Tuesday, 26 September 2017

Jangan jadikan rumah seperti kubur

Jangan jadikan rumah seperti kubur

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيُّ عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Abdurrahman Al Qariy dari Suhail dari bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, sesungguhnya syaitan itu akan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surat Al Baqarah." HR Muslim

Dalam hadith yang lain pula,

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ أَخْبَرَنِي نَافِعٌ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلَاتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Hanbal telah menceritakan kepada kami Yahya dari 'Ubaidullah telah mengabarkan kepadaku Nafi' dari Ibnu Umar dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai tempat mengerjakan solat (sunnah), dan janganlah kalian jadikan sebagai kuburan." HR Abu Daud, sahih.

Maknanya janganlah kamu menjadikan rumah kamu seperti kubur, yang kelihatan sunyi sepi dan menyeramkan. Justeru kerana disana tidak dilaksanakan ibadah solat.

Hadith ini juga menjadi dalil bahawa yang afdal bagi seseorang itu bahawa dia bersolat sunat di rumahnya. Hal ini disokong oleh hadith berikut,

أفضل صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة

“Solat yang afdhal bagi seseorang adalah di rumahnya, kecuali solat-solat wajib” HR Bukhari.


Kecuali solat-solat sunat yang terdapat dalil dari syariat mengatakan bahawa pelaksanaannya dituntut dilakukan di masjid, seperti solat khusuf(gerhana) , solat tarawikh di bulan Ramadan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment