Tuesday, 14 March 2017

Hukum mencantikkan rambut

Hukum mencantikkan rambut

Sumber rujukan:
Hadith riwayat Abu Daud
Hadith riwayat al-Thabrani
Hadith riwayat Ahmad
Mencantikkan rambut bermaksud mengemaskan rambut tanpa membiarkan rambut tidak terurus serta kelihatan kusut masai,berbau hapak, menjadi sarang kutu dan beterbangan apabila ditiup angin. Islam mengalakkan agar seseorang itu supaya menjaga rambutnya. Nabi saw. menyuruh dan menunjukkan contoh tauladan supaya manusia mencontohinya dalam hal menjaga sifat luaranya agar manusia lain suka da gemar untuk mendekati dan memuliakannya.
Abdullah bin Mas’ud ra meriwayatkan,sabda Nabi saw.

إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ.


Ertinya:”Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan” HR Muslim

Terdapat banyak hadith berkenaan dengan penjagaan rambut, antaranya:

Daripada Abu Qatadah ra. Rasulullah saw. bersabda:

مَنِ اتَّخَذَ شَعْرًا، فَليُحْسِنُ إِلَيْهِ

Ertinya:”Barangsiapa yang menyimpan rambut, maka hendaklah dia memperelokkannya”.HR Thabrani.

Daripada Abu Hurairah ra. Rasulullah saw. bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرً، فَلْيُكْرِمْهُ

Ertinya:”Barangsiapa yang mempunyai rambut, maka hendaklah dia mengemaskannya”.

Dari Anas bin Malik ra, katanya:
سَدَلَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم نَاصِيَتَهُ مَا شَاءَ اللهُ أَن يَسْدُلَهَا، ثُمَّ فَرَّقَ بَعْدُ.

Ertinya”Nabi saw. mengurai rambutnya hingga ke depan dan kemudiannya membelahnya kepada dua bahagian”. HR Ahmad


Oleh kerana itu harus menjaga rambut dengan menyikatnya secara membelahnya, iaitu dengan menjadikan rambut kepada dua bahagian, dan menguraikannya, menyikat kesemua rambut ke belakang tanpa membelahnya. Maka amalan ini adalah sebagaimana yang dijelaskan dalam hadith di atas.

No comments:

Post a Comment