Siapakah
yang dinamakan Muslim?
حَدَّثَنَا
عَمْرُو بْنُ عَبَّاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ الْمَهْدِيِّ قَالَ حَدَّثَنَا مَنْصُورُ
بْنُ سَعْدٍ عَنْ مَيْمُونِ بْنِ سِيَاهٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى صَلَاتَنَا وَاسْتَقْبَلَ قِبْلَتَنَا
وَأَكَلَ ذَبِيحَتَنَا فَذَلِكَ الْمُسْلِمُ الَّذِي لَهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَذِمَّةُ
رَسُولِهِ فَلَا تُخْفِرُوا اللَّهَ فِي ذِمَّتِهِ
Telah
menceritakan kepada kami 'Amru bin 'Abbas berkata, telah menceritakan kepada
kami Ibnu Al Mahdi berkata, telah menceritakan kepada kami Manshur bin Sa'd
dari Maimun bin Siyah dari Anas bin Malik ia berkata, "Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa shalat seperti shalat
kita, menghadap ke arah kiblat kita dan memakan sembelihan kita, maka dia
adalah seorang Muslim, ia memiliki perlindungan dari Allah dan Rasul-Nya. Maka
janganlah kalian mendurhakai Allah dengan mencederai perlindungan-Nya." HR
Bukhari
Hadith diatas menjelaskan ciri-ciri sebagai seorang Muslim dan yang akan mendapat perlindungan dari Allah dan Rasul-Nya ,
1.
Solat, Keutamaan solat, yang merupakan salah satu ciri muslim. Iaitu solat
seperti yang diperintahkan,
Meninggalkan
solat adalah suatu perkara yang amat merbahaya. Rasul saw menyebutkan bahayanya
dalam berbagai hadith, diantara hadithnya ialah,
Pertama
Dari
Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah saw bersabda,
بَيْنَ
الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
“(Pembatas)
antara seorang muslim dan kesyirikan serta kekafiran adalah meninggalkan
solat.” HR. Muslim
Kedua
Buraidah
bin Al Hushoib Al Aslamiy berkata,”Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,
الْعَهْدُ
الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
“Perjanjian
antara kami dan mereka (orang kafir) adalah solat. Barangsiapa meninggalkannya
maka dia telah kafir.” HR. Ahmad, Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah.Sahih
Ketiga
Dari
Tsauban ra, beliau mendengar Rasulullahsaw bersabda,
بَيْنَ
العَبْدِ وَبَيْنَ الكُفْرِ وَالإِيْمَانِ الصَّلَاةُ فَإِذَا تَرَكَهَا فَقَدْ أَشْرَكَ
“Pemisah
Antara seorang hamba dengan kekufuran dan keimanan adalah solat. Apabila dia
meninggalkannya, maka dia melakukan kesyirikan.” HR. Ath Thobariy dengan sanad
sahih.
Keempat
Diriwayatkan
dari Mu’adz bin Jabal, Rasulullah saw bersabda,
مَنْ
تَرَكَ صَلاَةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّداً فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ
“Barangsiapa
meninggalkan solat yang wajib dengan sengaja, maka janji Allah terlepas
darinya. ” HR. Ahmad . hasan
Kelima
Dari
Mu’adz bin Jabal, Nabi saw bersabda,
رَأْسُ
الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ
”Inti
(pokok) segala perkara adalah Islam dan tiangnya (penopangnya) adalah solat.”
HR. Tirmidzi, sahih.
Dalam
hadith ini, dikatakan bahwa solat dalam Islam ini adalah seperti penopang
(tiang) yang menegakkan binaan. Begitu juga dengan Islam, boleh runtuh dengan
hilangnya solat.
Keenam
Dari
Abdullah bin ’Umar radhiyallahu ’anhuma. Beliau berkata bahwa Rasulullah saw
bersabda,
بُنِىَ
الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ
وَصَوْمِ رَمَضَانَ
”Islam
dibangun atas lima perkara, yaitu : (1) bersaksi bahwa tidak ada sesembahan
yang benar untuk diibadahi kecuali Allah dan bersaksi bahwa Muhammad adalah
utusan-Nya, (2) mendirikan solat, (3) menunaikan zakat, (4) naik haji ke
Baitullah (bagi yang mampu), (5) berpuasa di bulan Ramadhan.” Lafaz Muslim
2.
Menghadap kiblat.
