Saturday, 25 March 2017

Kedudukan organ yang terputus dari badan.

Kedudukan organ yang terputus dari badan.

Sumber rujukan:

Isu-isu Fiqh perubatan semasa oleh Al-Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su’aidan.

Soalan:
Apakah yang harus dilakukan terhadap organ yang terputus daripada badan?

Jawapan:
Yang diperakui di dalam kaedah fiqh, hukum sebahagian sama juga dengan hukum keseluruhan.Yang disyariatkan pada tubuh badan manusia ialah apabila mati hendaklah dikebumikan.Sebagaimana disyariatkan mengkebumikan keseluruhan badan, begitu juga disyariatkan mengkebumikan sebahagian daripadanya sahaja yang dijumpai. Sehubungan dengan itu, apabila sebahagian anggota badan dipotong daripada anggota manusia, yang disyariatkan ialah mengkebumikannya. Tambahan pula para ulama telah mengnaskan,rambut yang gugur dari kepala simati,hendaklah diletakkan di dalam kain kafannya. Dengan itu adalah lebih utama anggota yang terputus itu juga dikebumikan,kerana kehormatannya lebih besar berbanding kehormatan rambutnya yang gugur itu. Ini selaras dengan firman Allah swt dalam surah al-Isra:70,

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً

Ertinya;”Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan”.


Antara bentuk memuliakan manusia ialah mengkebumikan anggota-anggotanya,Sekiranya anggota-anggota tersebut terkena penyakit kronik,disunatkan menghilangkan kemudharatan yang terdapat padanya dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh membunuh kuman yang membawa penyakit tersebut. Setelah itu dikebumikan. Sewajarnya pihak hospital mengkebumikan organ-organ manusia tersebut.

No comments:

Post a Comment