Thursday, 7 September 2017

Bersumpah dengan selain nama Allah swt.

Tanda-tanda orang Munafik: Bersumpah dengan selain nama Allah swt.

Bersumpah dengan selain nama Allah pada perkara batil dan maksiat adalah dilarang keras dalam Islam. Oleh itu, umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu sumpah agar tidak berlawanan dengan prinsip ajaran al-Quran dan Sunnah serta tidak mendatangkan kemurkaan Allah swt.

Perbuatan bersumpah dengan selain nama Allah pada perkara dusta dan sebagainya adalah amalan orang-orang munafik yang sentiasa berusaha menyakinkan umat Islam untuk mengakui kebenaran sesuatu dakwaannya.

Firman Allah swt,

إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَٰئِكَ لَا خَلَاقَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

"Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih".Ali Imran:77

Sabda Rasulullah saw,

لَا تَحْلِفُوا بِالطَّواغِى وَلَا بِأَبَائِكُمْ

“Janganlah sekali-kali kamu bersumpah dengan nama taghut dan kepada nama-nama ayahmu”  HR Muslim.

Dari Abdullah bin Umar ra. dia berkata:

 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَدْرَكَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ وَهُوَ يَسِيرُ فِي رَكْبٍ يَحْلِفُ بِأَبِيهِ فَقَالَ أَلَا إِنَّ اللَّهَ يَنْهَاكُمْ أَنْ تَحْلِفُوا بِآبَائِكُمْ مَنْ كَانَ حَالِفًا فَلْيَحْلِفْ بِاللَّهِ أَوْ لِيَصْمُتْ

 “Rasulullah saw- menjumpai Umar bin Al-Khattab yang sedang menaiki haiwan tunggangannya, seraya dia bersumpah dengan nama ayahnya. Maka beliau -Saw menegur, “Ketahuilah sesungguhnya Allah melarang kamu bersumpah dengan nama ayah-ayah kamu. Kerananya barangsiapa yang mahu bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau lebih baik dia diam". HR Al-Bukhari dan Muslim.

Rasulullah Saw bersabda:

مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللَّهِ فَقَدْ كَفَرَ أَوْ أَشْرَكَ

“Barangsiapa bersumpah dengan selain Allah maka dia telah kafir atau berbuat syirik.” HR Abu Daud, At-Tirmizi.

Hal ini ditegaskan dalam hadits sahih di bawah ini:

عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَيْدَةَ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ سَمِعَ رَجُلًا يَقُولُ لَا وَالْكَعْبَةِ فَقَالَ ابْنُ عُمَرَ لَا يُحْلَفُ بِغَيْرِ اللَّهِ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللَّهِ فَقَدْ كَفَرَ أَوْ أَشْرَكَ


"Dari Sa’ad bin Ubaidah bahwa Ibnu Umar Radhiyallahu anhuma mendengar seorang laki-laki berkata, “Tidak, Demi Ka’bah!”. Maka Ibnu Umar Radhiyallahu anhuma berkata, “Tidak boleh bersumpah dengan menggunakan selain (nama) Allâh. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah berbuat kekafiran atau kemusyrikan”. HR Tirmizi.Sahih

No comments:

Post a Comment