Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
2-Fiqh al-Manhaji
3-Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah al-Zuhaily
1-Meninggalkan solat dengan sebab : Tertidur,Terlupa
dan Pengsan
Para ulama bersepakat bahawa mengqadha solat
diwajibkan keatas orang yang lupa atau tertidur berdasarkan sabda Nabi SAW.
yang bermaksud:
“Sebenarnya
tidur tidak termasuk dalam katagori lalai. Kelalaian terjadi ketika bangun( dan
tidak mengerjakan solat).Jadi, apabila seseorang terlupa solat atau tertidur,
hendaklah dia segera melakukannya sebaik sahaja ingat.”HR: hadis hasan Sahih Riwayat Tirmizi
Sabda Nabi SAW. yang bermaksud:
"Sesungguhnya
Allah mengampunkan Umatku mengenai kesalahan dan kelupaan, dan apa yang mereka
dipaksa melakukannya" – HR:Ibnu Majah
Sabda Nabi SAW. yang bermaksud:
"Barang siapa yang terlupa solat atau tidur dan
terlepasnya, kafarahnya ialah bersolatlah sebaik sahaja dia ingat" – HR:
Muslim
Ulama' melihat alasan
tidor dan lupa merupakan alasan yang syarie dan bukanlah alasan-alasan lain
seperti sibuk, malas, tidak sampai seru, tidak ada masa dan sebagainya, Senario
ini merujuk kepada waktu solat bagi seseorang yang tidur atau terlupa, lalu dia
segera menunaikannya, maka solat tadi dikategorikan oleh sepakat ulama' sebagai
Solat Qadha.Menurut
Dr Wahbah Al-Zuhaily, definasi Qadha ialah "melakukan sesuatu amalan yang
diwajibkan selepas dari waktunya.”
Orang yang pengsan tidak diwajibkan mengqadha solatnya,
melainkan dia tersedar pada waktu yang sempat baginya untuk bersuci dan
mengerjakan solat. Abdur Razaq meriwayatkan dari Nafi’, bahawa Ibnu Umar pada
suatu ketika jatuh sakit hingga pengsan dan hingga tidak mengerjakan solat.
Setelah sedarkan diri, dia tidak mengqadha solat yang tertinggal itu.
Dari Ibnu Juraij, dari Ibnu Thawus, dari ayahndanya,
bahawa seseorang yang jatuh sakit hingga pengsan, kemudian sedarkan diri tidak
perlu lagi mengqadha solatnya.
Ma’mar berkata: “ Aku pernah bertanya kepada az-Zuhri
mengenai solat yang ditinggalkan oleh seseorang yang pengsan.” Dia menjawab: “
Orang itu tidak perlu mengqadha solatnya.”
Dari Hammad bin Salamah dari Yunus bin Ubaid, bahawa
Hassan al-Bashri dan Muhammad bin Sirin mengatakan: “ Orang yang pengsan
tidak perlu mengqadha solat yang tertinggal selama pengsan itu.”
2-Meninggalkan
solat dengan sengaja
Jumhur Ulama:Seseorang
meninggalkan solat dengan sengaja, menurut mazhab jumhur ulama, orang itu
berdosa dan wajib mengqadha solatnya. Mereka berhujah bahawa jika solat yang luput dengan sebab tertidur dan lupa
diwajibkan qadha, maka apatah lagi jika yang ditinggalkan dengan sengaja. Maka,
bertambahlah wajibnya.Abu Hanifah, Malik dan Syafi’e berpendapat bahawa orang
itu tetap dikehendaki mengqadha solat yang ditinggalkan setelah berakhirnya
waktu solat. Malahan Malik dan Abu Hanifah menegaskan bahawa sesiapa
meninggalkan solat atau beberapa solat hendaklah boleh mengqadhanya sebelum
waktu solat berkenaan tiba. Ini apabila solat yang sengaja ditinggalkan itu
sebanyak lima kali solat fardhu atau kurang tanpa mengira waktu solat tanpa
mengira waktu solat yang baru tiba itu sudah habis atau mahupun belum.Tetapi
jika solat yang ditinggalkan lebih dari lima waktu solat fardhu, maka hendaklah
orang yang terbabit memulakan dengan solat
yang baru tibanya terlebih dahulu.Mereka berdalilkan surah al-Ma’un ayat 4-5:
× فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَÇÍÈ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ
سَاهُونَÇÎÈ
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang
solat,5. (yaitu) orang-orang yang lalai
dari solatnya,
Dan surah Maryam:
59
فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا
الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
Maka datanglah
sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan solat dan
memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan menemui kesesatan,
Seandainya orang
yang sengaja meninggalkan solat tersebut masih sempat mengerjakannya setelah
habis waktunya, nescaya mereka tidak diseksa dalam neraka wail atau dikatakan
sesat. Begitu juga, seseorang yang mengakhirkan perlaksanaan solat hingga di
penghujung waktu tidak diseksa di dalam Neraka Wail dan tidak pula dikatakan
sesat.
Ibnu Taimiyah berkata: Bahawa seseorang yang sengaja meninggalkan solat tidak disyariatkan
mengqadhakan solatnya.Malahan sekiranya tetap mengqadha solatnya, solatnya
tetap dianggap tidak sah. Namun dia harus memperbanyak mengerjakan solat sunat.
