Sunday, 27 September 2015

Kaum Perempuan Dibolehkan Mengerjakan Solat Jenazah: Sudut Feqah


Sumber Rujukan: Fiqh Sunnah oleh Muhammad As-Sayyid Sabiq
Kaum perempuan dibolehkan solat jenazah sepertimana halnya kaum lelaki, samaada bersendirian mahupun berjama’ah.

Umar pernah menunggu Ummu Abdullah supaya sempat turut menyembahyangkan jenazah ‘Utbah. Begitu juga Aisyah pernah menyuruh agar jenazah Sa’ad bin Abu Waqqash dibawa kepadanya agar dapat menyembahyangkannya.Maksud hadis:

Dari Abu Salamah bin ‘Abdurrahman ra. , katanya:” Ketika Saad bin Abu Waqash wafat, ‘Aisyah berkata: Bawakan jenazah itu ke dalam Masjid, supaya aku dapat mensolatkannya. Permintaan  “Aisyah itu diingkari oleh ramai orang. Lalu kata ‘Aisyah “Demi Allah, Rasulullah SAW. pernah solat jenazah dalam masjid, untuk dua orang putera Baidha’. Yaitu Suhail dan saudaranya”. HR Muslim 921

Al-Nawawi berkata: “Disunatkan mereka supaya berjemaah ketika mengerjakan solat jenazah sebagaimana ketika hendak mengerjakan solat-solat yang lain.” Demikian pula pendapat al-Hasan bin Salih, sufyan al-Thauri, Ahmad dan mazhab Hanafi. Namun Malik berpendapat , hendaklah kaum perempuan mengerjakannya bersendirian.

Saturday, 26 September 2015

Rahsia Haji Mabrur: Berziarah Ke Makam Rasulullah SAW


Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi

            Tawaf Wada’ adalah pekerjaan terakhir anda sebelum anda pergi meninggalkan Makkah pulang kenegara anda atau ke Madinah al-Munawwarah.Tawaf tidak gugur  kecuali dalam keadaan darurat. Tawaf digalakkan sekali untuk dilakukan oleh semua pihak, kecuali wanita yang sedang dalam keadaan haid,kita tidak boleh mengatakan, tunggulah seminggu lagi sampai anda boleh tawaf wida’. Akan tetap dalam tawaf  ifadah dia tidak boleh menanggungnya, kerana ia merupakan salah satu rukun haji.

Mengenai tawaf wada’, para ulama juga berselisih pendapat. Apakah tawa’ wada’ merupakan satu sunnah?

            Golongan dari mazhab Maliki dan Hanafi berpendapat, tawaf wada’ adalah sunnah. Sementara ImamAhmad dan Iman Syafie mengatakan wajib. Kalau begitu, apa perbezaan antara fardhu dan wajib? Fardhu adalah suatu hukum yang dalilnya cukup jelas dan tidak meragukan. Sedangkan wajib hukumnya, cukup dengan dalil zhonni saja.Hanya golongan mazhab Hanafi yang membezakan antara hukum fardhu dan wajib. Sedangkan dalam pendapat lain, hukum fardhu dan wajib tidak ada bezanya, iaitu sama.

Lalu, kenapa kita tidak menunaikannya dengan lebih cermat? Kenapa kita tidak menunaikan manasik haji dengan lebih baik dan sempurna supaya tidak menimbulkan hal-hal meragukan?

Bagi orang yang tidak melakukan tawaf  wada’ hendaklah menyembelih korban. Dia harus membayar fidyah sekiranya tidak menunaikan tawaf wida’.

Agar tawaf wada’ berkenaan diterima oleh Allah Ta’ala maka jadikanlah tawaf sebaik pekerjaan terakhir sebelum meninggalkan kota Mekah. Setelah melakukan tawaf wada’.janganlah anda masih tinggal di Kota Makah untuk membeli barang-barang di Pasar, atau masih tinggal di hotel, atau masih menguruskan sesuatu yang belum beres untuk teman-teman atau keluarga anda.. Akan tetapi, apabila selesai tawaf wada’ teruslah anda keluar dari Mekah. Di dunia ini tidak ada sesuatu yang lebih besar selain  Baitullah. 

            Secara moral perjalanan ibadah haji tidak sempurna jika belum berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah al-Munawwarah. Para Jemaah rombongan terdahulu  pada umumnya pergi ke Madinah lebih dahulu, setelah itu baru dari sana mereka mengenakan pakaian ihram untuk menunaikan manasik haji. Para Jemaah rombongan kemudian biasanya menunaikan manasik haji terlebih dahulu, baru pergi berziarah ke makam Rasulullah SAW. di Madinah selepas itu,

Segelintir orang berkata, “Sesungguhnya orang yang berhaji tapi tidak berziarah kemakam Rasulullah SAW. seperti orang yang belum berhaji saja.” Sebenarnya ini secara moral dan rohani sahaja, bukan menurut hukum syar’i. Jiwa kaum muslimin yang begitu besar cintanya kepada Rasulullah SAW. rasanya tidak rela dan tidak puas jika pergi haji tanpa berziarah ke makam Rasulullah SAW. di Madinah. Ini masaalah logik. Semua kaum mukminin mencintai Rasulullah SAW. Bahkan bukti kecintaan kita kepada Allah SWT. harus mampu diperagakan dengan mengikuti dan mematuhi apa-apa yang diajarkan oleh Rasulullah Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali –Imran 31,

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Iman seorang muslim belum boleh dipercayai sebelum dia membuktikan bahawa Rasulullah SAW. lebih di cintai daripada dirinya sendiri. Meskipun ziarah bukan termasuk rukun haji tapi merupakan masaalah moral dan kejiwaan. Allah Ta’ala sudah mentakdirkan Rasul-Nya tinggal di Madinah. Beliau selalu mengatakan kepada penduduk madianah, yang bermaksud:

“Kehidupan adalah kehidupan kalian, dan kematian adalah kematian kalian”

Ertinya , Rasulullah SAW. akan hidup di sini dan akan mati di sini juga. Allah telah memberitahukan hal itu kepadanya sehingga tidak berlawanan dengan firman-Nya dalam surah Luqman 34 yang bermaksud:

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.    

 Selesai perang Hunaian, Rasulullah SAW. membahagikan rampasan perang. Beliau memberikan kepada orang-orang Quraisy dan penduduk luar kota Madinah bahagian yang lebih besar daripada yang diberikan kepada kaum Ansar. Sudah tentu sikap Rasulullah SAW. itu menimbulkan rasa sedih dan pedih dikalangan mereka. Sehingga salah seorang anak muda di antara mereka berkata, “Semoga Allah mengampuni Rasulullah SAW.  Dia memberikan sebahagian besar harta kepada orang -orang Quraisy, sedangkan kita tidak, padahal pedang-pedang kita masih menitis darah.”  

Setelah Rasulullah mendengar keluhan dan protes kaum Ansar, beliau mengumpulkan mereka semua di dalam khemahnya, sambil bersabda menjelaskan, “Wahai kaum Ansar, apakah kalian tidak reda melihat orang-orang itu pergi membawa pulang kambing dan unta, sedangkan kalian pulang membawa Rasulullah?”  