Ka’bah
yang dijadikan sebagai qiblat (arah menghadap) dalam solat adalah sebuah
ketentuan syariat yang ditetapkan oleh pemilik syariat iaitu Allah swt. Ini
adalah kehendak-Nya yang wajib ditaati. Maka sudah tentu yang paling tahu
alasan dari semua ketentuan syariat hanyalah Dia. Justeru itu sebagai hamba-Nya
yang telah menyatakan keimanan di atas kebenaran agama ini, menyatakan penyerah
diri atas ketentuan hukum syari’at-Nya, sudah tentu wajib mentaatinya. Dan
orang-orang yang beriman akan senantiasa berkeyakinan, bahawa ada hikmah yang
agung dibalik setiap perintah atau larangan dalam syariat agama ini.
Firman
Allah swt,
وَكَذَٰلِكَ
جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ
عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي
كُنْتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ
عَلَىٰ عَقِبَيْهِ ۚ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ
ۗ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ
رَحِيمٌ
Dan
demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan
pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul
(Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan
kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya
nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh
(pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah
diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.
al-Baqarah:143
Firman
Allah swt,
قَدْ
نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا
ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا
وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ
الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
Sungguh
Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan
memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah
Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.
Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat
dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah
benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka
kerjakan. al-Baqarah: 144
3.Makan
haiwan sembelihan.
Firman
Allah swt:
حُرِّمَتْ
عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ
بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا
أَكَلَ السَّبُعُ إِلا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ
“Diharamkan
bagi kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang
disembelih atas nama selain Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang
mati terjatuh, yang mati ditanduk, dan yang mati diterkam binatang buas, kecuali
yang sempat kamu menyembelihnya. Dan (diharamkan bagi kamu) haiwan yang
disembelih untuk berhala.” Surah al-Ma’idah, 3
Firman
Allah swt:
وَالْبُدْنَ
جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ
اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا
“Dan
telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi'ar Allah, kamu
mendapat kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu
menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila
telah rebah (mati), maka makanlah darinya...” al-Hajj, 36
Rasulullah
saw bersabda:
إِنَّ
اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ
وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ
ذَبِيحَتَهُ
“Sesungguhnya
Allah telah mewajibkan supaya sentiasa bersikap ihsan (baik) terhadap segala
sesuatu. Apabila kamu hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang paling
baik. Apabila kamu hendak menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara yang
paling baik iaitu dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan
haiwan dalam keadaan yang selesa.”
Hadis
Riwayat Muslim
Diantara
syarat-syarat umum Penyembelihan ialah,
1.
Haiwan yang disembelih hendaklah masih hidup ketika sembelihan dilaksanakan.
2.
Matinya haiwan adalah dengan secara normal hasil sembelihan.
Dimana
penyembelih memungkinkan untuk menyembelih dengan baik. Dalam keadaan ini,
penyembelihan harus dilakukan di posisi yang khusus, yaitu di bahagian leher.
Kondisi yang paling sempurna adalah wajib memutuskan dengan sempurna urat
HALKUM dan urat MARIH. (Halkum ialah tempat salur nafas pernafasan dan marih
pula tempat salur makan dan minum.)
3.
Haiwan tersebut bukan termasuk haiwan buruan di tanah haram.
4.
Orang yang menyembelihnya hendaklah berakal (tidak gila atau mabuk) sama ada
lelaki ataupun wanita, sama ada baligh atau pun belum, iaitu yang telah tamyiz
(tahu membezakan di antara yang baik dengan yang buruk).
5.
Menyebut nama Allah ketika menyembelih. Dan dimaafkan sekiranya terlupa.
Firman
Allah swt:
وَلا
تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ وَإِنَّ
الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَى أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ
“Dan
janganlah kamu memakan haiwan-haiwan yang tidak disebut nama Allah ketika
menyembelihnya, sesungguhnya perbuatan tersebut adalah suatu kefasikan.”
(al-An’am, 6: 121)
6.
Penyembelih hendaklah dari kalangan Muslim atau Ahli Kitab.
Firman
Allah swt:
الْيَوْمَ
أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ
وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْ
“Pada
hari ini dihalalkan bagi kamu yang baik-baik. Makanan orang-orang yang diberi
al-Kitab itu halal bagi kamu, dan makanan kamu juga halal bagi mereka.”
al-Ma’idah, 5
Makanan
ahli kitab yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah sembelihan ahli kitab. Ini
adalah suatu yang telah disepakati oleh para ulama bahawa sembelihan mereka
halal bagi umat Islam. Tafsir Ibnu Katsir.
