Saturday, 25 July 2015

Sudut Feqah:Membatalkan Puasa Sunat


 
Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
2-Fiqh Manhaji(Fiqh Mazhab Syafi’e)
3-Nailul Authar oleh Asy Syaukani
4-Bahrul Mazi oleh Mohammad Idris bin Abd Rauf al-Marbawi
5- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah al-Zuhaily

            Seseorang muslim yang berpuasa sunat diharuskan membatalkan puasa jika dia mahu, dan dia tidak diwajibkan mengqadhanya.

Dari Ummmu Hani ra. yang bermaksud:

“Rasulullah SAW. masuk kerumahku pada hari penaklukan Kota Makkah.Beliau disediakan minuman kemudian meminumnya.Beliau memberikan minuman kepadaku,lantas aku berkata:’Aku sekarang berpuasa.Mendengar itu,beliau bersabda: Seseorang yang sedang perpuasa sunat menjadi penentu ke atas dirinya. Samaada hendak meneruskan puasanya atau tidak. HR Ahmad,al-Daruquthni dan al-Baihaqi.”

Rasulullah SAW bersabda  yang bermaksud:

“Orang yang berpuasa sunat adalah ketua kepada dirinya; jika dia mahu,dia boleh meneruskan puasanya, dan jika dia tidak mahu dia boleh berbuka.” HR Hakim dalam al-Mustadrak(1/439),al-Hakim mengatakan sahih,tetapi didhaifkan oleh Bukhari

Dari Abu Juhaifah r.a., katanya:

"Nabi saw. mempersaudarakan antara Salman dan Abu Darda'. Pada suatu hari ( Salman datang mengunjungi Abu Darda', dilihatnya Ummu Darda' berpakaian buruk-buruk. Melihat itu, Salaman bertanya  kepadanya, "Apa yang berlaku keatas diri mu?" Kata Ummu Darda', "Saudaramu Abu Darda' tidak menghiraukan lagi kepentingan  dunia." Kemudian Abu Darda' datang, lalu ia menyediakan makanan untuk Salman. (Setelah siap, maka disilakan Salman makan) katanya, "Makanlah! Saya puasa." Kata Salman, "Saya tidak akan makan sebelum engkau makan." Kerana itu Abu Darda' makan (bersama-sama dengan Salman). Setelah hari malam, Abu Darda bangun untuk melaksanakan ibadah,Salman yang memerhatikanya dan berkata , "Tidurlah!" Lalu ia tidur. Kemudian dia hendak bangun semula. Kata Salman, "Tidurlah!" Setelah lewat tengah malam, Salman berkata (pula kepadanya), "Bangunlah sekarang!" Lalu kedua-duanya solat sunat tengah malam.. Kemudian Salman mengatakan kepada Abu Darda, "Sesungguhnya Tuhan mu ada hak atas diri mu, dan kamu sendiri ada hak atasmu.Begitu juga keluargamu ada hak ke atas dirimu. Kerana itu berilah hak  kepada setiap pemiliknya." Kemudian Abu Darda lalu datang menjumpai Nabi SAW. lalu diceritakannya kepada beliau peristiwa tersebut. Maka sabda Nabi saw., "(Apa yang dikatakan) Salman benar."HR Bukhari. Tirmizi.”

Dari Abu Abu Said al-Khudri r.a., katanya:

“Aku menyiapkan makanan kepada Rasulullah SAW. Beliau pun datang kepadaku bersama sahabatnya.Tatkala makanan dihidangkan,salah seorang sahabat berkata:’Aku sekarang sedang berpuasa.’Mendengar itu, Rasulullah SAW. bersabda:’ Saudaramu telah mengundang mu makan dan bersusah untuk menjamumu.’Beliau bersabda lagi: ‘Berbukalah! Dan berpuasalah pada hari yang akan datang sebagai gantinya jika engkau mahu berbuat demikian.”HR: al-Baihaqi(sanad Hasan)

Dari ‘Aisyah r.ahu., katanya:

“Hafsah pernah dihadiahi makanan, padahal kami berdua sedang puasa, lalu kami membatalkan puasa kami, kemudaian Rasulullah SAW. masuk(rumah), lalu kami memberitahukan; Ya Rasulullah, sesungguhnya kami dihadiahi sebuah hadiah dan kami sangat berselera, kerana itu kami membatalkan puasa kami. Maka Rasulillah SAW. bersabda:Tidak apa-apa hanya hendaklah kamu menggantikan puasa itu dihari lain.”HR Abu Daud

Perbahasan dan Pandangan ulama dalam perkara membatal amalan sunat yang sudah dimulai

Ada dua teori yang dikemukan oleh para fuqaha bersangkutan topik ini.Teori pertama dianuti oleh Mazhab Hanafi dan Maliki.Sedangkan teori kedua dianuti oleh mazhab Syafi’e dan Hanbali.