Kaum Ansar serentak menjawab, “Kami reda, ya Rasulullah!”

            Rasulullah kemudian melanjutkan sabdanya, “Kalau orang-orang itu melintasi suatu wadi,, sedangkan yang lainnya melintasi jalan lain, tentu aku akan melintasi jalan yang dilalui kaum Anshar.” Demikain Rasulullah SAW. memberitahu kaum Ansar bahawa beliau akan sehidup semati dengan mereka di Madinah al-Munawwarah.  

Memang tidak ada orang yang mengetahui ilmu ghaib, namun Allah mungkin sahaja memberitahukan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, apalagi kepada rasul-Nya meskipun secara umum. Dia memerintahkan kapada rasul-Nya supaya mengatakan kepada kaumnya, firman Allah SWT dalam surah al-An-am 50 yang bermaksud:

قُلْ لَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ ۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ ۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ

Katakanlah: "Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang gaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkannya

Soal ziarah ke makam Rasulullah SAW. bukan satu manasik haji tetapi merupakan salah satu sopan santun Islam.

Allah Ta’ala menentukan rasul-Nya SAW. meninggal di Madinah. Ini sebagai penghargaan atas kedudukan dan keluhurannya sehingga pergi berziarah kepadanya bukan sebagai pekerjaan sambilan kerana kebetulan sedangkan berziarah kepadanya sebagai suatu yang diniatkan, terdorong oleh rasa cinta kepadanya. Ada para haji yang pergi berziarah sebelum menunaikan manasik hajinya, dan ramai juga yang pergi sesudah menunaikan Ibadah haji. Pergi berziarah kepada nya adalah bersifat khusus kerana dorongan rasa cinta dan rindu kepadanya kerana beliaulah yang membawa penyuluh dan rahnmat untuk kesejahteraan umat manusia di dunia dan di akhirat,

                                             

 

Sunday, 20 September 2015

Rahsia Haji Mabrur: Bagaimana Pahala Solat Di Luar Masjidil Haram


Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi

            Kita harus menyedari beberapa masalah yang berkaitan dengan Masjidil Haram dalam musim haji. Masjid penuh sesak dengan para Jemaah haji. Ramai orang yang ingin memasuki masjid, sementara dari arah lain ramai juga yang mahu meninggalkanya. Maka terjadilah tolak-menolak dan perlanggaran antara yang mahu masuk dan yang mahu keluar. Sebahagian daripada mereka tidak mahu meninggalkan tempat untuk menunaikan solat di dalam masjid. Mereka beranggapan, solat di dalam masjid mendapat pahala berlipat ganda, sedang di luar tidak demikian.

            Sebenarnya dalam keadaan masjid yang safnya bersambung dengan yang solat di luar masjid dari yang dalam, mulai dari pintu masjid dari tangga hingga ke jalanraya dan kelapangan yang bersebelahan dengan itu(sehingga tidak ada lagi yang boleh digunakan untuk lalu lalang), maka solatnya sama saja dengan solat di dalam masjid meskipun saf orang yang solat sampai ke Sha’na(Yaman) dengan  syarat saf tersebut tidak terputus. Perlu disedarai oleh semua Jemaah, dalam keadaan majid sudah tidak dapat menampung orang-orang yang solat didalamnya, maka solat diluar pahalanya sama dengan pahala solat di dalam asalkan saf anda dengan saf mereka bersambung. Kalau terputus, maka terputus pulalah pahala masjid itu kerana direbut jalan raya.

Perlu diperhatikan bersama adanya gejala “pesan tempat” atau “monopoli tempat” di Masjidil Haram oleh segelintir penduduk Makkah atau lainnya di saf-saf pertama. Ini tidak dibenarkan! Mereka tidak mempunyai hak berbuat demikian di Baitullah kerana saf pertama diperuntukkan bagi orang yang masuk terdahulu, atau berada di belakangnya. Kalau saf pertama penuh, maka saf kedua segera diisi, demikian seterusnya sehingga setiap orang yang datang terlebih dahulu mendapat tempat pada saf paling depan.

Rasulullah SAW melarang orang menyita tempat-tempat tertentu dalam masjid kerana hal iu merupakan suatu usaha hendak menggalakkan perbezaan di tempat suci yang berketuhanan, dimana semua orang sama di hadapan-Nya. Tidak ada tempat yang boleh disita di masjid, melainkan tempat imam. Bahkan jalan kesana pun harus disediakan sehingga ketika dia hendak mengimamkan para Jemaah, dia tidak melangkah bahu Jemaah atau mengganggu para Jemaah yang lain.

            Suatu hal yang perlu diperhatikan pula ialah meluruskan saf di Kaabah. Barisan pertama yang paling dekat dengan Kaabah harus merapatkan dan meluruskan safnya. Kalau semua pihak bertimbang rasa terhadap sesama saudaranya, maka solat itu akan berjalan rapi dan tertib, baik yang dibawah mahupun yang diatas, yang di dalam mahupun yang diluar. Kita juga harus mengatur sejadah agar membatasi jumlah orang yang solat juga. Sejadah dibentang di sekitar Kaabah, melainkan di beberapa ruang dan jalan-jalan yang tidak ada sejadahnya.

Ada sesuatu yang namanya lazim tapi tidak dilazimkan dalam haji.Apa itu? Perhatikan firman Allah Ta’ala, seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah 125:

وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَأَمْناً وَاتَّخِذُواْ مِن مَّقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".

Kalau kita mengamati firman-Nya di atas, pada lahirnya seolah-olah merupakan suatu perintah, padahal faktanya tidak sedemikian, maksudnya hanya keizinan sahaja.  Ayat itu tidak bererrti hanya Maqam Ibrahim saja menjadi tempat solat di Kaabah.Pada mulanya Makam Ibrahim terletak diantara Kaabah dan di antara orang-orang yang sedang solat.Mereka merasa keberatan solat dibelakang makam Ibrahim kerana mengelilingi mereka dari Kaabah. Lalu mereka tidak mahu solat dibelakangnya kerana terhalang oleh Makam Ibrahim dari Kaabah.

Allah Ta’ala menghilangkan keberatan mereka dengan firman-Nya:

وَاتَّخِذُواْ مِن مَّقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى

…. dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang.

Ertinya, anda tidak perlu keberatan solat di tempat itu, meskipun makam itu melindungi anda daripada Kaabah.

            Pada akhir tawaf, jemaah akan melakukan solat dua akaat. Kerana orang yang bertawaf di situ banyak sekali, sudah tentu tempat itu penuh sesak terutama pada musim haji. Untuk mengurangkan kepadatan yang luar biasa itu, pada tahun 50an pengurus Masjidil Haram berusaha hendak memindahkan makam Ibrahim ke tempat yang lain, yang jauh dari sana. Pada waktu itu Makam Ibrahim terletak di tengah-tengah sebuah bangunan yang bertiang dan beratap yang banyak memakan tempat dan menganggu orang yang bertawaf pada saat-saat kesibukan.Bangunan yang baru sudah di persiapkan. Perasmian pemindahan batu itu ketempatnya yang baru akan dilakukan oleh Raja su-ud. Namun dua hari sebelum pemindahan dilakukan, keputusan dari yang berhak tidak mengesahkan pemindahan Makam tersebut.dari tempatnya.Para Ulama tidak membenarkan pemindahan makam Ibrahim tersebut.Perintah pemindahan di lucutkan dan tempat yang disiapkan untuk pemindahan Makam itu dihancurkan. Lalu bangunan lama digantikan dengan bangunan baru yang seukuran Makam dan bercermin, yang tidak memakan banyak tempat dan keihatan dari luar, seperti yang ada sekarang. Makam Ibrahim merupakan salah satu dari ayat Allah yang harus sentiasa dilihat dan dikenang oleh para Jemaah yang berhaji dan berumrah ke Baitullah al-Haram.

