Hukum
menggunakan inai bagi wanita (الْخِضَابَ / الْحَنَّاءِ)
Sumber
rujukan:
Hadith
Riwayat al-Nasai
Hadith
Riwayat Ahmad
Hadith
Riwayat Abu Daud
Daripada
Aisyah r.aha bahawa seorang wanita telah menghulurkan tangannya kepada Nabi saw
lantas baginda saw bersabda:
لوَكُنْتِ
امْرَأَةً، لَغَيَّرْتِ أَظْفَارَكِ بِالْحَنَّاءِ٠
Ertinya:
“kalaulah kamu perempuan,nescaya kamu ubahkan kukumu dengan inai”. HR al-Nasai
Daripada
Dhamrah bin Said daripada datuknya daripada seorang perempuan dalam kalangan
wanita dan ia bersolat dua kiblat (Bait al-Maqdis dan Kaabah) bersama Nabi saw.
kata perempuan tersebut:
دَخَلَ عَلَيَّ رَسُوْلُ
اللهِ صلى الله عليه وسلم، فَقَالَ: إِخْتَضِبِيْ، تَتْرُكُ إِحْدَاكُنَّ الْخِضَابَ
حَتَّى تَكُوْنَ يَدُهَا كَيَدِ الْرَّجُلِ٠ قَالَتْ: فَمَا تَرَكَتِ الْخِضَابَ حَتَّى
لَقِيَتِ اللهَ تَعَالَى وَإِنْ كَانَتْ لَتَخْتَضِبُ وَهِيَ بِنْتُ ثَمَانِيْنَ٠
Ertinya:”Rasulullah
saw. telah datang menemuiku dan bersabda, ‘Warnakanlah, kamu meninggalkan khidhab
hingga tangan kamu menyamai tangan lelaki ‘ Kata salah seorang perawi,
‘Prempuan tersebut tidak meninggalkan khidhab hingga bertemu Allah Ta’ala,
sekalipun telah menjangkau usia 80 tahun”. HR Ahmad
Daripada
Aisyah ra.aha katanya:
أَنَّ هِنْدَ بِنْتَ
عُتْبَةَ قَالَتْ: يَانَبِيَّ اللهِ، بَايِعْنِيْ، قَالَ: لَا أُبَايِعُكِ حَتَّى تُغَيِّرِيْ
كَفَّيْكِ، كَأَنَّهُمَا كَفَّ سَبُعِ٠
Ertinya:
“Sesungguhnya Hindun binti ‘Utbah berkata, ‘Berbai’ahlah (berjanji setia) denganku
wahai Rasulullah,’Nabi saw bersabda, ‘Aku tidak akan berjanji setia denganmu
hingga kamu mengubah tapak tanganmu (yakni dengan inai) seolah-olah kedua-duanya
tapak tangan singa (perumpamaan kedua-dua tapak tangannya yang tidak berinai
seperti tapak singa pada kebencian kerana menyamai lelaki)”. HR Abu Daud
Hadith-hadith
di atas menunjukkan bahawa khidhab adalah sunah kerana Nabi saw. menyarankan kepada
kaum wanita agar mengamalkannya tanpa mengkhususkan samaada sudah berkahwin
atau tidak.
Pandangan
ulama dalam perkara ini:
Pendapat petama:
Jumhur
ulama dari kalangan mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi berpendapat bahawa
penggunaan khidhab adalah harus dan merupakan perhiasan dan kecantikan wanita
tanpa mengkaitkannya samaada belum berkahwin atau sudah berkahwin serta
mendapat keizinan suami.Para fuqaha berdalilkan hadith-hadith diatas.
Pendapat kedua:
Mazhab
Sayfi’i dalam pendapat kedua menyatakan bahawa menginai hanya dibolehkan untuk
wanita yang sudah berkahwin dengan syarat memperolehi keizinan daripada
suaminya, jika tidak diizinkan maka hukumnya adalah makruh.
No comments:
Post a Comment