Wednesday, 22 March 2017

Hukum mewarnakan rambut dengan warna hitam

Hukum mewarnakan rambut dengan warna hitam

Hadith Riwayat Thabrani (al-Mu’jam al-Aswat)
Hasyiah al-Bujairimi

Daripada Abu Hurairah ra, katanya:

لَمَّا فَتَحَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم مَكَّةَ، وَأَبُوْ بَكْرٍ قَاءِمٌ عَلَى رأْسِهِ، قَالَ بَابِيْ أَنْتَ وَأُمِّيْ يَا رَسُوْلَ الله، إِنَّ أَبَا قُهَافَةَ شَيْجٌ كَبِيْرٌ، وَإِنَّهُ بِنَاحِيَةِ مَكَّةَ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم قُمْ بِنَا إِلَيْهِ، فَقَالَ: يَا  رَسُوْلُ اللهِ، هُوَ أَحَقٌّ أَنْ يَأْتِيَكَ، فَجِيْءَ بِأَبِيْ قُهَافَةَ، كَأَنَّ لِحْيَتَهُ وَرَأْسَهُ ثَغَامَةٌ بَيْضَاءَ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم: غُيِّرُوْهُ، وَجَنِّبُوْهُ السَّوَادَ٠

Ertinya:”Semasa Rasulullah saw. membuka Makkah,ketika itu Abu Bakar sedang berdiri disisinya dan berkata,’Demi ayah dan ibu engkau wahai Rasulullah,sesungguhnya Abu Quhafah seorang yang telah tua dan dia berada di sudut Makkah,’maka Nabi saw. bersabda,’Mari kita pergi kepadanya.’Balasnya,’Wahai Rasulullah saw. dia lebih berhak untuk datang bertemumu,’maka didatangilah Abu Quhafah dalam keadaan rambut dan janggutnya sudah putih bagaikan bunga tsaghamah, kemudian Nabi saw. bersabda,’Ubahlah olehmu semua warna putih ini, tetapi jauhilah daripada (mewarnakan dengan) warna hitam. HR al-Thabrani

Catitan: Warna hitam tidak sesuai dengan Abu Quhafah kerana dia tersangat tua ketika itu.

Daripada Ibnu ‘Abbas ra. diriwayatkan dari Nabi saw,

يَكُوْنُ فِيْ آخِرِ الْزَّمَانِ قَوْمٌ يُسَوِّدُوْنَ أَشْعَارَهُمْ، لَا يَنْظُرُ اللهُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ٠

Ertinya: “Akan tiba pada akhir zaman nanti satu kaum yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam, Allah tidak akan melihat kepada mereka pada hari Qiamat. HR al-Thabarani.

Daripada Anas bin Malik ra. katanya:

كُنَّ يَومً النّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَدَخَلَتْ عَلَيْهِ الْيَهُودُ، فَرَآهُمْ بِيْضَ اللِّحَى، فَقَالَ: مَالَكُمْ لَا تُغَيِّرُوْنَ؟ فَقِيْلَ: إِنَّهُمْ يَكْرَهُونَ٠ فَقَالَ النّبِيِّ صلى الله عليه وسلم: لَكِنَّكُمْ غَيِّرُوا، وَإِيَّايَ وَالسَّوَادَ٠

Ertinya:”Pada suatu hari kami bersama Rasulullah saw. kemudiannya masuk seorang Yahudi, maka dilihat janggut mereka putih. Maka Nabi saw. bertanya,’Kenapa kamu tidak mengubahnya? ‘Dikatakan,’Mereka (Yahudi) tidak menyukainya.’Kata Nabi saw. ‘Namun kamu semua (para sahabat), tukarkan ia. Awasilah akan daku daripada warna hitam. HR al-Thabarani

Fuqaha berselisih pendapat kepada dua pendapat dalam perkara ini.

Pendapat pertama:
Mazhab Syafi’i(pendapat yang terkenal dalam mazhab Syafi’i) menyatakan haram mewarnakan rambut dengan menggunakan warna hitam.Mereka berdalilkan hadis-hadis di atas, bahawa Nabi saw. melarang mewarnai rambut dengan warna hitam dan menjauhi dari warna hitam. Dan mereka memahami menjauhi itu menunjukkan ianya adalah haram.

Pendapat kedua:
Mazhab Hanafi,Maliki,Syafi’i dan satu riwayat Mazhab Hambali berpandangan bahawa makruh mewarnakan dengan warna hitam.

Jumhur ulama(kebanyakkan ulama) berhujah bahawa hadith-hadith yang menggalakkan supaya mewarnai rambut adalah bersifat mutlak,iaitu ditanggung dengan hukum harus. Dan nas dari hadis yang mengikat dengan seumpama larangan, mereka melihat sebagai makruh.Ini kerana mereka beranggapan bahawa nas-nas tersebut zhan tsubut ( tidak pasti kebenaran sumber).


Dalam konteks lain dibolehkan mewarnai rambut dengan warna hitam kerana tujuan untuk peperangan.

No comments:

Post a Comment