            Sekali lagi perlu ketahui, tidak ada perbezaan pahala orang yang tawaf di sekitar Kaabah atau yang Sa’i antara safa dan Marwah, baik ditingkat pertama, kedua mahupun ketiga kerana udara di Masjidil Haram hingga ke langit ketujuh, ke Baitul Ma’mur adalah masjid juga.

Kiranya, penting juga kita ketahui tentang zam-zam. Zam-zam merupakan hal yang penting dalam akidah dengan mengambil kira pendapat yang mengatakan bahawa ia mempunyai khasiat penyembuhan penyakit dan minuman yang sihat bagi tubuh. Yang jelas zam-zam merupakan lambang kemutlakan kekuasaan Allah yang tidak sepenuhnya bergantung pada sebab-musabab. Pada waktu jamaah meminumnya mereka teringat akan rahmat Allah Ta’ala yang telah bermurah hati, membukan pintu yang terrtutup rapat ketika ikhtiar manusia sudah menemui jalan buntu.

 

 

 

Thursday, 17 September 2015

Rahsia Haji Mabrur: Tahallul


Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi

            Kita harus mengetahui bahawa ada dua jenis Tahallul. Ada Tahallul besar dan ada pula tahallul kecil. Dalam tahallul kecil anda halal melakukan apa jua yang asalnya diharamkan, kecuali bergaul dengan wanita sebelum anda menyelesaikan tawaf ifadhah. Tawaf Ifadhah merupakan salah satu rukun haji yang wajib dilakukan dengan baik dan sempurna. Iaitu tujuh kali putaran. Jangan dilebihkan, kerana ini merupakan salah satu rukun haji.

Dalam tawaf  ifadhah terdapat beberapa perselisihan. Ada sebahagian yang melepaskan kain ihramnya sesudah melempar Jumrah ‘Aqabah, lalu mereka memakai pakaian biasa. Sebahagian lagi tidak mahu bertahallul dan menanggalkan ihramnya, dan ada pula Jamaah yang menutupi bahu yang sebelah dan membuka bahu sebelah  yang lain pula.

Pada mulanya kita melakukan tiga putaran pertama seperti berlari-lari anak dalam mengerjakan tiga tahap sa’i yang pertama. Pada tahap-tahap itu kelajuan jalannya dipercepatkan. Ini dinamakan istishhaban. Ertinya, mengikut jejak yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. serta para sahabatnya.

            Asal usul berlari-lari anak pada ketiga tahap pertama kononnya diriwayatkan kerana ramai di antara sahabat Rasulullah SAW. yang kurang sihat kerana perubahan cuaca. Lalu kaum kafir Quraisy mengejek mereka. Kata mereka, “Penyakit Yatsrib(Madinah) telah membuat kaum muslimin sakit dan kurang sihat. “setelah Rasulullah mendengar cemuhan itu, beliau ingin membuktikan kebohongan orang kafir Quraisy. Maka beliau memerintahkan para sahabatnya supaya membuka penutup bahunya sebelah dan mempercepatkan langkah dalam sa’i serta tawaf ifadhah pada tiga tahap pertama. Beliau bersabda kepada para sahabat yang bermaksud:

“Allah akan merahmati orang yang memperlihatkan dirinya dalam keadaan kuat terhadap musuh-musuhnya”.

Berlari-lari anak adalam tawaf qudum(datang) atau tawaf wada’(selamat tinggal) tidak digalakkan.

            Pada zaman dahulu ditempat mas’a(Sa’i) terdapat tempat sebuah pasar ramai orang yang  duduk-duduk disana melihat orang yang sedang melakukan sa’i. Anda di minta belari-lari anak kalau tempat di hadapan anda tidak padat. Namun kalau keadaannya padat, janganlah bertolak-tolakan dengan sesama muslimin yang sedang melakukan sa’i di sana. Berlari-lari anak biasanya dilakukan sekiranya keadaan mengizinkan di Mas’a.

Bertolak-tolakan antara sesama muslimin yang sedang menunaikan ibadah, apalagi kalau sampai menimbulkan ganguan pada mereka, tidak dibenarkan! Anda dituntut untuk tidak menimbulkan gangguan terhadap sesama saudara seIslam dan seiman.

            Sebenarnya hal-hal yang menimbulkan kesusahan, dan keletihan para jamaah haji dalam menunaikan ibadah haji adalah kerana sikap mereka sendiri. Ada segolongan Jamaah yang ingin menunaikan tawaf dari daerah yang sempit yang dekat dengan Kaabah. Mereka tidak mahu bertawaf didaerah yang kosong yang agak jauh dari Kaabah. Pada hal kalau setiap haji bertawaf dan bersa’i dengan baik, tertib dan sopan, tidak saling dahulu-mendahului atau tidak saling bertolakan, tentu semua akan berjalan dengan tenang, lancar dan tidak meletihkan.

 

Wednesday, 16 September 2015

Rahsia Haji Mabrur: Menyembelih Qurban


 

Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi

            Mengenai pekerjaan menyembelih qurban, permasaalahannya tidak berdasarkan yang muhkam. Kerana itulah anda boleh memakai hukum yang paling mudah dan sesuai. Orang yang mengatakan bahawa menyembelih qurban hanya boleh dilakukan di Mina berdasarkan apa yang diketahuinya, iaitu Rasulullah SAW. mengerjakannya disi sana. Dari Jabir ra., bahawa Rasulullah SAW. bersabda,yang bermaksud:

“Seluruh Mina merupakan tempat penyembelihan, seluruh Muzdalifah merupakan tempat wuquf, dan seluruh celah-celah bukit di Kota Makkah merupakan jalan dan tempat penyembelihan”. HR Abu Daud dan Ibnu Majah

Namun ada pula segolongan orang yang mengatakan bahawa menyembelih qurban pun boleh dilakukan di Makkah.Mereka berpegang pada firman Allah Ta’ala dalam surah al-Maidah 95:

هَدْيًۢا بٰلِــغَ الْكَعْبَةِ

 “..Sebagai hadiah(qurban) yang disampaikan kepada Ka’abah (penduduk Makkah)..”.

Ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa seluruh kota Makkah adalah tempat penyembelihan qurban yang sah. Semua ini tidak mewakili perselisihan. Bahkan perselisihan itu diarahkan kesana, bukan pantulan kepada yang mengarahkannya. Kita semua mengarah pada kebenaran. Anda mungkin melihat kebenaran di sini, dan saya pula melihat kebenaran itu disana.Tidak seorang pun yang mampu menunjukkan kepada anda dan saya pada kebenaran. Kecuali melalui ijtihad. Ijtihad jelas bukan suatu nas dalam syariat akan tetapi hanya jalan pintas untuk memudahkan manusia melaksanakan hukum. Kenapa? Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala mentakdirkan penciptaan diri kita dalam dua situasi. Situasi pertama dalam bentuk paksaan di mana yang berlaku hanya qadha dan qadar-Nya saja, dan pada situasi lain dalam bentuk pilihan. Kita diberi hak menentukan sikap dan pilihan. Allah menciptakan hukum-hukum-Nya yang disebut Jabariyah. Dalam hukum ini kita mililki hak untuk merubah. Namun di samping itu ada pua hukum-hukum lain yang memberikan peluang kepada akal fikiran dan ijtihad kita untuk berkembang. Kalau tidak demikian, bagaiman kita akan menafsirkan firman -Nya dibawah ini, an-Nisa 83:

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا

"Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu”.

Anda melihat sesuatu masaalah untuk menetapkan hukumnya.Anda berusaha menelitinya kerana masaalah itu kurang jelas bagi anda. Satu contoh lain daripada al-Qur’an Karim adalah ketika bersiap hendak menunaikan solat, Firman-Nya dalam surah al-Maidah 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan shalat[2], maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki

            Jadi, perintah yang diwajibkan kepada kita sebelum menunaikan solat ialah memenuhi empat perkara: membasuh wajah, kedua-dua tangan hingga kedua-dua siku, menyapu kepala dan membasuh kedua-dua kaki hingga kedua-dua mata kaki. Timbul pertanyaaan,apakah dalam susunan ayat itu kedua-dua kaki termasuk anggota yang dibasuh atau diusap?

Kami berpendapat ayat itu  menyatakan: “وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ ” Di sini “أَرْجُلَكُم “ adalah manshubah. Dengan demikian ia ma’thuf pada yang magshul(dibasuh). Iaitu wajah dan kedua-dua tangan, bukan ma’thuf pada yang mamsuh (diusap), iaitu kepala. Di sini tatatertibnya juga diharuskan sesuai dengan bunyi perintahnya. Kerana itulah Allah Ta’ala memisahkan antara dua anggota yang dibasuh dengan anggota yang disapu.

Tuesday, 15 September 2015

Rahsia Haji Mabrur: Ijtihad Para Ulama


 
Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi
            Ramai Orang yang berbicara tentang perselisihan para ulama dalam ijtihad mereka tentang hukum haji yang tidak terdapat nas yang muhkam daripada Allah Ta’ala. Keimanan menuntut kita supaya bersatu pada nas yang muhkam. Sedang untuk nas yang bukan muhkam, yang Allah tinggalkan kepada kita untuk dilakukan ijtihad, kita hendaklah menghormati pendapat dan ijtihad yang berbeza.Jangan ada seorang imam yang mengatakan bahawa hanya ijtihadnya yang benar, sedangkan ijtihad imam lain salah dan sesat. Kita harus menyatakan seperti yang dikatakan para imam yang mujtahid. Mereka berkata, “Apa yang kulihat benar boleh jadi salah, dan apa yang dilihat orang salah boleh jadi benar.”
Hal seperti itu juga terjadi pada zaman Rasulullah SAW. sebagai penyusun syariat dan perintah daripada Allah yang berhak menjelaskan berbagai hukum agama. Al-Qur’anul Karim sebagai kitab suci hanya membawa dasar-dasar hukum, sedangkan perinciannya banyak dijelaskan oleh Rasulullah SAW. Hal ini dinyatakan dengan tegas oleh Allah dalam Firman-Nya dalam surah al-Hasyr 7:
مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya..

            Rasulullah SAW. mengajar kita supaya menghormati pendapat dan ijtihad orang yang berbeza daripada kita. Jangan menyalahkannya, tetapi harus kita terima juga. Misalnya persoalan asar” yang diperintahkan sesudah  Ghazwatul Ahzab. Sesudah pasukan musuh menarik diri daripada medan perang dan melarikan diri, Rasulullah SAW. memerintahkan kaum muslim dengan sabdanya:
 
لَا يُصَلِّيَنَّ أَحَدٌكم الْعَصْرَ إِلَّا فِي بَنِي قُرَيْظَةَ
 
“Jangan ada seorang pun di antara kamu yang solat asar, kecuali di (perrkampungan) Bani Quraidhah”
 
Kaum muslimin yang mendengar perintah tersebut daripada Rasulullah SAW. pergi bergegas untuk solat Asar di perkampungan Bani Quraidhah, sesuai dengan bunyi perintah tersebut. Akan tetapi, sebahagian kaum muslimin yang menuju Bani Quraidhah melihat matahari sudah mulai terbenam. Mereka khuatir solat Asarnya tertinggal. Kerana itulah ramai di antara mereka yang melakukan solat Asar di jalanan dan setelah itu meneruskan perjalanannya ke Bani Quraidhah tetapi ada juga yang tidak melakukannya.
 
Kemudian kedua-dua belah pihak tersebut datang menemui Rasulullah SAW. Mereka bertanya yang mana satu benar, yang melakukan solat Asar atau yang tidak. Rasulullah SAW. membenarkan kedua-duanya. Kaum mukmin yang melakukan solat Asar sebelum matahari terbenam dengan niat agar tidak tertinggal waktu solatnya benar kerana mereka memperhatikan waktu solatnya. Namun yang tidak melakukan solat Asar diperjalanan dan melakukannya di perkampungan Bani Quraidhah pun benar kerana bereti mereka memenuhi isi perintah Rasulullah, meskipun pada waktu itu matahari sudah terbenam. Kedua-duanya dinyatakan benar!
Kami memaparkan riwayat ini untuk membuktikan bahawa perselisihan yang terdapat di antara keempat-empat mazhab dalam kewajipan haji dan lainnya harus diterima atas dasar seperti yang dicontohkan Rasulullah SAW. dalam persoalan solat Asar di Bani Quraidhah.
Al-Imam Asy Syafie ra. sebelum pergi ke Mesir mempunyai mazhab. Sesudah pergi ke Mesir ia menemui tulisan Abdullah bin Amru bin Ash. Di dalamnya terdapat hadis-hadis yang tidak dibawakan oleh Abu Hurairah kerana Abdullah bin Amru terkenal sebagai ahli tulis., sedangkan Abu Hurairah tidak menulis, hanya meriwayatkan saja. Lalu Asy Syafie mengubah hukum-hukum yang sudah disusun sebelumnya.
 
