Hukum
mencelak mata
Sumber
rujukan:
Hadith
riwayat Ibnu Majah
Hadith
riwayat al-Tirmizi
Ibnu
Qudamah
Al-Mawardi
Abu Hurairah
ra. meriwayatkan daripada Nabi saw:
مَنِ اكْتَحَلَ،
فَلْيُوتِرْ٠ مَنْ فَعَلَ، فَقَدْ أَحْسَنَ٠ وَمَنْ لَا، فَلَا حَرَجَ٠
Ertinya:“Barangsiapa
yang bercelak,maka hendaklah dengan bilangan yang ganjil.Barangsiapa yang
melakukannya, sesungguhnya ia baik. Dan sesiapa yang tidak bercelak, maka tiada
halangan”. HR Ibnu Majah
Ibnu
Abbas ra. meriwayatkan daripada Nabi saw:
إِكْتًحِلُوْا
بِالْإِثْمِدِ٠ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ، وَيُنْبِتُ الُشَّعْرَ٠
Ertinya:”Bercelaklah
dengan batu celak kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu”. HR
al-Tirmizi
Bercelak
dilakukan oleh lelaki dan perempuan dengan dua keadaan, samaada dengan tujuan
perubatan atau dengan tujuan untuk berhias. Berdasarkan hadith Nabi saw yang
bermaksud bahawa bercelak menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu. Dalam
perkara ini ulama berselisih pandangan dalam menentukan hukum becelak.
Pendapat
pertama:
Fuqaha
Mazhab Hanafi membezakan antara niat bercelak: Jika kerana tujuan untuk perhiasan
maka hukumnya adalah makruh dan jika untuk perubatan maka kebanyaknya menghukumkannya
tidak makruh. Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah
Pendapat
kedua:
Mazhab Syafi’i
dan Hambali menyatakan bahawa penggunaan celak pada mata adalah disunatkan sama
sekali. Samaada diniatkan untuk perhiasan dan perubatan, kerana bercelak dengan
mengunakan batu celak dapat menguatkan penglihatan dan melebatkan bulu mata. Pendapat
ini berdasarkan hadith-hadith di atas.
Memahami
hadith-hadith di atas menunjukkan bahawa hukum bercelak adalah harus dan
perbuatan ini adalah merupakan sunah Rasulullah saw. Kesemua dalilnya bersifat
mutlak dan tidak dikaitkan dengan niat tertentu tanpa boleh menghususkan dalil-dalil
tersebut, melainkan ada dalil-dalil yang menghususkannya. Hukum harus secara
mutlak kerana berdasarkan penilain berikut:
1- Kuatnya
hujah menyatakan ianya adalah mutlak(tidak dikhususkan). Oleh kerana itu hukumnya
adalah baik samaada bercelak kerana perhiasan mahupun tujuan perubatan kerana
tiada dalil yang menghususkannya.
2- Penggunaan
celak tidak mengubah ciptaan Allah swt. dan tiada unsur penipuan, kerana ia tidak kekal dan boleh dihilangkan dengan
mudah, malahan ia mendatangkan munafaat kepada mata sebagaimana yang disebut
didalam hadith-hadith diatas.
3- Menggunakan
celak dan menghilangkannya tidak mengatangkan mudharat pada tubuh badan.
Perhatian:
Penggunaan
peralatan celak dan trend celak oleh kebanyakkan wanita pada masa sekarang yang
mengandungi garisan pada mata dari bahagian luar dan berekor di sisi mata, ia
termasuk dalam perkara pendedahan dan menarik perhatiaan yang ditegah oleh syarak.
No comments:
Post a Comment