Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
2-Fiqh al-Manhaji
3-Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah
al-Zuhaily
a-Takrif
al-‘Aqiqah
Al-‘Aqiqah
berasal dari perkataan al-‘Aqqa (العقّ) yang bermaksud potong. ‘Aqiqah pada
asalnya ialah rambut yang berada di kepala bayi sewakru dilahirkan,Dinamakan
demikian kerana ia dicukur dan dipotong.
Al-Aqiqah dari sudut Syara’, bererti haiwan yang disembelih untuk bayi sewaktu
mencukur rambutnya. Disunatkan memanggilnya dengan nama nasikah/Ibadat (نسيكة)
atau zabihah/sembelihan(ذبيحة).
Dalilnya ialah hadis yang dikeluarkan oleh Abu
Daud(2842) yang bermaksud,
“Rasulullah SAW.
ditanyakan tentang aqiqah,sabda Nabi SAW.:”Allah tidak sukakan al-‘Uquq(putus
silaturrahim-derhaka)”. Seolah-olah Baginda tidak suka sembelihan itu dinamakan
‘aqiqah. Sabda Baginda SAW.:”barangsiapa yang dikurniakan anak lalu dia suka
untuk melakukan ibadah keranannya maka lakukanlah ibadat itu.”
b-Hukumnya
‘Aqiqah adalah sunat muaaqad,sekalipun kedua ibu
bapa dalam keadaan susah.Ia telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. dan para
sahabatnya.Ashhab al-Sunan meriwayatkan bahawa Nabi SAW. telah membuat ‘aqiqh
untuk al-Hasan dan al-Husein dengan setiap kedua-duanya seekor biri-biri.(HR
Abu Daud,al-Nasae’I,al-Tirmizi).Malahan al-Laits dan Daud al-Zahiri mewajibkan
‘aqiqah.
Dan juga Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari(5154),
yang bermaksud:
“Bersama bayi itu
‘aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara
yang menyakitkan(iaitu kekotoran dan najis).”
“Dari 'Amr bin Syu'aib dari ayahnya, dari datuknya,
ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa berkehendak untuk
meng'aqiqahkan anaknya maka kerjakanlah. Untuk anak laki-laki dua ekor kambing
yang sebanding dan untuk anak perempuan satu ekor kambing". HR. Ahmad
Dan dalil yang menunjukkan ia tidak wajib ialah
hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:
Rasulullah SAW.
ditanyakan tentang ‘aqiqah,sabda Nabi SAW.:”Allah tidak sukakan al-‘Uquq(putus
silaturrahim-derhaka)”. Seolah-olah Baginda tidak suka sembelihan itu dinamakan
‘aqiqah. Sabda Baginda SAW.:”barangsiapa
yang dikurniakan anak lalu dia suka untuk melakukan ibadah keranannya maka
lakukanlah ibadat itu.”
Hukum hakam aqiqah sama dengan qurban,dalam erti
sebahagiannya boleh dimakan oleh orang yang beraqiqah dan sebahagian lagi
disedekahkan.walaupun begitu ada beberapa perbezaan diantaranya ialah:
1-Daging ‘aqiqah disunatkan dimasak dan
disedekahkan dalam bentuk yang telah dimasak.Yang afdhalnya disedekahkan kepada
orang miskin.Disunatkan juga sebahagiannya dimakan dan dihadiahkan.
Diriwayatkan oleh Aisyah ra. katanya yang
bermaksud:
“Yang disunatkan pada
kelahiran bayi laki-laki adalah menyembelih dua ekor kambing yang sama nilainya,
sementara pada bayi perempuan satu ekor.Kambing tersebut dimasak, tanpa dipatahkan
tulangnya. Setelah masak,daging itu lalu dimakan(oleh keluarga yang beraqiqah),serta
mengikutkan orang lain memakannya(dirumah itu juga)lantas menyedakahkan
sebahagiannya pada orang lain.Aktiviti itu sendiri dilakukan pada hari ketujuh
dari kelahiran sibayi.
2-Disunatkan selagi boleh agar tulangnya tidak
dipatahkan.Bahkan ia hanya dipotong pada sendinya sahaja.
Diriwayatkan oleh Aisyah ra. katanya yang
bermaksud:
“Yang disunatkan pada
kelahiran bayi laki-laki adalah menyembelih dua ekor kambing yang sama nilainya,
sementara pada bayi perempuan satu ekor. Kambing tersebut dimasak, tanpa dipatahkan
tulangnya. Setelah masak,daging itu lalu dimakan(oleh keluarga yang beraqiqah),serta
mengikutkan orang lain memakannya(dirumah itu juga)lantas menyedakahkan
sebahagiannya pada orang lain.Aktiviti itu sendiri dilakukan pada hari ketujuh
dari kelahiran sibayi.
Pandangan ulama dalam perkara ini:
Menurut mazhab Maliki dibolehkan mematahkan
tulang haiwan ‘aqiqah, tetapi tidak disunatkan.Sebaliknya menurut pendapat mazhab
Syafe’i dan Hambali tidak makruh hukumnya mematahkan tulang haiwan itu, kerana
tidak ada larangan khusus tentang hal tersebut.
c-Keutamaan ‘aqiqah
Ashab
al-Sunnan meriwayatkan dari Samurah dari Nabi SAW., beliau bersabda yang
bermaksud:
“Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung dengan ‘aqiqhnya yang
disembelih untuknya pada hari ketujuh kelahirannya.Ketika itu ia dicukur dan
diberi nama. HR:Abu Daud,al-Tirmizi al-Nasae’i ,Ibnu majah
Dari
Salaman bin Amir al-Dhabyi bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
“Setiap anak yang baru dilahirkan hendaklah dilakukan ‘aqiqah
dengan cara menyembelih seekor kambing untuk menjauhkan segala bentuk penyakit
daripadanya. HR al-Bukhari,Muslim,Abu Daud,al-Nasae’I dan Abu Daud.
d-‘Aqiqah untuk anak lelaki dan anak perempuan.