Begitu pula dengan apa yang didebatkan oleh bebarapa orang imam tentang bermalam  di Mina, di Muzdalifah, menyembelih qurban dan lain-lain. Semua dijawab oleh Rasulullah ketika ditanya mengenai hal-hal  tersebut yang bermaksud:
 
“Lakukanlah, kamu tidak berdosa”
 
Sesungguhnya orang-orang yang berpegang teguh dengan apa yang dilihatnya dilakukan oleh Rasulullah SAW. dalam haji wada’nya, kami anggap sebagai suatu hal yang wajar. Mengikut apa yang dilakukan Rasulullah SAW. merupakan suatu pegangan pada sunnah yang sahih. Namun hendaklah kita membezakan antara Sunniyatud dalil dan Sunniyatul hukum. Anda solat Maghrib tiga rakaat, misalnya. Dalam Al-Quran tidak ada suatu nas yang mengatakan bahawa solat Maghrib berjumlah tiga rakaat. Begitu juga dengan solat subuh yang dua rakaat, dan solat fardhu lainnya. Namun Rasulullah SAW, lah yang mencontohkan perlaksanaan hukum syariat itu sesuai dengan perintah al-Qur’an Karim seperti dinyatakan di atas.
Kita kembali pada perkataan sunnah yang kadang-kadangnya diperselisihkan oleh para ulama. Ulama berpendapat ada beberapa jenis hukum agama, iaitu fardu, wajib, dan sunnah, maka anda akan diganjari. Kalau tidak melakukannya, maka anda tidak akan dihukum. Inilah yang dikatakan Sunniyatul hukmi.Misalnya, solat dua rakaat sebelum subuh. Kalau dilakukan maka anda akan mendapat pahala. Tetapi kalau tidak dilakukan anda, tidak akan berdosa. Sedangkan jumlah rakaat solat Maghrib yang tiga rakaat, isyak empat rekaat merupakan Sunnatud dalil.

Monday, 14 September 2015

Rahsia Haji Mabrur: Antara Ketaatan Dan Akal

Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi

Dialog antara aqal dan ketaatan terus berlanjutan, terutama dalam menunaikan ibadah haji. Kadangkala aqal fikiran orang terhenti seketika di kala sedang menunaikan kewajipan haji, baik pada waktu tawaf, bersae’i, mencium batu yang ini dan melempar batu yang itu dan lain-lain. Sekali lagi kami katakan, masaalah itu melampaui batas aqal manusia kerana memang masaalahnya adalah maasalah disiplin atau ketaatan kepada Allah. Dalam hal ini Allah Subhanahuwata’ala tidak memberikan taklif secara sambil lewa akan tetapai memperintah dengan hikmah yang maha Tinggi.

            Ketika anda melempari syaitan pasti anda yakin bahawa ia tidak akan pernah membiarkan masalah keimanan, kecuali untuk dirosakkannya. Syaitan sudah mengejar Sayyidina Ibrahim as. Setiap kali diusir, setiap kali itu pula syaitan kembali hendak memaksa pujuk rayunya. Namun dia tidak berhasil memaksa pujuk rayunya. Namun dia tidak berhasil mengelincirkan Ibrahim. Maka dia pun pergi mengoda Hajar dan Ismail, tapi juga menemui kegagalan.

Sebab kita melakukan jumrah adalah, pertama,kerana hendak mematuhi perintah Allah. Kedua, untuk menghidupkan sunnah nenek moyang kita, Ibrahim as. yang telah menamakan kita kaum muslimin sebagai ungkapan rasa setia kita terhadap orang yang sangat setia kepada Robbnya. Allah berfirman dalam surah al-Najm 37,

  وَإِبْرَاهِيمَ  الَّذِي وَفَّى

“Dan Ibrahim yang telah menyempurnakan(apa-apa yang diperintahkan kepadanya).”

Ketika sedang melempari iblis dalam haji maka kita harus membulatkan tekad bahawa kita tidak akan menta’atinya sepulang dari haji.Kita akan tetap mengibarkan bendera kemenangan melawan pujuk rayu dan bisikannya sampai sesudah ibadah haji selesai. Kita akan masih tetap beriman kepada Allah Ta’ala meskipun syaitan amat tidak menyukainya. Kita akan tetap tidak menyegutukan-Nya meskipun syaitan amat gusar kepada kita. Kita akan menunaikan perintah-Nya dengan reda dan taat meskipun syaitan dan iblis tidak senang!

            Sesungguhnya rejam adalah simbol kemenangan kita terhadap syaitan. Pada hari itu, hari jahanam bagi syaitan. Syaitan terkutuk daripada Allah, daripada para malaikat dan segenap kaum mukmin. Kutukan Allah ghaib bagi kita, namun ia ada dan berkesinambungan. Kutukan para malaikat pun ghaib bagi kita, namun ia ada dan berlanjutan terus. Sedangkan di Mina kita juga telah memaklumkan kutukan kepada syaitan dengan cara lahiriah, iaitu dengan melemparinya dalam bentuknya yang paling hina dan nista.

Hari itu adalah hari pembalasan dendam seluruh Jemaah terhadap syaitan yang selama ini bermaharajalela menggoda seluruh umat manusia tanpa perlawanan yang bererti. Hari ini adalah hari kemenangan terhadap musuh yang paling jahat. Dia harus sentiasa menjadi musuh selama-lamanya, tidak boleh berubah menjadi sahabat. Jangan diberikan dia kesempatan untuk menundukkan anda kembali. Jadikanlah pelajaran itu sebagai pelajaran terakhir menjelang akhir hayat anda. Terimalah semua perintah Allah dengan senang dan reda. Kalau anda telah melakukannya dengan baik, maka anda telah menutup semua peluang syaitan yang hendak mengelincirkan anda. Jangan diberinya kesempatan menguasai diri anda lagi.Tidak semua ujian Allah  diertikan sebagai tanda kemarahan-Nya kerana anda tidak tahu apa yang disembunyikan dalam qada-Nya. Mungkin saja ujian-Nya itu untuk meningkatkan ketaatan anda dan Dia hendak melimpahkan pahala-Nya. Ganjaran akan melimpah ruah jika anda pandai menjauhkan diri daripada kemaksiatan kepada-Nya.Dengan demikian darjat anda disisi-Nya semakin meningkat juga. Bulatkanlah kejujuran anda dalam menyambut semua perintah dan larangan-Nya, sekaligus bulatkanlah tekat untuk memenuhinya sebaik-baiknya, dengan senang hati dan rasa puas sehingga memberikan alasan kepada-Nya untuk memberikan ganjaran yang setimpal dengan disiplin dan  ketaatan anda.

            Sesudah melempari Jumrah al-A’qabah yang pertama, atau Jumrah Iblis yang besar, anda kini sudah boleh melakukan tahallul yang kecil dengan pergi ke Makkah dan melakukan tawaf ifadhah di sana yang merupakan rukun terakhir daripada rukun haji. Sesudah tu barulah anda menyelesaikan tahallul yang besar yang memperkenankan anda melakukan apa-apa yang diharamkan sebelumnya.

Perlu selalu diingat, kalau anda sudah menunaikan sa’ei antara Safa dan Marwah dalam tawaf haji(tawaf qudhum), maka tidak wajib lagi menunaikan Sa’ei dalam tawaf ifadhah. Akan tetapi kalau anda belum melaksanakannya, maka bersa’eilah sesudah tawaf ifadhah.

