Sunday, 12 March 2017

Hukum mengupas kulit agar kelihatan cantik

Hukum mengupas kulit agar kelihatan cantik

Sumber rujukan,
Hadith riwayat Ahmad

Sabda Rasulullah saw. sebagaimana yang di riwayatkan oleh Aisyah ra.huma:

لَعَنَ اللهُ الْقَاشِرَةَ  وَالْمَقْشُورَةَ.
Ertinya:”Allah melaknat orang yang mengupas kulitnya dan yang mengupas”.HR Ahmad

Dan juga daripada Ikrimah binti Hammam, Aisyah ra,huma juga diriwayatkan menyebut:
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ، إِيَّاكُنَّ وَقَشْرَ الْوَجْهِ.
Ertinya: “Wahai golongan wanita,awasilah kamu daripada mengupas kulit wajah”. HR Ahmad

Hadis-hadis di atas menunjukkan pengharaman mengupas kulit dengan apa jua alat termasuk juga ubat-ubatan yang digunakan untuk mengupas kulit, dan menghilangkan lapisan luarnya agar kulit kelihatan cantik.

-Isyarat daripada hadis di atas menunjukkan pengharaman kerana mendapat laknat daripada Allah swt. (لَعَنَ اللهُ) dan terkeluar daripada batasan hukum-hakam Allah, melainkan ada keperluan yang dibenarkan syarak.

-Perbuatan ini pula mengubah ciptaan Allah swt., yang dimaksudkan mengubah ciptaan Allah ialah kerana perbuatan itu bersifat kekal, seperti firman Allah swt.

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَنْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا




Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata”. (Surah al-Nisa’:119)

-Amalan mengupas kulit membawa kemudaratan dan kesakitan pada tubuh badan dan pada umumnya ditegah oleh syarak, sebagaimana firman Allah swt. dalam surah al-Baqarah:195

وَلَاتُلْقُواْ بِأَيْدِيْكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Ertinya: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan".

Dan juga seperti kaedah syarak yang tidak membenarkan mengambil kemudaratan,
اَلضَّرَرُ يُزَالُ
Ertinya: Kemudaratan dihilangkan


No comments:

Post a Comment