Sunday, 13 September 2015

Rahsia Haji Mabrur: Hikmah Jumrah(merejam syaitan)

Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi

            Setibanya Di-Mina, para Jemaah Haji telah menunaikan setengah kewajipan hajinya.Haji mempunyai dua rukun utama, dan tidak dikatakan selesai sebelum menyelesaikan kedua-duanya bersama-sama. Kedua-dua rukun itu tidak boleh dibayar fidyah atau dengan berbagai-bagai qadha’ lain.
Rukun pertama ialah wuquf di Arafah, sedangkan rukun kedua ialah melakukan tawaf ifadhah. Itulah kedua dua rukun haji. Yang selain daripada kedua-duanya(wajib haji) boleh dibayar dengan fidyah atau menyembelih korban.
Ketika kita sedang menuju Mina dari Masy’aril Haram untuk merejam syaitan, kita wajib mengenang kembali kisah Ibrahim dan puteranya, Ismail. Ini merupakan kisah ujian berat yang tidak ada tandingannya dalam sejarah. Mengapa perintah Allah tersebut merupakan ujian yang amat berat bagi Ibrahim as.

Sebagaimana kita ketahui, pada waktu itu usia Ibrahim sudah tua sekali, sementara usia Ismail masih muda belia.Pada usia tuanya, Ibrahim menganggap puteranya sebagai genarasi penerusan yang sangat dibanggakan dan disayangi lebih daripada dirinya sendiri kerana Ismail sangat diharapkan untuk mengatasi kesulitan hidup keluarganya. Juga kerana Ibrahim sudah amat tua dan isteri pertamannya, Sarah pun, mandul. Ini bererti berakhirnya kebolehan Ibrahim untuk memperolehi seorang putera lain, meskipun Pencipta sebab-musabab Maha Kuasa untuk memberikannya.

            Allah Subhanahuwata’ala telah memerintahkan kepada Ibrahim supaya menyembelih Ismail.Kalau Allah menyuruh membunuhnya tentu lebih terasa ringan kerana  dia boleh mengupah orang untuk membunuh puteranya jauh daripada penglihatannya. Atau boleh juga dia mengajak puteranya ke puncak sebuah gunung, lalu menikamnya dari belakang.

Akan tetapai dia diperintahkan menyembelih Ismail. Ini bererti dia diharuskan menyembelih leher puteranya dengan sebilah golok dan dengan tangannya sendiri akan menyebabkan kepala puteranya terpisah dari tubuhnya dan darah anaknya menyembur ke sana ke mari dari lehernya itu. Ini suatu pemandangan tragis yang sangat mengerikan dan memilukan hati meskipun oleh orang tua yang ramai anak sekalipun. Apalagi bagi seorang tua seperti Ibrahim yang hanya mempunyai seorang putera yang baru dewasa, dan lagi pula isterinya mandul. Sesungguhnya perintah seperti itu tidak mungkin dilaksanakan, kecuali oleh seorang hamba yang mencintai Allah di atas segala-galanya, seperti yang pernah dikatakan oleh Rasulullha SAW. melalui sabdanya:

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لَايُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ

“Belum beriman seorang di antara kamu sehingga aku merupakan orang yang paling dicintainya lebih daripada ayah, anak dan seluruh umat manusia”.HR Bukhari

Itulah ujian keimanan yang dihadapi Ibrahim as di Arafah. Suatu ujian yang menyakinkan bahawa Allah SWT. Baginya merupakan satu-satunya Zat yang paling dicintai melebihi yang lain, bukan hanya melalui perkataan sahaja tapi juga dibuktikan dengan amalan, dengan mengerjakan perintah-Nya yang hampir tidak masuk akal, iaitu menyembelih putera tunggalnya yang amat disayanginya!

            Ibrahim pergi membawa puteranya untuk melaksanakan perintah Allah.Dia tidak ingin membuat kejutan dengan membawa anaknya ke atas gunung, lalu cepat-cepat menjalankan perintah penyembelihan itu, sementara golok yang hendak dipakai untuk menyembelih sudah ditangan. Ibrahim terlebih dahulu membreritahukan perintah Allah tersebut kepada puteranya.Ini dipaparkan Allah dalam surat as-Shaffaat 102:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Ternyata cinta Ismail kepada Allah Ta’ala melebihi cinta kepada dirinya sendiri.Maka ayah yang sudah tua dan putera yang baru memasuki usia dewasa itu sama-sama pergi untuk menunaikan perintah Allah Ta’ala. Tetapi apakah syaitan mahu melihat kedua-dua insan itu ikhlas melaksanakan perintah Allah? Sudah tentu tidak! Kerana memang sudah menjadi tugas utama syaitan merosak ketaatan anak Adam kepada Allah.