Tawaf tathauwu’(sukarela) pula dilakukan oleh orang yang ingin melipat gandakan pahala. Tidak ada orang yang paling disukai Allah Ta’ala lebih daripada yang melakukan ibadah yang difardhukan-Nya, baik solat, puasa,sedekah atau ajaran agama lainnya. Pekerjaan itu merupakan bukti bahawa kita bukan hanya melakukan apa-apa yang difardhukan Allah saja, tetapi kita menambahnya dengan berbagai pekerjaan tathauwu’ sebagai ungkapan rasa cinta kita pada peribadatan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

 

Sunday, 13 September 2015

Rahsia Haji Mabrur: Hikmah Jumrah(merejam syaitan)

Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi

            Setibanya Di-Mina, para Jemaah Haji telah menunaikan setengah kewajipan hajinya.Haji mempunyai dua rukun utama, dan tidak dikatakan selesai sebelum menyelesaikan kedua-duanya bersama-sama. Kedua-dua rukun itu tidak boleh dibayar fidyah atau dengan berbagai-bagai qadha’ lain.
Rukun pertama ialah wuquf di Arafah, sedangkan rukun kedua ialah melakukan tawaf ifadhah. Itulah kedua dua rukun haji. Yang selain daripada kedua-duanya(wajib haji) boleh dibayar dengan fidyah atau menyembelih korban.
Ketika kita sedang menuju Mina dari Masy’aril Haram untuk merejam syaitan, kita wajib mengenang kembali kisah Ibrahim dan puteranya, Ismail. Ini merupakan kisah ujian berat yang tidak ada tandingannya dalam sejarah. Mengapa perintah Allah tersebut merupakan ujian yang amat berat bagi Ibrahim as.

Sebagaimana kita ketahui, pada waktu itu usia Ibrahim sudah tua sekali, sementara usia Ismail masih muda belia.Pada usia tuanya, Ibrahim menganggap puteranya sebagai genarasi penerusan yang sangat dibanggakan dan disayangi lebih daripada dirinya sendiri kerana Ismail sangat diharapkan untuk mengatasi kesulitan hidup keluarganya. Juga kerana Ibrahim sudah amat tua dan isteri pertamannya, Sarah pun, mandul. Ini bererti berakhirnya kebolehan Ibrahim untuk memperolehi seorang putera lain, meskipun Pencipta sebab-musabab Maha Kuasa untuk memberikannya.

            Allah Subhanahuwata’ala telah memerintahkan kepada Ibrahim supaya menyembelih Ismail.Kalau Allah menyuruh membunuhnya tentu lebih terasa ringan kerana  dia boleh mengupah orang untuk membunuh puteranya jauh daripada penglihatannya. Atau boleh juga dia mengajak puteranya ke puncak sebuah gunung, lalu menikamnya dari belakang.

Akan tetapai dia diperintahkan menyembelih Ismail. Ini bererti dia diharuskan menyembelih leher puteranya dengan sebilah golok dan dengan tangannya sendiri akan menyebabkan kepala puteranya terpisah dari tubuhnya dan darah anaknya menyembur ke sana ke mari dari lehernya itu. Ini suatu pemandangan tragis yang sangat mengerikan dan memilukan hati meskipun oleh orang tua yang ramai anak sekalipun. Apalagi bagi seorang tua seperti Ibrahim yang hanya mempunyai seorang putera yang baru dewasa, dan lagi pula isterinya mandul. Sesungguhnya perintah seperti itu tidak mungkin dilaksanakan, kecuali oleh seorang hamba yang mencintai Allah di atas segala-galanya, seperti yang pernah dikatakan oleh Rasulullha SAW. melalui sabdanya:

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لَايُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ

“Belum beriman seorang di antara kamu sehingga aku merupakan orang yang paling dicintainya lebih daripada ayah, anak dan seluruh umat manusia”.HR Bukhari

Itulah ujian keimanan yang dihadapi Ibrahim as di Arafah. Suatu ujian yang menyakinkan bahawa Allah SWT. Baginya merupakan satu-satunya Zat yang paling dicintai melebihi yang lain, bukan hanya melalui perkataan sahaja tapi juga dibuktikan dengan amalan, dengan mengerjakan perintah-Nya yang hampir tidak masuk akal, iaitu menyembelih putera tunggalnya yang amat disayanginya!

            Ibrahim pergi membawa puteranya untuk melaksanakan perintah Allah.Dia tidak ingin membuat kejutan dengan membawa anaknya ke atas gunung, lalu cepat-cepat menjalankan perintah penyembelihan itu, sementara golok yang hendak dipakai untuk menyembelih sudah ditangan. Ibrahim terlebih dahulu membreritahukan perintah Allah tersebut kepada puteranya.Ini dipaparkan Allah dalam surat as-Shaffaat 102:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Ternyata cinta Ismail kepada Allah Ta’ala melebihi cinta kepada dirinya sendiri.Maka ayah yang sudah tua dan putera yang baru memasuki usia dewasa itu sama-sama pergi untuk menunaikan perintah Allah Ta’ala. Tetapi apakah syaitan mahu melihat kedua-dua insan itu ikhlas melaksanakan perintah Allah? Sudah tentu tidak! Kerana memang sudah menjadi tugas utama syaitan merosak ketaatan anak Adam kepada Allah.

            Syaitan besar datang kepada Ibrahim al-Khalil hendak merosak keimanan dan ketakwaannya. Ia datang berpura-pura hendak menjadi penyelamat. Ia bertanya,”Apa gerangan yang hendak kamu lakukan terhadap anakmu? Kenapa kamu hendak menyembelih anakmu yang satu-satunya akan menjadi pembantu utamamu dalam kehidupan ini? Apakah kamu yakin bahawa mimpimu itu wahyu daripada Allah, bukan bisikan yaitan? Konon khabarnya Ibrahim mengherdik dan melemparinya dengan batu.Namun syaitan tetap belum puas selagi pujuk-rayunya belum berhasil merosakkan ketaatan Ibrahim dan Ismail kepada Allah.

            Sejak Ibrahim dan Ismail keluar meninggalkan rumah, syaitan sudah berusaha keras hendak meragukan kedua-duanya akan perintah Allah Ta’ala. Ini bertujuan agar ketaatan mereka dapat pula dikendurkan.Syaitan berkata kepada dirinya sendiri, “Ini ujian yang berat.Kalau aku tidak berhasil nescaya aku tidak akan berhasil selama-lamanya.

Syaitan datang menemui isteri Nabi Ibrahim, Hajar katanya, “Tahukah engkau kemana Ibrahim dan puteranya pergi?” Siti Hajar menjawab, “Mereka pergi untuk menunaikan kewajipan!” Syaitan lalu berkata dengan tegas, “Kedua-duanya tidak pergi untuk menunaikan kewajipan, tetapai untuk melaksanakan mimpi Ibrahim menyembelih puteranya...”Hajar mulai curiga dan bertanya,”kenapa dia mahu menyembelihnya?” Syaitan menjawab,”Dia mengaku telah diperintah oleh Robbnya.” Hajar kemudian marah dan mengherdik syaitan itu dengan melempari batu. Katanya,’Nyahlah kau dari sini. Kalau Allah memang memerintahkannya maka sudah sewajarnya dia melaksanakan perintah itu!”.

            Usaha syaitan menggoda Ibrahim dan Sayyidatina Hajar pun gagallah. Kini usahanya dipusatkan untuk mengoda Ismail supaya dia memberontak terhadap keyakinan ayahnya yang dinilainya tidak masuk akal. Katanya, “Hai Ismail, tahukah kamu bahawa ayahmu pergi membawamu untuk menyembelih kamu.” Tapi Ismail menjawab dengan tenang,”Kalau dia sedang melaksanakan perintah Allah, biarlah dia melaksanakannya.”

