Saturday, 2 September 2017

Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.

Tanda-tanda Munafik: Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.

Sanjungan dan pujian terhadap seseorang adalah kerana perbuatan dan perkataannya. Akan tetapi sanjungan dan pujuan yang baik dan ikhlas terhadap sesama muslim adalah dibolehkan dalam Islam. Namun demikian, sanjungan dan pujian yang berlebihan dan tidak sesuai dengan kenyataan yang dipuji adalah dilarang dalam Islam dan tergolong amalan orang-orang munafik untuk merosak peribadi seseorang muslim.

Sesungguhnya Allah swt. tidak menyukai umat Islam menyanjung dan memuji orang-orang yang ingkar kepadanya seperti orang kafir, munafik dan fasik kerana boleh menambah kesombongan dan keingkaran mereka.

Sabda Rasulullah saw,
إِنَّ اللهَ يَبْغَضً إِذَا مُدِحَ الفَاسِقُ

“Sesungguhnya Allah marah apabila orang fasik dipuji” HR Ibnu Abiddunya dan Baihaqi.

Sabda Rasulullah saw,
أَحْثُوا التُّرابَ فِي وُجُوهِ الْمَادِحِيْنَ

“Hamburkanlah tanah pada muka orang-orang yang memuji itu” HR Muslim



No comments:

Post a Comment