            Syaitan besar datang kepada Ibrahim al-Khalil hendak merosak keimanan dan ketakwaannya. Ia datang berpura-pura hendak menjadi penyelamat. Ia bertanya,”Apa gerangan yang hendak kamu lakukan terhadap anakmu? Kenapa kamu hendak menyembelih anakmu yang satu-satunya akan menjadi pembantu utamamu dalam kehidupan ini? Apakah kamu yakin bahawa mimpimu itu wahyu daripada Allah, bukan bisikan yaitan? Konon khabarnya Ibrahim mengherdik dan melemparinya dengan batu.Namun syaitan tetap belum puas selagi pujuk-rayunya belum berhasil merosakkan ketaatan Ibrahim dan Ismail kepada Allah.

            Sejak Ibrahim dan Ismail keluar meninggalkan rumah, syaitan sudah berusaha keras hendak meragukan kedua-duanya akan perintah Allah Ta’ala. Ini bertujuan agar ketaatan mereka dapat pula dikendurkan.Syaitan berkata kepada dirinya sendiri, “Ini ujian yang berat.Kalau aku tidak berhasil nescaya aku tidak akan berhasil selama-lamanya.

Syaitan datang menemui isteri Nabi Ibrahim, Hajar katanya, “Tahukah engkau kemana Ibrahim dan puteranya pergi?” Siti Hajar menjawab, “Mereka pergi untuk menunaikan kewajipan!” Syaitan lalu berkata dengan tegas, “Kedua-duanya tidak pergi untuk menunaikan kewajipan, tetapai untuk melaksanakan mimpi Ibrahim menyembelih puteranya...”Hajar mulai curiga dan bertanya,”kenapa dia mahu menyembelihnya?” Syaitan menjawab,”Dia mengaku telah diperintah oleh Robbnya.” Hajar kemudian marah dan mengherdik syaitan itu dengan melempari batu. Katanya,’Nyahlah kau dari sini. Kalau Allah memang memerintahkannya maka sudah sewajarnya dia melaksanakan perintah itu!”.

            Usaha syaitan menggoda Ibrahim dan Sayyidatina Hajar pun gagallah. Kini usahanya dipusatkan untuk mengoda Ismail supaya dia memberontak terhadap keyakinan ayahnya yang dinilainya tidak masuk akal. Katanya, “Hai Ismail, tahukah kamu bahawa ayahmu pergi membawamu untuk menyembelih kamu.” Tapi Ismail menjawab dengan tenang,”Kalau dia sedang melaksanakan perintah Allah, biarlah dia melaksanakannya.”

Syaitan berusaha keras hendak menghalang kedua-duanya meneruskan perjalanannya ke tempat penyembelihan.Kononnya tempat itu dikenali dengan nama Jabal ul Kabsyi kerana di atas gunung itu kibas pengganti Nabi Ismail diturunkan.

            Demikianlah kisah penentangan Ibrahim ,Ismail dan Hajar  dalam melawan godaan syaitan yang kita kenang dan peringati. Ketiga-tiga orang ini melawan syaitan tidak hanya dengan adu pertelingkahan tapi juga dengan kekerasan, iaitu dengan melempari beberapa biji batu kepada syaitan, seperti yang diperintahkan kepada para Jemaah haji melempar jumrah.

Allah Ta’ala ingin agar kita mengenang kisah Ibrahim dan Ismail as. dengan syaitan,. Hikmah ini bertujuan memberi pengajaran sesudah berwuquf di arafah dan sesudah Dia mengampuni dosa-dosa kita. Juga supaya memelihara taubat.Kita harus sentiasa merejam syaitan dalam diri kita secara moral.Jangan sampai syaitan diberi peluang masuk atau berusaha merosakkan ketaatan kita kepada Allah.Rejamlah syaitan dengan bangkangan terhadap tipu dayanya sehingga dia menjauhkan diri daripada kita.

