Hiasilah
malam dengan Solat witir
و
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ ح و حَدَّثَنَا
ابْنُ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا أَبِي ح و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَابْنُ الْمُثَنَّى
قَالَا حَدَّثَنَا يَحْيَى كُلُّهُمْ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ
عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ
بِاللَّيْلِ وِتْرًا
Dan
telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan
kepada kami Abu Usamah, (dan diriwayatkan dari jalur lain) telah menceritakan
kepada kami Ibn Numair telah menceritakan kepada kami ayahku, (dan diriwayatkan
dari jalur lain) telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb dan Ibnu Al
Mutsanna keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Yahya, semuanya dari
'Ubaidullah, dari Nafi' dari Ibnu Umar dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
beliau bersabda: "Jadikanlah akhir shalat malam kalian dengan witir."
HR Muslim
Solat-solat
sunat dapat menutupi kekurangan solat-solat fardu dan Allah swt memerintahkan
untuk menjaga dan melaksnakannya secara berkesinambungan. Di antara solat sunat
yang diperintahkan untuk dilakukan secara berterusan, iaitu solat Witir.
Sabda
Rasulullah saw
إِنَّ
اللَّهَ زَادَكُمْ صَلَاةً فَحَافِظُوا عَلَيْهَا وَهِيَ الْوَتْرُ أخرجه أحمد
Sesungguhnya
Allah telah menambah untuk kalian satu solat, maka jagalah solat tersebut.
Solat itu ialah Witir. HR Ahmad,Sahih.
Dari
segi bahasa witir bermaksud ganjil. Sebagaimana sabda Rasulullah saw,
إِنَّ
اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ
“Sesungguhnya
Allah itu Witr dan menyukai yang witr (ganjil).” HR Bukhari.
Sedangkan
yang dimaksud dengan witir pada solat witir adalah solat yang dikerjakan antara
solat Isya’ dan terbitnya fajar (iaitu apabila masuknya waktu Subuh), dan solat
ini adalah penutup solat malam.
Hukum
solat witir adalah sunat muakkad (sunat yang amat dianjurkan), ini adalah
berdasarkan pendapat jumhur ulama,diantara dalilnya adalah,
Sabda
Rasulullah saw,
اجْعَلُوا
آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرً
“Jadikanlah
akhir solat malam kamu adalah solat witir.” HR Muslim
Dan
juga sabda Rasulullah saw,
قَالَ
رَسُولُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ
أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلَاثٍ
فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ
Rasulullah
Shallallahu alaihi wa salllam bersabda: “Shalat Witir wajib bagi setiap muslim.
Barang siapa yang ingin berwitir dengan lima rakaat, maka kerjakanlah; yang
ingin berwitir tiga rakaat, maka kerjkanlah; dan yang ingin berwitir satu
rakaat, maka kerjakanlah!” [HR Abu Dawud, an-Nasâ`i dan Ibnu Mâjah, dan
dishahîhkan Syaikh al-Albâni dalam Shahîh Sunan Abu Dawud, no. 1421
Waktu
solat witir
Para
ulama sepakat, bahawa waktu solat Witir adalah selepas solat Isya hingga terbit
fajar Subuh. Iaitu berdalilkan beberapa buah hadith dan diantaranya adalah,
Dari
Aisyah,
كَانَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِيمَا بَيْنَ أَنْ يَفْرُغَ
مِنْ صَلَاةِ الْعِشَاءِ وَهِيَ الَّتِي يَدْعُو النَّاسُ الْعَتَمَةَ إِلَى الْفَجْرِ
إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُسَلِّمُ بَيْنَ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ وَيُوتِرُ بِوَاحِدَةٍ
أخرجه مسلم.
