Thursday, 28 September 2017

Solat yang paling berat bagi orang munafik untuk menunaikannya : Solat Subuh dan solat 'Isya

Solat yang paling berat bagi orang munafik untuk menunaikannya : Solat Subuh dan solat 'Isya

أَخْبَرَنَا الْحَسَنُ بْنُ الرَّبِيعِ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ صَلَاةٍ أَثْقَلُ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنْ صَلَاةِ الْعِشَاءِ الْآخِرَةِ وَصَلَاةِ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Telah mengabarkan kepada kami Al Hasan bin Ar Rabi' telah menceritakan kepada kami Abu Al Ahwash dari Al A'masy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Sesungguhnya tidak ada solat yang lebih berat bagi orang-orang munafik dari pada solat 'Isya dan solat Subuh. Seandainya mereka mengetahui apa yang ada pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak."
HR Darimi

Sabda Rasulullah saw,

حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصٍ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ صَلَاةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنْ الْفَجْرِ وَالْعِشَاءِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ الْمُؤَذِّنَ فَيُقِيمَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا يَؤُمُّ النَّاسَ ثُمَّ آخُذَ شُعَلًا مِنْ نَارٍ فَأُحَرِّقَ عَلَى مَنْ لَا يَخْرُجُ إِلَى الصَّلَاةِ بَعْدُ

Telah menceritakan kepada kami 'Umar bin Hafsh berkata, telah telah menceritakan kepada kami Bapakku berkata, telah menceritakan kepada kami Al A'masy berkata, telah menceritakan kepadaku Abu Shalih dari Abu Hurairah berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang-orang Munafik kecuali solat subuh dan 'Isya. Seandainya mereka mengetahui (kebaikan) yang ada pada keduanya tentulah mereka akan mendatanginya walau harus dengan merangkak. Sungguh, aku berkeinginan untuk memerintahkan seorang mu'adzin sehingga solat ditegakkan dan aku perintahkan seseorang untuk memimpin orang-orang solat, lalu aku menyalakan api dan membakar (rumah-rumah) orang yang tidak keluar untuk shalat berjama'ah (tanpa alasan yang benar)." HR Bukhari

Dua solat yang memiliki keutamaan yang besar iaitu solat Subuh dan Solat 'Isya.

Waktu subuh adalah salah satu waktu di antara beberapa waktu yang dijadikan oleh Allah swt, di mana Allah swt, memerintahkan agar umat Islam mengerjakan solat dikala itu.
Allah Ta’ala berfirman,

أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآَنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآَنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

“Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh tu disaksikan (oleh malaikat).” Al-Isra’: 78

Berdasarkan hadith diatas bahawa dua solat inilah yang terasa amat berat bagi orang-orang munafik.

Walaupun begitu pada hakikatnya bahawa semua solat itu adalah berat bagi orang munafik sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah swt,

وَلَا يَأْتُونَ الصَّلَاةَ إِلَّا وَهُمْ كُسَالَى

“Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas” At Taubah: 54.

Akan tetapi, solat 'Isya dan solat Subuh lebih berat bagi orang munafik untuk mengerjakanya kerana rasa malas dan enggan untuk melakukannya. Oleh kerana waktu solat 'Isya adalah waktu di mana orang-orang bersitirehat, sedangkan waktu Subuh adalah waktu nikmatnya tidur.

No comments:

Post a Comment