Kalau anda mendengar suara syaitan maka ini merupakan langkah pertama kearah kemaksiatan. Syaitan selalu berusaha menarik perhatian dengan berbagai tipudayanya. Kesempatan baik itu jangan anda berikan kepadanya. Jangan anda mendengar pujuk rayunya, tetapi terus sahaja anda rejam dengan bangkangan dan perlagaan.

Ada juga orang bertanya, “Bukankah kita merejam batu dengan batu.Apa hubungannya syaitan dengan batu itu? Apakah syaitan masih ada ditempat itu?”

            Ada ulama mengatakan bahawa syaitan-syaitan itu dipenjarakan dalam batu tersebut pada hari-hari  di Mina.Kami berpendapat, samaada benar atau tidak keterangan tersebut, yang jelas pekerjaaan itu merupakan ujian keimanan dalam qalbu. Sebab-musabab keimanan bukan sesuatu yang harus kita fahami atau yang harus kita ketahui terlebih dahulu hiklmahnya. Tabir segala sesuatu terletak pada persoalannya, apakah pekerjaan itu perintah Allah atau tidak? Kita mencium batu ini dan merejam batu itu semata-mata mentaati perintahh Allah dan Rasul-Nya tanpa mencuba untuk berfalsafah dengan fikiran kita yang sempit dan lemah. Kita berpegang teguh pada pendirian, kalau Allah Ta’ala yang memerintahkannya sudah tentu ada hikmahnya, baik hikmah itu kita ketahui ataupun tidak, kerana memang di alam ini banyak rahsia Allah yang kita tidak ketahui dan kita tidak perlu berusaha untuk mengetahuinya.

Allah Ta’ala ingin memberitahu kita bahawa kalau kita sudah berhasil menunaikan kewajipan haji dengan baik dan selama haji kita itu diperolehi melalui jalan yang halal dan dengan tujuan mencari keredaan-Nya semata-mata, maka ibadah haji kita jelas makbul dan mabrur.Dalam keadaan seperti itu janganlah kita beranggapan syaitan akan meninggalkan kita hanya  kerana kita sudah terampun daripada dosa. Tidak demikian! Syaitan bahkan lebih bersemangat untuk menjerumuskan kita ke dalam dosa-dosa baru setelah kita menunaikan haji. Syaitan akan sentiasa berusaha merosakkan ketaatan kita dan menjerumuskan kita ke dalam maksiat yang lebih dalam.

            Berkat bimbingan Allah Ta’alalah kita berhasil memerangi perlawanan terhadap syaitan selama menunaikan ibadah haji. Kita berhasil memerangi perlawanan terhadap syaitan selama menunaikan ibadah haji. Kita berhasil menjauhi semua larangan-Nya meskipun larangan-Nya sudah tersebar meliputi semua yang dhalalkan di luar musim haji walaupun hal-hal yang diharamkan-Nya semakin bertambah namun kita dapat mengatasinya dengan baik. Kita berhasil menunaikan kewajipan haji itu dengan memperbanyakkan zikrullah, beribadah dan berdoa. Selama musim haji kita bukan hanya meningkatkan ketaatan kita selama bertahun-tahun. Kalau kita kembali mengenang hikmahnya nescaya kita akan selalu meningkatkan ketakwaan setelah menunaikan haji kerana sebenarnya kita memiliki kemampuan untuk berbuat lebih daripada yang diwajibkan Allah.Seperti firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah 200,

فَإِذَا قَضَيْتُم مَّنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا ۗ فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.

Allah Ta’ala ingin kita sentiasa mengingati-Nya meskipun sudah selesai menunaikan kewajipan haji dengan berjaya. Ini bertujuan agar kita tidak tersesat dan menyimpang daripada ajaran-Nya. Kita diperintahkan untuk selalu mengingati-Nya seperti kita mengingati orang tua kita, bahkan harus lebih besar dan lebih banyak daripada itu kerana keterikatannya bersih daripada hawa nafsu dan kecenderungan lalu.