Dahulu,
Rasulullah saw solat antara setelah selesai solat Isya, iaitu yang disebut oleh
orang-orang dengan – al-‘atamah – sampai fajar sebelas rakaat dengan salam
setiap dua rakaat dan berwitir satu raka’at. HR Muslim
Jumlah
rakaat solat witir
Solat
Witir boleh dilakukan dengan satu rakaat, tiga rakaat, lima rakaat, tujuh
rakaat, sembilan rakaat dan sebelas rakaat; ini berdasarkan hadith-hadith
berikut,
الْوِتْرُ
حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ
أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلَاثٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ
فَلْيَفْعَلْ
Solat
Witir wajib bagi setiap muslim. Barang siapa yang ingin berwitir dengan lima
rakaat, maka kerjakanlah. Yang ingin berwitir tiga rakaat, maka kerjkanlah; dan
yang ingin berwitir satu rakaat, maka kerjakanlah! HR Abu Dawud, an-Nasai dan
Ibnu Majah, Sahih
Dan
juga hadith berikut,
كُنَّا
نُعِدُّ لَهُ سِوَاكَهُ وَطَهُورَهُ فَيَبْعَثُهُ اللَّهُ مَا شَاءَ أَنْ يَبْعَثَهُ
مِنَ اللَّيْلِ فَيَتَسَوَّكُ وَيَتَوَضَّأُ وَيُصَلِّى تِسْعَ رَكَعَاتٍ لاَ يَجْلِسُ
فِيهَا إِلاَّ فِى الثَّامِنَةِ فَيَذْكُرُ اللَّهَ وَيَحْمَدُهُ وَيَدْعُوهُ ثُمَّ
يَنْهَضُ وَلاَ يُسَلِّمُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّى التَّاسِعَةَ ثُمَّ يَقْعُدُ فَيَذْكُرُ
اللَّهَ وَيَحْمَدُهُ وَيَدْعُوهُ ثُمَّ يُسَلِّمُ تَسْلِيمًا يُسْمِعُنَا ثُمَّ يُصَلِّى
رَكْعَتَيْنِ بَعْدَ مَا يُسَلِّمُ وَهُوَ قَاعِدٌ فَتِلْكَ إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً
يَا بُنَىَّ فَلَمَّا أَسَنَّ نَبِىُّ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَخَذَ اللَّحْمَ
أَوْتَرَ بِسَبْعٍ وَصَنَعَ فِى الرَّكْعَتَيْنِ مِثْلَ صَنِيعِهِ الأَوَّلِ فَتِلْكَ
تِسْعٌ يَا بُنَىَّ
“Kami
dulu sering mempersiapkan siwaknya dan bersucinya, setelah itu Allah
membangunkannya sekehendaknya untuk bangun malam. Beliau lalu bersiwak dan
berwudhu dan shalat sembilan rakaat. Beliau tidak duduk dalam kesembilan rakaat
itu selain pada rakaat kedelapan, beliau menyebut nama Allah, memuji-Nya dan
berdoa kepada-Nya, kemudian beliau bangkit dan tidak mengucapkan salam. Setelah
itu beliau berdiri dan shalat untuk rakaat ke sembilannya. Kemudian beliau
berdzikir kepada Allah, memuji-Nya dan berdoa kepada-Nya, lalu beliau
mengucapkan salam dengan nyaring agar kami mendengarnya. Setelah itu beliau
shalat dua rakaat setelah salam sambil duduk, itulah sebelas rakaat wahai
anakku. Ketika Nabiyullah berusia lanjut dan beliau telah merasa kegemukan,
beliau berwitir dengan tujuh rakaat, dan beliau lakukan dalam dua rakaatnya sebagaimana
yang beliau lakukan pada yang pertama, maka itu berarti sembilan wahai anakku.”
HR. Muslim
Untuk
perhatian:
Bahawa
solat witir boleh dilakukan sebelum tidur atau setelah bangun dari tidur,
Ini
dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya:
مَنْ
خَافَ أَنْ لاَ يَقُوْمَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ ؛ فَلْيُوْتِرْ أَوَّلَهُ ، وَمَنْ طَمِعَ
أَنْ يَقُوْمَ آخِرَهُ؛ فَلْيُوْتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ ؛ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ
مَشْهُوْدَةٌ ، وَذَلِكَ أَفْضَلُ. أخرجه مسلم.
Barang
siapa yang bimbang tidak bangun di akhir malam, maka witirlah di awalnya. Dan
yang yakin akan bangun di akhir malam, maka witirlah di akhir malam; karena
solat di akhir malam disaksikan dan itu lebih utama. HR Muslim.
Sabda
Rasulullah saw ,
اجْعَلُوْا
آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْراً. متفق عليه
Beliau
berkata: “Jadikanlah akhir solat kamu di malam hari dengan Witir. Muttafaqun
‘alaihi.
No comments:
Post a Comment