Sunday, 3 September 2017

Keluh kesah apabila ditimpa Musibah

Tanda-tanda orang Munafik: Keluh kesah apabila ditimpa Musibah

Setiap orang tidak terlepas daripada mengalami musibah yang ditakdirkan Allah yang hanya untuk menguji keimanan kepada Allah. Oleh itu setiap muslim yang beriman kepada Allah, tidak seharusnya merasakan keluh kesah apabila mendapat sesuatu musibah atau bahaya yang ditentukan Allah kerana itu tergolong orang-orang munafik yang tidak bersyukur kepada Allah.

Firman Allah swt,
إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا.وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا.إِلَّا الْمُصَلِّينَ.


"Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir,kecuali orang-orang yang mengerjakan solat".Al-Ma'rij: 20-22

No comments:

Post a Comment