            Allah Ta’ala ingin selalu didekati makhluk-Nya sehingga menjadikan gerak-geri makhluk-Nya selalu sejajar dengan kehendak-Nya dan bahkan tidak bertentangan.Maka kita wajib selalu mengingati-Nya lebih daripada mengingati orang tua kita kerana orang tua kita walaupun akan meninggalkan dunia. Sedangkan Allah bersifat azali dan tidak tersentuh maut. Kalau orang tua merupakan sebab utama kehadiran kita didunia, maka Allah Ta’ala adalah yang telah menciptakan kita daripada tidak ada. Semua makhluk kelak akan kembali kepada Khaliqnya. Kita hanya sebab-musabab semata. Kita harus sentiasa ingat mengingati asal usul yang mewujudkan kita. Kita harus mengingati Zat yang mengadakan kita daripada tidak ada, lebih banyak daripada mengingati zat yang menjadi sebab-musabab kewujudan kita.

Kini marilah kita mengenagkan kembali kisah kejayaan Ibrahim, Ismail dan Hajar dalam menghadapi ujian yang berat itu, yang kemudiannya terjadilah tebusan seperti yang digambarkan al-Qura’anul Karim melalui firmannya dalam surah ash-Shaafat 106-112:

إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ.وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ.وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ.سَلَامٌ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ.كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ.إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ.وَبَشَّرْنَاهُ بِإِسْحَاقَ نَبِيًّا مِّنَ الصَّالِحِينَ

Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan(abadikan untuk Ibrahim itu pujian yang baik) baginya (nama yang harum) di kalangan  orang-orang yang datang kemudian: (iaitu) "Salam sejahtera(kesejahteraan) dilimpahkan keatas Ibrahim!". Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Ibrahim itu termasuk dari kalangan hamba-hamba Kami yang beriman. Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

            Jadi ketika Allah Ta’ala memerintahkan Ibrahim agar menyembelih puteranya,dia tidak mempunyai putera selain Ismail. Setelah itu barulah dia  diberi khabar gembira bahawa dia akan di beri seorang putera lain yang bernama Ishaq. Meskipun ujian yang dihadapi Ibrahim tidak terbayang beratnya, namun dia pasrah sepenuhnya kepada Allah SWT. kerana itulah Allah menggambarkannya sebagai seorang hamba yang penyantun, banyak memohon, lagi banyak bertaubat.

Ini mengisyaratkan kepada kita bahawa jika kita menyambut dengan redha dan ikhlas semua hukum Allah Ta’ala maka tentu kita(setidak-tidaknya) akan memperolehi pahala ketaatan atas perintah-perintah-Nya, dan pada waktu-waktu yang sama Allah SWT. berkenan mengangkat qada-Nya kepada kita, seperti yang dibatalkan terhadap Ibrahim dan Ismail, seperti firman-NYa dalam surah ash Shaffat 103:

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِيْنَ

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya, nyatalah kesabaran keduanya

Ibrahim dan Ismail telah siap melaksanakan perintah Allah Ta’ala tanpa ragu sedikit pun. Ibrahim sudah siap dengan pisaunya yang telah melekat di leher anaknya, dan Ismail pun sudah meletakkan sebelah pipinya ketanah untuk mempersiapkan diri disembelih. Ternyata pisau yang dipakai untuk menyembelih itu tidak berdaya memotong leher Ismail. Pisau, meskipun memiliki sifat memotong, namun tetap sebilah pisau yang tidak mungkin berdaya tanpa izin Allah Ta’ala. Sama halnya dengan api. Meskipun api memiliki sifat membakar, namun ketika Ibrahim dilemparkan kaumnya ke dalam api ternyata api tersebut tidak berdaya membakarnya. Ini kerana segala sesuatu mematuhi perintah Allah. Seperti firman Allah Ta’ala dalam surah al-Anbiyaa 69

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ (69)

“Kami berfirman : ‘Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim.’

Ternyata api tidak berdaya membakarnya, seperti halnya pisau yang ada di tangan Ibrahim. Dia tidak berdaya memotong leher Ismail, tetapi telah memotong leher tebusannya, iaitu seekor kambing kibas. Maka Allah berfirman kepada Ibrahim dalam surah ash Saaffat 104-105:

وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ (104) قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (105)

“Dan kami panggil dia, Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu. “Sesungguhnya demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik”.

