Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi
Ramai Orang yang berbicara tentang perselisihan para
ulama dalam ijtihad mereka tentang hukum haji yang tidak terdapat nas yang
muhkam daripada Allah Ta’ala. Keimanan menuntut kita supaya bersatu pada nas
yang muhkam. Sedang untuk nas yang bukan muhkam, yang Allah tinggalkan kepada
kita untuk dilakukan ijtihad, kita hendaklah menghormati pendapat dan ijtihad
yang berbeza.Jangan ada seorang imam yang mengatakan bahawa hanya ijtihadnya
yang benar, sedangkan ijtihad imam lain salah dan sesat. Kita harus menyatakan
seperti yang dikatakan para imam yang mujtahid. Mereka berkata, “Apa yang
kulihat benar boleh jadi salah, dan apa yang dilihat orang salah boleh jadi
benar.”
Hal seperti itu juga
terjadi pada zaman Rasulullah SAW. sebagai penyusun syariat dan perintah
daripada Allah yang berhak menjelaskan berbagai hukum agama. Al-Qur’anul Karim
sebagai kitab suci hanya membawa dasar-dasar hukum, sedangkan perinciannya
banyak dijelaskan oleh Rasulullah SAW. Hal ini dinyatakan dengan tegas oleh
Allah dalam Firman-Nya dalam surah al-Hasyr 7:
مَا
أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ
وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا
يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ
فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ
اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Apa
yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri,
bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah,
dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim,
dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan
yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya
dari kalangan kamu.Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan
apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya..
Rasulullah
SAW. mengajar kita supaya menghormati pendapat dan ijtihad orang yang berbeza
daripada kita. Jangan menyalahkannya, tetapi harus kita terima juga. Misalnya
persoalan asar” yang diperintahkan sesudah Ghazwatul Ahzab. Sesudah pasukan
musuh menarik diri daripada medan perang dan melarikan diri, Rasulullah SAW.
memerintahkan kaum muslim dengan sabdanya:
لَا يُصَلِّيَنَّ أَحَدٌكم الْعَصْرَ إِلَّا فِي بَنِي
قُرَيْظَةَ
“Jangan ada seorang pun di antara kamu yang solat asar, kecuali di
(perrkampungan) Bani Quraidhah”
Kaum muslimin
yang mendengar perintah tersebut daripada Rasulullah SAW. pergi bergegas untuk
solat Asar di perkampungan Bani Quraidhah, sesuai dengan bunyi perintah
tersebut. Akan tetapi, sebahagian kaum muslimin yang menuju Bani Quraidhah
melihat matahari sudah mulai terbenam. Mereka khuatir solat Asarnya tertinggal.
Kerana itulah ramai di antara mereka yang melakukan solat Asar di jalanan dan
setelah itu meneruskan perjalanannya ke Bani Quraidhah tetapi ada juga yang
tidak melakukannya.
Kemudian
kedua-dua belah pihak tersebut datang menemui Rasulullah SAW. Mereka bertanya
yang mana satu benar, yang melakukan solat Asar atau yang tidak. Rasulullah
SAW. membenarkan kedua-duanya. Kaum mukmin yang melakukan solat Asar sebelum
matahari terbenam dengan niat agar tidak tertinggal waktu solatnya benar kerana
mereka memperhatikan waktu solatnya. Namun yang tidak melakukan solat Asar
diperjalanan dan melakukannya di perkampungan Bani Quraidhah pun benar kerana
bereti mereka memenuhi isi perintah Rasulullah, meskipun pada waktu itu
matahari sudah terbenam. Kedua-duanya dinyatakan benar!
Kami
memaparkan riwayat ini untuk membuktikan bahawa perselisihan yang terdapat di
antara keempat-empat mazhab dalam kewajipan haji dan lainnya harus diterima
atas dasar seperti yang dicontohkan Rasulullah SAW. dalam persoalan solat Asar
di Bani Quraidhah.
Al-Imam Asy
Syafie ra. sebelum pergi ke Mesir mempunyai mazhab. Sesudah pergi ke Mesir ia
menemui tulisan Abdullah bin Amru bin Ash. Di dalamnya terdapat hadis-hadis
yang tidak dibawakan oleh Abu Hurairah kerana Abdullah bin Amru terkenal
sebagai ahli tulis., sedangkan Abu Hurairah tidak menulis, hanya meriwayatkan
saja. Lalu Asy Syafie mengubah hukum-hukum yang sudah disusun sebelumnya.
Begitu pula dengan apa yang didebatkan
oleh bebarapa orang imam tentang bermalam
di Mina, di Muzdalifah, menyembelih qurban dan lain-lain. Semua dijawab
oleh Rasulullah ketika ditanya mengenai hal-hal
tersebut yang bermaksud:
“Lakukanlah,
kamu tidak berdosa”
Sesungguhnya orang-orang yang berpegang
teguh dengan apa yang dilihatnya dilakukan oleh Rasulullah SAW. dalam haji wada’nya,
kami anggap sebagai suatu hal yang wajar. Mengikut apa yang dilakukan
Rasulullah SAW. merupakan suatu pegangan pada sunnah yang sahih. Namun
hendaklah kita membezakan antara Sunniyatud
dalil dan Sunniyatul hukum. Anda solat Maghrib tiga rakaat, misalnya. Dalam
Al-Quran tidak ada suatu nas yang mengatakan bahawa solat Maghrib berjumlah
tiga rakaat. Begitu juga dengan solat subuh yang dua rakaat, dan solat fardhu
lainnya. Namun Rasulullah SAW, lah yang mencontohkan perlaksanaan hukum syariat
itu sesuai dengan perintah al-Qur’an Karim seperti dinyatakan di atas.
Kita kembali pada perkataan sunnah yang
kadang-kadangnya diperselisihkan oleh para ulama. Ulama berpendapat ada
beberapa jenis hukum agama, iaitu fardu, wajib, dan sunnah, maka anda akan
diganjari. Kalau tidak melakukannya, maka anda tidak akan dihukum. Inilah yang
dikatakan Sunniyatul hukmi.Misalnya,
solat dua rakaat sebelum subuh. Kalau dilakukan maka anda akan mendapat pahala.
Tetapi kalau tidak dilakukan anda, tidak akan berdosa. Sedangkan jumlah rakaat
solat Maghrib yang tiga rakaat, isyak empat rekaat merupakan Sunnatud dalil.
No comments:
Post a Comment