Sebaiknya anak lelaki
di’aqiqahkan dua ekor kambing yang berusia hampir sama dan anak perempuan pula
di’aqiqahkan seekor kambing. Dari Ummu Kurz al-Kabiyah, dia berkata:”Aku pernah
mendengar Rasulallah SAW. berkata ,yang bermaksud:
“Anak lelaki hendaklah di’aqiqahkan dua ekor kambing yang berusia
hampir sama dan anak perempuan pula di’aqiqahkan seekor kambing.” HR: Abu
Daud,al-Tirmizi,al-Nasae’i
Bagaimanapun,dibolehkan
menyembelih seekor kambing untuk anak lelaki,berdasarkan Nabi SAW. pernah
berbuat demikain,seperti maksud hadis
“Bahawa Nabi SAW. telah
membuat aqiqh untuk al-Hasan dan al-Husein dengan setiap kedua-duanya seekor
biri-biri.”HR Abu Daud,al-Nasae’I,al-Tirmizi.
e-Waktu penyembelihan
Jika
memungkinkan bahawa penyembelihan,maka hendaklah dilakukan pada hari ketujuh
kelahiran.Berdalilkan hadis dari Dari 'Aisyah RA, ia berkata yang bermaksud:
"Rasulullah SAW pernah ber’aqiqah
untuk Hasan dan Husain pada hari ke-7 dari kelahirannya, beliau memberi nama
dan memerintahkan supaya dihilangkan kotoran dari kepalanya (dicukur)". HR.
Hakim, dalam Al-Mustadrak .
Jika tidak maka hendaklah
dilakukan pada hari keempat belas.Jika masih tidak memungkinkan, maka hendaklah
dilakukan pada hari kedua puluh satu,Jika tidak memungkinkan, maka hendaklah
dilakukan pada bila-bila masa selepas kelahiran. Berdalilkan hadis yang
diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bermaksud:
Nabi SAW beliau bersabda, " ‘Aqiqah
itu disembelih pada hari ke-7, atau ke-14, atau ke-21 nya". HR. Baihaqi (walaupun begitu hadis ini ha’if-lemah)
Mengaqiqahi diri sendiri: Al-Hasan Al-Bashri mengatakan, Namun seandainya tetap ingin meng’aqiqahi keatas dirinya sendiri, semoga
Allah menerimanya sebagai kebaikan: “jika kalian belum diaqiqahi, maka aqiqahilah diri kalian. Jika kalian adalah laki-laki”
Hadis-hadis yang berkaitan dengan perkara ini adalah bertaraf dha’if(lemah), diantaranya adalah:
Dari Anas ra. bahwasanya Nabi SAW ber’aqiqah untuk dirinya sesudah beliau menjadi Nabi". HR. Baihaqi dha’if
f-Memberi Nama dan bercukur
Disunatkan bagi anak yang baru dilahirkan diberi nama yang baik, rambutnya dicukur dan bersedekah perak seberat timbangan rambutnya jika itu memungkinkan.Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmizi dari Ibnu Abbas yang bermaksud:
Dari Ali bin Abu Thalib, ia berkata : Rasulullah SAW telah ber’aqiqah bagi Hasan seekor kambing dan bersabda, "Ya Fathimah, cukurlah rambutnya dan bersedeqahlah seberat rambut kepalanya dengan perak kepada orang miskin seberat timbangan rambutnya".Mereka kemudian menimbangnya dan timbangan rambutnya ternyata seberat dua dfurham atau beberapa dirham ". HR. Tirmidzi,dha’if
-Nama-nama yang baik
Sebaik-baik nama Abdullah dan Abdur Rahman.Dalilnya hadis riwayat Muslim, dan nama yang paling bagus adalah Hammam dan Harith, seperti mana yang dinyatakan dalil hadis sahih(HR Muslim dan Tirmizi). Dibolehkan memberi nama dengan nama-nama malikat,nabi, Tahaa serta Yasin.Ibnu Hazm berkata, ulama sepakat untuk mengharamkan memberi nama yang disembah selain Allah seperti Abdul ‘Uzza, Abdul Hubal,Abdul Umar,Abdul Ka’bah dan Hasya Abdul Mutthalib.
-Antara Nama yang dimakruhkan
Rasulallah SAW. melarang daripada memberi nama anak dengan nama-nama seperti Yasar,Rabbah,Nujaih dan Afiah, sebab ia dikhuatirkan sebagai sarana untuk meneka nasib. Dalam hadis Samurah bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
“Jangan kamu memberi nama anakmu dengan Yasar(kaya),Rabbah(beruntung),Nujaih(Berjaya) dan Afiah(bahagia).Kadang kala kamu bertanya: ‘Benarkah anak itu sesuai dengan namanya itu? Padahal dia tidak demikian sehingga ada yang menjawab: (Kelakuannya) tidak (sebaik namanya).” HR Muslim
No comments:
Post a Comment