Allah Ta’ala menginginkan agar makhluk-Nya beriman dengan hikmah perintah-perintah-Nya dan melaksanakannya dengan penuh keredaan. Kalau anda mempersiapkan diri untuk menunaikannya dengan penuh keredaan maka adakalanya Allah mengangkat qada-Nya. Kerana itu hafallah baik-baik ayat itu dan ingatlah selalu, baik di Mina mahupun  diluar Mina sehingga anda benar-benar menyakini bahawa semua peristiwa hidup yang menimpa manusai tidak akan diangkat qada-Nya oleh Allah, kecuali kalau orang itu reda dengan ujian yang sudah berlanjutan pada seseorang, misalnya dia terkena penyakit yang sukar disembuhkan terkena kepada anaknya atau hartanya, namun tidak juga berakhir, maka ketahuilah, orang yang terkena ujian itu tidak reda dengan qada Allah.Pada saat keredaan dan kepasrahannya maka dia akan pulih dengan hikmah qada lalu ujiannya pun akan diangkat.

            Ibrahim telah berhasil memenuhi mimpinya. Kerana dia sudah memenuhinya dengan keredaan hati dan kepasrahan diri maka Allah berkenan mengangkat qada-Nya. Kerana itu Allah berfirman kepadanya, Jangan disembelih puteramu itu!” Lalu dibawakanlah seekor kambing kibas dari langit, seakan-akan Allah Ta’ala yang menebusnya dengan nyawa Ismail.Bukan hanya itu saja. Selain anak tunggalnya diselamatkan daripada kematian yang pasti, Ibrahim bahkan diberi kurnia seorang putera lagi(yang kedua), iaitu Ishaq.

Jadi, seorang hamba yang menerima perintah-perintah Ilahi yang ghaib,yang tidak diketahui hikmahnya dan hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik itu, sudah tentu pahalanya besar sekali. Setiap kali hukum itu tidak terjangkau oleh akal maka setiap itu pula keimanannya di dada lebih mantap. Ada pun seorang hamba yang keberatan dengan hukum yang diharamkan Allah hanya kerana belum tahu hikmahnya (dan baru sedia setelah mengetahui hikmahnya), maka mereka bukan orang yang melakukan perintah-Nya, berdasarkan keimanan kepada Allah, tetapi kerana imannya kepada ilmu perubatan, ilmu pengetahuan atau ilmu yang lain.

            Di sini kita harus mengetahui perbezaan antara takif  hamba terhadap hamba yang lain, dan taklif  Khaliq terhadap makhluk-Nya. Taklif seseorang makhluk terhadap makhluk lainnya harus kita ketahui hikmahnya, setelah itu baru kita laksanakan. Namun, taklif  khaliq terhadap makhluk-Nya harus kita laksanakan bedasarkan keimanan dengan hikmah Allah Ta’ala dalam apa-apa yang disyariatkan-Nya. Kita harus memiliki keyakinan bahawa semua yang disyariatkan Allah Ta’ala kepada kita, yang tidak dapat kita jangkau dan serap harus dilaksanakan berdsarkan keimanan dengan hikmah Allah Ta’aala.

Al Imam Ali ra. berbicara tentang mengusap pada kedua al-Khuffain, berkata, “Kalau masaalah itu tunduk pada aqal, bukan di atasnya kerana yang  memijak kotoran adalah bahagian bawah (telapak kaki)”. Akan tetapi pekerjaan tersebut adalah untuk mempersiapkan jiwa kita menerima apa pun yang  dikehendaki Allah Ta’ala dengan ketaatan  yang penuh, dan tidak membiarkan diri kita mencampuri kehendak Allah dengan fikiran selogik apa pun. Allah Subhanahuwata’ala tidak dipertanggungjawabkan tentang apa-apa yang dilakukan-Nya dan tentang apa pun yang diperintahkan-Nya.

            Kalau anda hendak pergi merejam syaitan, sebenarnya anda hendak menutup peluang bagi syaitan agar jangan sampai mengusik diri anda, baik syaitan puncak aqidah(dengan merejam syaitan besar) mahupun pada cabang-cabang aqidah anda dengan merejam syaitan-syaitan kecil. Anda merejam atau melempari syaitan dengan tujuh biji batu sebanyak sepuluh kali.Perkar ini dapat difahami, sesuai dengan kewujudan anda yang lahiriah. Namun di sebalik itu masih terdapat hikmah dan harus disedari, iaitu Allah Ta’ala ingin agar setelah kewajipan haji, kita menerima semua qada-Nya dengan reda dan kepasrahan. Allah ingin kita menyedari bahawa apa-apa yang telah ditetapkan Allah adalah yang terbaik bagi kita.

سورة البقرة(216)

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

 

No comments:

Post a Comment