Syaitan berusaha keras hendak menghalang kedua-duanya meneruskan perjalanannya ke tempat penyembelihan.Kononnya tempat itu dikenali dengan nama Jabal ul Kabsyi kerana di atas gunung itu kibas pengganti Nabi Ismail diturunkan.

            Demikianlah kisah penentangan Ibrahim ,Ismail dan Hajar  dalam melawan godaan syaitan yang kita kenang dan peringati. Ketiga-tiga orang ini melawan syaitan tidak hanya dengan adu pertelingkahan tapi juga dengan kekerasan, iaitu dengan melempari beberapa biji batu kepada syaitan, seperti yang diperintahkan kepada para Jemaah haji melempar jumrah.

Allah Ta’ala ingin agar kita mengenang kisah Ibrahim dan Ismail as. dengan syaitan,. Hikmah ini bertujuan memberi pengajaran sesudah berwuquf di arafah dan sesudah Dia mengampuni dosa-dosa kita. Juga supaya memelihara taubat.Kita harus sentiasa merejam syaitan dalam diri kita secara moral.Jangan sampai syaitan diberi peluang masuk atau berusaha merosakkan ketaatan kita kepada Allah.Rejamlah syaitan dengan bangkangan terhadap tipu dayanya sehingga dia menjauhkan diri daripada kita.

Kalau anda mendengar suara syaitan maka ini merupakan langkah pertama kearah kemaksiatan. Syaitan selalu berusaha menarik perhatian dengan berbagai tipudayanya. Kesempatan baik itu jangan anda berikan kepadanya. Jangan anda mendengar pujuk rayunya, tetapi terus sahaja anda rejam dengan bangkangan dan perlagaan.

Ada juga orang bertanya, “Bukankah kita merejam batu dengan batu.Apa hubungannya syaitan dengan batu itu? Apakah syaitan masih ada ditempat itu?”

            Ada ulama mengatakan bahawa syaitan-syaitan itu dipenjarakan dalam batu tersebut pada hari-hari  di Mina.Kami berpendapat, samaada benar atau tidak keterangan tersebut, yang jelas pekerjaaan itu merupakan ujian keimanan dalam qalbu. Sebab-musabab keimanan bukan sesuatu yang harus kita fahami atau yang harus kita ketahui terlebih dahulu hiklmahnya. Tabir segala sesuatu terletak pada persoalannya, apakah pekerjaan itu perintah Allah atau tidak? Kita mencium batu ini dan merejam batu itu semata-mata mentaati perintahh Allah dan Rasul-Nya tanpa mencuba untuk berfalsafah dengan fikiran kita yang sempit dan lemah. Kita berpegang teguh pada pendirian, kalau Allah Ta’ala yang memerintahkannya sudah tentu ada hikmahnya, baik hikmah itu kita ketahui ataupun tidak, kerana memang di alam ini banyak rahsia Allah yang kita tidak ketahui dan kita tidak perlu berusaha untuk mengetahuinya.

Allah Ta’ala ingin memberitahu kita bahawa kalau kita sudah berhasil menunaikan kewajipan haji dengan baik dan selama haji kita itu diperolehi melalui jalan yang halal dan dengan tujuan mencari keredaan-Nya semata-mata, maka ibadah haji kita jelas makbul dan mabrur.Dalam keadaan seperti itu janganlah kita beranggapan syaitan akan meninggalkan kita hanya  kerana kita sudah terampun daripada dosa. Tidak demikian! Syaitan bahkan lebih bersemangat untuk menjerumuskan kita ke dalam dosa-dosa baru setelah kita menunaikan haji. Syaitan akan sentiasa berusaha merosakkan ketaatan kita dan menjerumuskan kita ke dalam maksiat yang lebih dalam.

            Berkat bimbingan Allah Ta’alalah kita berhasil memerangi perlawanan terhadap syaitan selama menunaikan ibadah haji. Kita berhasil memerangi perlawanan terhadap syaitan selama menunaikan ibadah haji. Kita berhasil menjauhi semua larangan-Nya meskipun larangan-Nya sudah tersebar meliputi semua yang dhalalkan di luar musim haji walaupun hal-hal yang diharamkan-Nya semakin bertambah namun kita dapat mengatasinya dengan baik. Kita berhasil menunaikan kewajipan haji itu dengan memperbanyakkan zikrullah, beribadah dan berdoa. Selama musim haji kita bukan hanya meningkatkan ketaatan kita selama bertahun-tahun. Kalau kita kembali mengenang hikmahnya nescaya kita akan selalu meningkatkan ketakwaan setelah menunaikan haji kerana sebenarnya kita memiliki kemampuan untuk berbuat lebih daripada yang diwajibkan Allah.Seperti firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah 200,

فَإِذَا قَضَيْتُم مَّنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا ۗ فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.

Allah Ta’ala ingin kita sentiasa mengingati-Nya meskipun sudah selesai menunaikan kewajipan haji dengan berjaya. Ini bertujuan agar kita tidak tersesat dan menyimpang daripada ajaran-Nya. Kita diperintahkan untuk selalu mengingati-Nya seperti kita mengingati orang tua kita, bahkan harus lebih besar dan lebih banyak daripada itu kerana keterikatannya bersih daripada hawa nafsu dan kecenderungan lalu.

            Allah Ta’ala ingin selalu didekati makhluk-Nya sehingga menjadikan gerak-geri makhluk-Nya selalu sejajar dengan kehendak-Nya dan bahkan tidak bertentangan.Maka kita wajib selalu mengingati-Nya lebih daripada mengingati orang tua kita kerana orang tua kita walaupun akan meninggalkan dunia. Sedangkan Allah bersifat azali dan tidak tersentuh maut. Kalau orang tua merupakan sebab utama kehadiran kita didunia, maka Allah Ta’ala adalah yang telah menciptakan kita daripada tidak ada. Semua makhluk kelak akan kembali kepada Khaliqnya. Kita hanya sebab-musabab semata. Kita harus sentiasa ingat mengingati asal usul yang mewujudkan kita. Kita harus mengingati Zat yang mengadakan kita daripada tidak ada, lebih banyak daripada mengingati zat yang menjadi sebab-musabab kewujudan kita.

Kini marilah kita mengenagkan kembali kisah kejayaan Ibrahim, Ismail dan Hajar dalam menghadapi ujian yang berat itu, yang kemudiannya terjadilah tebusan seperti yang digambarkan al-Qura’anul Karim melalui firmannya dalam surah ash-Shaafat 106-112:

إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ.وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ.وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ.سَلَامٌ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ.كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ.إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ.وَبَشَّرْنَاهُ بِإِسْحَاقَ نَبِيًّا مِّنَ الصَّالِحِينَ

Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan(abadikan untuk Ibrahim itu pujian yang baik) baginya (nama yang harum) di kalangan  orang-orang yang datang kemudian: (iaitu) "Salam sejahtera(kesejahteraan) dilimpahkan keatas Ibrahim!". Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Ibrahim itu termasuk dari kalangan hamba-hamba Kami yang beriman. Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

            Jadi ketika Allah Ta’ala memerintahkan Ibrahim agar menyembelih puteranya,dia tidak mempunyai putera selain Ismail. Setelah itu barulah dia  diberi khabar gembira bahawa dia akan di beri seorang putera lain yang bernama Ishaq. Meskipun ujian yang dihadapi Ibrahim tidak terbayang beratnya, namun dia pasrah sepenuhnya kepada Allah SWT. kerana itulah Allah menggambarkannya sebagai seorang hamba yang penyantun, banyak memohon, lagi banyak bertaubat.

