Wednesday, 16 September 2015

Rahsia Haji Mabrur: Menyembelih Qurban


 

Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi

            Mengenai pekerjaan menyembelih qurban, permasaalahannya tidak berdasarkan yang muhkam. Kerana itulah anda boleh memakai hukum yang paling mudah dan sesuai. Orang yang mengatakan bahawa menyembelih qurban hanya boleh dilakukan di Mina berdasarkan apa yang diketahuinya, iaitu Rasulullah SAW. mengerjakannya disi sana. Dari Jabir ra., bahawa Rasulullah SAW. bersabda,yang bermaksud:

“Seluruh Mina merupakan tempat penyembelihan, seluruh Muzdalifah merupakan tempat wuquf, dan seluruh celah-celah bukit di Kota Makkah merupakan jalan dan tempat penyembelihan”. HR Abu Daud dan Ibnu Majah

Namun ada pula segolongan orang yang mengatakan bahawa menyembelih qurban pun boleh dilakukan di Makkah.Mereka berpegang pada firman Allah Ta’ala dalam surah al-Maidah 95:

هَدْيًۢا بٰلِــغَ الْكَعْبَةِ

 “..Sebagai hadiah(qurban) yang disampaikan kepada Ka’abah (penduduk Makkah)..”.

Ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa seluruh kota Makkah adalah tempat penyembelihan qurban yang sah. Semua ini tidak mewakili perselisihan. Bahkan perselisihan itu diarahkan kesana, bukan pantulan kepada yang mengarahkannya. Kita semua mengarah pada kebenaran. Anda mungkin melihat kebenaran di sini, dan saya pula melihat kebenaran itu disana.Tidak seorang pun yang mampu menunjukkan kepada anda dan saya pada kebenaran. Kecuali melalui ijtihad. Ijtihad jelas bukan suatu nas dalam syariat akan tetapi hanya jalan pintas untuk memudahkan manusia melaksanakan hukum. Kenapa? Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala mentakdirkan penciptaan diri kita dalam dua situasi. Situasi pertama dalam bentuk paksaan di mana yang berlaku hanya qadha dan qadar-Nya saja, dan pada situasi lain dalam bentuk pilihan. Kita diberi hak menentukan sikap dan pilihan. Allah menciptakan hukum-hukum-Nya yang disebut Jabariyah. Dalam hukum ini kita mililki hak untuk merubah. Namun di samping itu ada pua hukum-hukum lain yang memberikan peluang kepada akal fikiran dan ijtihad kita untuk berkembang. Kalau tidak demikian, bagaiman kita akan menafsirkan firman -Nya dibawah ini, an-Nisa 83:

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا

"Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu”.

Anda melihat sesuatu masaalah untuk menetapkan hukumnya.Anda berusaha menelitinya kerana masaalah itu kurang jelas bagi anda. Satu contoh lain daripada al-Qur’an Karim adalah ketika bersiap hendak menunaikan solat, Firman-Nya dalam surah al-Maidah 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan shalat[2], maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki

            Jadi, perintah yang diwajibkan kepada kita sebelum menunaikan solat ialah memenuhi empat perkara: membasuh wajah, kedua-dua tangan hingga kedua-dua siku, menyapu kepala dan membasuh kedua-dua kaki hingga kedua-dua mata kaki. Timbul pertanyaaan,apakah dalam susunan ayat itu kedua-dua kaki termasuk anggota yang dibasuh atau diusap?

Kami berpendapat ayat itu  menyatakan: “وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ ” Di sini “أَرْجُلَكُم “ adalah manshubah. Dengan demikian ia ma’thuf pada yang magshul(dibasuh). Iaitu wajah dan kedua-dua tangan, bukan ma’thuf pada yang mamsuh (diusap), iaitu kepala. Di sini tatatertibnya juga diharuskan sesuai dengan bunyi perintahnya. Kerana itulah Allah Ta’ala memisahkan antara dua anggota yang dibasuh dengan anggota yang disapu.

No comments:

Post a Comment