Secara
umumnya, apa jua makanan berupa hasil sembelihan ahli kitab, ia adalah halal
bagi umat Islam melainkan padanya ada tanda yang jelas tanpa terselindung
sebagaimana makanan yang diharamkan bagi umat Islam untuk memakannya, atau
mengandungi unsur-unsur terlarang seperti bercampur dengan arak (khamr), babi,
atau padanya disebut nama selain nama Allah ketika menyembelih. Adapun apa yang
tidak diketahui di sebalik itu, maka cukuplah maklumat secara umum dan tidak
dibebankan untuk menyemak atau mempersoalkannya secara mendalam terlebih dahulu
sebelum memakannya.Ahli Kitab di sini merujuk kepada Yahudi dan Nashara.
Melainkan ahli kitab tersebut telah menjadi musyrik, iaitu dengan melakukan
kesyirikan kepada Allah, iaitu dengan menyembah sembahan selain dari Allah atau
mengatakan Allah itu lebih dari satu, maka ia bukan lagi ahli kitab tetapi
telah menjadi musyrikin. Maka dalam keadaan ini sembelihan mereka telah menjadi
haram untuk dimakan.Diantaranya, firman Allah swt,
لَمْ
يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنْفَكِّينَ حَتَّى
تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ
Orang-orang
kafir di kalangan ahli Kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahwa mereka)
tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang
nyata.al-Bayyinah: 1
Mereka
dikafirkan oleh Allah, disebabkan semua penyimpangan yang mereka lakukan.
Allah
berfirman,
لَقَدْ
كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلَّا
إِلَهٌ وَاحِدٌ
Sungguh
telah kafir orang yang mengatakan bahwa Allah adalah salah satu unsur dari
trinitas. Padahal tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali satu tuhan.
al-Maidah: 73
Ini
adalah sebagaimana keterangan yang dapat diambil dari hadis ‘Aisyah radiyallahu
‘anha ketika bertanya perkara berkaitan. ‘Aisyah bertanya:
يَا
رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ هَا هُنَا أَقْوَامًا حَدِيثٌ عَهْدُهُمْ بِشِرْكٍ يَأْتُونَا
بِلُحْمَانٍ لَا نَدْرِي يَذْكُرُونَ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا أَمْ لَا قَالَ اذْكُرُوا
أَنْتُمْ اسْمَ اللَّهِ وَكُلُوا
“Wahai
Rasulullah, di sini ada beberapa kaum yang baru saja meninggalkan kesyirikan
(baru masuk Islam), mereka biasa membawakan daging untuk kami yang kami tidak
tahu sama ada mereka menyembelihnya dengan menyebut nama Allah atau pun tidak?”
Nabi menjawab, “Kamu sebutlah nama Allah, dan makanlah.”HR. Bukhari
Dalam
sebuah riwayat menyebutkan ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
bersama-sama para sahabatnya dihadiahkan seekor kambing bakar oleh seorang
wanita Yahudi, beliau pun memakannya tanpa was-was atau memperincikannya
terlebih dahulu kedudukan daging tersebut walaupun pada daging tersebut
rupa-rupanya mengandungi racun. Rujuk Tafsir Ibnu Katsir
Demikian
juga dengan hasil sembelihan yang datang dari umat Islam, maka kita menerimanya
tanpa terlebih dahulu mempertikai, mempersoal, atau menyemaknya secara
terperinci. Melainkan padanya secara jelas memiliki unsur-unsur yang haram lagi
meragukan.
7.
Bukan dalam keadaan ihram. Mereka yang menyembelih dalam keadaan sedang
berihram, maka hasilnya adalah bangkai. Dan syarat ini adalah bagi sembelihan
haiwan buruan. Adapun bagi haiwan yang jinak, tidak mengapa disembelih oleh
orang-orang yang berihram.
8.
Bukan disembelih untuk tujuan pemujaan, penyembahan, dan yang padanya disebut
selain dari nama Allah.
Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
حُرِّمَتْ
عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ
بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا
أَكَلَ السَّبُعُ إِلا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ
“Diharamkan
bagi kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang
disembelih atas nama selain Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang
mati terjatuh, yang mati ditanduk, dan yang mati diterkam binatang buas,
kecuali yang sempat kamu menyembelihnya. Dan (diharamkan bagi kamu) haiwan yang
disembelih untuk berhala.” al-Ma’idah,3
Haiwan
yang disembelih yang padanya disebut dengan nama selain nama Allah, atau bagi
tujuan pemujaan dan penyembahan, maka hukumnya adalah haram dimakan secara
ijma’.
Dalam hadith diatas
terdapat ancaman bagi orang yang mencelakai seorang muslim.