Ini mengisyaratkan kepada kita bahawa jika kita menyambut dengan redha dan ikhlas semua hukum Allah Ta’ala maka tentu kita(setidak-tidaknya) akan memperolehi pahala ketaatan atas perintah-perintah-Nya, dan pada waktu-waktu yang sama Allah SWT. berkenan mengangkat qada-Nya kepada kita, seperti yang dibatalkan terhadap Ibrahim dan Ismail, seperti firman-NYa dalam surah ash Shaffat 103:

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِيْنَ

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya, nyatalah kesabaran keduanya

Ibrahim dan Ismail telah siap melaksanakan perintah Allah Ta’ala tanpa ragu sedikit pun. Ibrahim sudah siap dengan pisaunya yang telah melekat di leher anaknya, dan Ismail pun sudah meletakkan sebelah pipinya ketanah untuk mempersiapkan diri disembelih. Ternyata pisau yang dipakai untuk menyembelih itu tidak berdaya memotong leher Ismail. Pisau, meskipun memiliki sifat memotong, namun tetap sebilah pisau yang tidak mungkin berdaya tanpa izin Allah Ta’ala. Sama halnya dengan api. Meskipun api memiliki sifat membakar, namun ketika Ibrahim dilemparkan kaumnya ke dalam api ternyata api tersebut tidak berdaya membakarnya. Ini kerana segala sesuatu mematuhi perintah Allah. Seperti firman Allah Ta’ala dalam surah al-Anbiyaa 69

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ (69)

“Kami berfirman : ‘Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim.’

Ternyata api tidak berdaya membakarnya, seperti halnya pisau yang ada di tangan Ibrahim. Dia tidak berdaya memotong leher Ismail, tetapi telah memotong leher tebusannya, iaitu seekor kambing kibas. Maka Allah berfirman kepada Ibrahim dalam surah ash Saaffat 104-105:

وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ (104) قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (105)

“Dan kami panggil dia, Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu. “Sesungguhnya demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik”.

Allah Ta’ala menginginkan agar makhluk-Nya beriman dengan hikmah perintah-perintah-Nya dan melaksanakannya dengan penuh keredaan. Kalau anda mempersiapkan diri untuk menunaikannya dengan penuh keredaan maka adakalanya Allah mengangkat qada-Nya. Kerana itu hafallah baik-baik ayat itu dan ingatlah selalu, baik di Mina mahupun  diluar Mina sehingga anda benar-benar menyakini bahawa semua peristiwa hidup yang menimpa manusai tidak akan diangkat qada-Nya oleh Allah, kecuali kalau orang itu reda dengan ujian yang sudah berlanjutan pada seseorang, misalnya dia terkena penyakit yang sukar disembuhkan terkena kepada anaknya atau hartanya, namun tidak juga berakhir, maka ketahuilah, orang yang terkena ujian itu tidak reda dengan qada Allah.Pada saat keredaan dan kepasrahannya maka dia akan pulih dengan hikmah qada lalu ujiannya pun akan diangkat.

            Ibrahim telah berhasil memenuhi mimpinya. Kerana dia sudah memenuhinya dengan keredaan hati dan kepasrahan diri maka Allah berkenan mengangkat qada-Nya. Kerana itu Allah berfirman kepadanya, Jangan disembelih puteramu itu!” Lalu dibawakanlah seekor kambing kibas dari langit, seakan-akan Allah Ta’ala yang menebusnya dengan nyawa Ismail.Bukan hanya itu saja. Selain anak tunggalnya diselamatkan daripada kematian yang pasti, Ibrahim bahkan diberi kurnia seorang putera lagi(yang kedua), iaitu Ishaq.

Jadi, seorang hamba yang menerima perintah-perintah Ilahi yang ghaib,yang tidak diketahui hikmahnya dan hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik itu, sudah tentu pahalanya besar sekali. Setiap kali hukum itu tidak terjangkau oleh akal maka setiap itu pula keimanannya di dada lebih mantap. Ada pun seorang hamba yang keberatan dengan hukum yang diharamkan Allah hanya kerana belum tahu hikmahnya (dan baru sedia setelah mengetahui hikmahnya), maka mereka bukan orang yang melakukan perintah-Nya, berdasarkan keimanan kepada Allah, tetapi kerana imannya kepada ilmu perubatan, ilmu pengetahuan atau ilmu yang lain.

            Di sini kita harus mengetahui perbezaan antara takif  hamba terhadap hamba yang lain, dan taklif  Khaliq terhadap makhluk-Nya. Taklif seseorang makhluk terhadap makhluk lainnya harus kita ketahui hikmahnya, setelah itu baru kita laksanakan. Namun, taklif  khaliq terhadap makhluk-Nya harus kita laksanakan bedasarkan keimanan dengan hikmah Allah Ta’ala dalam apa-apa yang disyariatkan-Nya. Kita harus memiliki keyakinan bahawa semua yang disyariatkan Allah Ta’ala kepada kita, yang tidak dapat kita jangkau dan serap harus dilaksanakan berdsarkan keimanan dengan hikmah Allah Ta’aala.

Al Imam Ali ra. berbicara tentang mengusap pada kedua al-Khuffain, berkata, “Kalau masaalah itu tunduk pada aqal, bukan di atasnya kerana yang  memijak kotoran adalah bahagian bawah (telapak kaki)”. Akan tetapi pekerjaan tersebut adalah untuk mempersiapkan jiwa kita menerima apa pun yang  dikehendaki Allah Ta’ala dengan ketaatan  yang penuh, dan tidak membiarkan diri kita mencampuri kehendak Allah dengan fikiran selogik apa pun. Allah Subhanahuwata’ala tidak dipertanggungjawabkan tentang apa-apa yang dilakukan-Nya dan tentang apa pun yang diperintahkan-Nya.

            Kalau anda hendak pergi merejam syaitan, sebenarnya anda hendak menutup peluang bagi syaitan agar jangan sampai mengusik diri anda, baik syaitan puncak aqidah(dengan merejam syaitan besar) mahupun pada cabang-cabang aqidah anda dengan merejam syaitan-syaitan kecil. Anda merejam atau melempari syaitan dengan tujuh biji batu sebanyak sepuluh kali.Perkar ini dapat difahami, sesuai dengan kewujudan anda yang lahiriah. Namun di sebalik itu masih terdapat hikmah dan harus disedari, iaitu Allah Ta’ala ingin agar setelah kewajipan haji, kita menerima semua qada-Nya dengan reda dan kepasrahan. Allah ingin kita menyedari bahawa apa-apa yang telah ditetapkan Allah adalah yang terbaik bagi kita.

سورة البقرة(216)

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)