Menurut kelompok pertama, barangsiapa telah memulai puasa atau solat sunat, maka dia harus(wajib) menyelesaikanya.Jika ia membatalkannya, dia wajib mengqadanya.Hal ini sama dengan oang yang perpergian(musafir) dengan sengaja sehingga dia mendapat rukhshah untuk dia berpuasa, maka dia harus(wajib) mengqada. Sebab,bahagian yang telah dilaksanakan tadi telah mendapat ibadah dan amal yang telah menjadi hak Allah Ta’ala,maka ia wajib jaga dari pembatalan(yaitu dengan meneruskannya sampai sempurna).Dan untuk menjaga bahagian yang telah terlaksana tadi tidak ada cara lain kecuali dengan keharusan melaksanakan sisanya/kelanjutannya; dan kerana meneruskan sampai selesai ini berstatus wajib,maka mengqadanya pun berstatus wajib.Alasan lainnya memenuhi aqad/janji dengan Allah adalah wajib,dan membatalkan janji dengan-Nya adalah haram dalamn setiap ibadah yang bahagian awalnya beergantung kepada bahagian akhirnya.Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad, ayat 33:  

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ .

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!

Imam malik berkata :”Tidak selayaknya orang berpuasa sunat membatalkan puasanya kecuali dalam keadaan darurat.Aku mendapat berita bahawa Ibnu Umar pernah berkata,’Barangsiapa puasa sunat kemudain membatalkannya diluar keadaan darurat, maka itulah orang-orang yang bermain dengan Agama.”

Adapun kelompok kedua berkata,barang siapa telah memulai amalan sunat selaian haji dan umrah(misalnya puasa,solat,I’tikaf,thawaf,wudhuk,membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya), maka ia tidak harus(wajib) menyelesaikannya; dia boleh menghentikannya ditengah jalan,dan ia tidak berkewajipan mengqadanya.Dia tidak bedosa dengan membatalkan amal sunat tersebut, namun dia dianjurkan mengerjakannya sehingga selesai.Sebab hal ini terhitung sebagai penyempurnaan ibadah yang merupakan perkara yang diperintahkan.Makruh membatalkan ibadah tanpa ada sebarang keuzuran,sesuai dengan zahir firman Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad, ayat 33:  

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ .

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!

Juga kerana membatalkan amalan sunat bererti menghilangkan pahalanya.Akan tetapi jika ada keuzurnnya (misalnya menemani tetamu makan apabila dia berasa segan dengan tuan rumah tidak makan, atau sebaliknya), Maka tidak makruh membatalkan amalan sunat, bahkan sebaliknya dianjurkan  Hal ini berdasarkan riwayat yang bermaksud:

“Dan kamu mempunyai kewajipan terhadap tamumu.”

Juga Hadis yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaklah dia memuliakan tamunya.” HR: Bukhari dan Muslim

Juga dalil amal sunah tidak berubah menjadi wajib setelah dimulai(dalam soalt puasa), adalah seperti sabda Nabi SAW. yang bermaksud:

“Orang yang berpuasa sunat adalah ketua kepada dirinya; jika dia mahu,dia boleh meneruskan puasanya, dan jika dia tidak mahu dia boleh berbuka.” HR Hakim dalam al-Mustadrak(1/439) al-Hakim mengatakan sahih,tetapi didhaifkan oleh Bukhari

Pendapat yang membolehkan membatalkan puasa sunat diriwayatkan oleh Ibnu Umar,Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud.Adapun haji dan umrah tathawwu’(sunat) adalah haram dibatalkan, sebab haji dan umrah berbeza dengan amalan lain dalam hal keharusan disempurnakan dan dalam hal kewajipan membayar kafarah jika pelaksananya melakukan jimak.Pada umumnya haji dan umrah baru terlaksana setelah seseorang mengeluarkan biaya yang besar dan menanggung kesulitan yang berat, sehingga membatalkannya bererti membuang harta secara percuma dan menyia-nyiakan usahanya yang tidak ringan.

 

 

 

No comments:

Post a Comment