah dan tidak pernah berjumpa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. Justeru itu, riwayatnya daripada Baginda dihukum terputus. Demikian penjelasan al-Bukhari,Ibn Abi Hatim,Ibn Hibban dan nuqaad yang lain.
Kesimpulannya,hadith ini lemah kerana terputus sanadnya. Dalam ilmu hadith, keterputusan yang berlaku antara tokoh tabiin dengan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam disebut mursal.
Walaupun lemah, namun mursal termasuk kategori hadith lemah yang tidak terlalu parah. Ia lebih tinggi daripada kategori munkar,syaz apalagi maudhu'.
Walaupun kebanyakkan ahli hadith dan ulama mazhab Syafi'i tidak menerima mursal sebagai hujah, namun fuqaha mazhab Maliki dan Hanafi menerimanya sebagai hujah.
Ulama berbeza pendapat dalam perihal menetapkan mana satukah pekerjaan yang terbaik dalam perspektif Islam.
Menurut Imam Abu al-Hasan al-Mawardi, pandangan yang mengatakan bahawa perniagaan ialah pekerjaan atau profesion terbaik adalah lebih sesuai dengan mazhab Syafi'i. Namun begitu, beliau memiliki pandangan yang berbeza.
Al-Mawardi berkata, "Pekerjaan terbaik adalah bertani dan bercucuk tanam. Hal ini kerana pekerjaan ini sangat dekat dengan sifat tawakal".
Pandangan ini disokong oleh beberapa ulama mazhab Syafi'i yang lain seperti al-Syasyi, al-Umari dan lain-lain.
Imam al-Nawawi dalam al-Majmu' berpendapat bahawa pekerjaan terbaik ialah beramal dengan tangan sendiri. Beliau berhujah dengan Hadith,
حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ ثَوْرٍ عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ عَنْ الْمِقْدَامِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ
Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa telah mengabarkan kepada kami 'Isa bin Yunus dari Tsaur dari Khalid bin Ma'dan dari Al Miqdam radliallahu 'anhu dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada seorang yang memakan satu makananpun yang lebih baik dari makanan hasil usaha tangannya sendiri. Dan sesungguhnya Nabi Allah Daud AS memakan makanan dari hasil usahanya sendiri". HR Bukhari,2072.
Oleh demikian al-Nawawi setuju dengan pandangan al-Mawardi yang menetapkan pertanian sebagai pekerjaan terbaik.
Beliau berkata, "Pertanian ialah profesion terbaik dan yang paling halal. Hal ini kerana ia merupakan hasil buah tangan sendiri. Ia juga sangat dekat kepada tawakal sebagaimana yang disebutkan oleh al-Mawardi. Selain itu, pertanian juga mengandungi munafaat umum untuk manusia dan haiwan. Al-Majmu' 9/59
Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ عَنْ عَطَاءٍ عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا إِلَّا كَانَ مَا أُكِلَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَمَا سُرِقَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةٌ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ مِنْهُ فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ وَمَا أَكَلَتْ الطَّيْرُ فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ وَلَا يَرْزَؤُهُ أَحَدٌ إِلَّا كَانَ لَهُ صَدَقَةٌ
Telah menceritakan kepada kami Ibnu Numair telah menceritakan kepada kami ayahku telah menceritakan kepada kami Abdul Malik dari 'Atha` dari Jabir dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah seorang muslim yang bercocok tanam, kecuali setiap tanamannya yang dimakannya bernilai sedekah baginya, apa yang dicuri orang darinya menjadi sedekah baginya, apa yang dimakan binatang liar menjadi sedekah baginya, apa yang dimakan burung menjadi sedekah baginya, dan tidaklah seseorang mengambil darinya, melainkah ia menjadi sedekah baginya." HR Muslim,1552.
Menurut Ibn Hajar, pekerjaan yang terbaik adalah jihad. Dalam Fath al-Bari, beliau berkata," Ia adalah pekerjaan Rasulullah Saallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat Baginda. Jihad merupakan pekerjaan yang paling mulia. Hal ini kerana jihad meninggikan kalimah Allah,mengalahkan musuh agama dan memberi munafaat besar di akhirat. Fath Bari,4/304.
Dapat disimpulkan bahawa, setiap orang memiliki kemahiran dan bakat yang berbeza. Apabila digunakan dengan baik, ia akan dapat menyumbang kepada umat Islam. Terutama pada zaman ini, apabila Islam memerlukan sumbangan fikiran dan tenaga daripada seluruh umat untuk menghadapi cabaran zaman yang cukup berat.
Pada masa ini, setiap Muslim wajib menumpukan perhatiannya kepada membersihkan imej Islam yang dikotori oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai kesimpulan, apa pun pekerjaan yang menjadi pilihan seseorang, selagi pekerjaan tersebut halal, maka ia merupakan profesion yang terhormat. Apabila ia melakukannya dengan ikhlas dan niat untuk membela Islam, maka pekerjaan itu adalah yang terbaik untuk dirinya.
No comments:
Post a Comment