Ibnu Hazm(Mazhad Dzahiriah)
mengulas masaalah ini dengan panjang lebar dan di sini akan disimpulkan sebagai
berikut: “Seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja sehingga keluar
waktunya, maka ia tidak perlu mengqadha solatnya selama-lamanya. Namun dia
dikehendaki memperbanyakkan berbuat amalan kebaikan dan mengerjakan solat
sunat, agar timbangan amalannya pada hari kiamat bertambah banyak dan dapat
menutupi solat yang ditinggalkan itu.Disamping itu hendaklah dia bertaubat dan
beristighfar kepada Allah ‘Azza wa Jalla.
Masaalah mengqadha solat adalah
merupakan suatu ketentuan agama yang hanya boleh ditetapkan oleh
syarak,sedangkan syarak harus datang dari Allah Ta’ala yang disampaikan melalui
perantaraan Rasulullah SAW. Selain itu Allah telah menetapkan waktu tertentu
untuk setiap solat fardhu dan waktu itu, baik permulaan mahupun akhirnya, telah
dipastikan. Maka dalam batasan waktu itulah seseorang dibolehkan mengerjakan
solat an solat seseorang menjadi batal jika dikerjakan diluar waktunya. Hal ini
tidak ada perbezaan, samaada solat dilakukan sebelum atau sesudah waktu yang
ditetapkan itu tadi, sebab kedua-duanya sama-sama dilakukan di luar waktunya.
Di sini antara satu sama lain dapat dikiaskan, di mana kedua-duanya sama-sama
melanggar batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala, padahal
Allah berfirman dalam surah al-Thalaq,1:
4 y وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ
اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ۚ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ
ذَٰلِكَ أَمْرًا
Itulah batasan(hukum-hukum)
Allah, Dan sesiapa melanggar batasan-batasan yang telah ditetapkan Allah, sesungguhnya
dia telah berbuat zalim/menganianya terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui
barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru.
Ibnu Hazm juga
berkata: Seandainya mengqadha solat diwajibkan keatas seseorang yang sengaja
meninggalkan solat, tentulah peraturan dan keterangan masaalah ini tidak akan
dibiarkan begitu sahaja oleh Allah dan Rasul-Nya. Allah dan RasulNya tidak
pernah menyulitkan dan menyengsarakan kita dalam bidang apa pun termasuk masaalah
solat.Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah Maryam:64,
وَمَا نَتَنَزَّلُ إِلَّا بِأَمْرِ رَبِّكَ ۖ لَهُ مَا بَيْنَ أَيْدِينَا
وَمَا خَلْفَنَا وَمَا بَيْنَ ذَٰلِكَ ۚ وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا
Dan tidaklah kami
(Jibril) turun, kecuali dengan perintah Tuhanmu. kepunyaan-Nya-lah apa-apa yang
ada di hadapan kita, apa-apa yang ada di belakang kita dan apa-apa yang ada di
antara keduanya, dan tidaklah Tuhanmu
lupa.
Allah SWT berfirman dalam urah Al-Baqarah 185:
يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ
الْعُسْرَ
Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak
menghendaki kesukaran bagi kamu.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Taghabun:16:
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut
kesanggupanmu.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah:286:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا …….4 ÇËÑÏÈ
Allah tidak
membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Ibnu Hazm selanjutnya
menerangkan, bahawa Allah Ta’ala tidak pernah menjadikan uzur sebagai alasan
untuk menagguhkan perlaksanaan solat hingga diluar waktunya bagi mereka yang
telah pun diwajibkan mengerjakan solat., walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Samada ketika pertempuran, peperangan, sakit kuat, musafir dan lain-lain. Allah SWT
berfirman dalam surah Al-Nisa:102:
وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ
فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَy7tè¨B …… ÇÊÉËÈ
Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka
(sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, Maka
hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) bersamu ……
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah:239:
فَإِنْ خِفْتُمْ فَرِجَالًا أَوْ رُكْبَانًا ۖ فَإِذَا
أَمِنتُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَمَا عَلَّمَكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَÇËÌÒÈ
Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), Maka solatlah
sambil berjalan atau berkendaraan. Kemudian apabila kamu telah aman, Maka
sebutlah Allah (solatlah), sebagaimana Allah Telah mengajarkan kepada kamu apa
yang belum kamu ketahui.
Ibnu Hazm menegaskan bahawa seseorang yang meninggalkan
solat dengan sengaja, maka hendaklah memperbanyakkan istighfar, taubat dan
mengerjakan solat sunat, berdalilkan firman Allah Ta’ala dalam surah Maryam:
59-60:
* فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ
وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّاÇÎÒÈ إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَٰئِكَ
يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًاÇÏÉÈ
Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek)
yang mengabaikan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan
menemui kesesatan,Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, Maka
mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan/dikurangkan pahala)
sedikitpun,
Juga Firman Allah Ta’ala dalam surah Ali-Imran:135
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا
فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا
لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ
مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَÇÊÌÎÈ
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan
perbuatan keji* atau menganiaya diri sendiri,mereka ingat akan Allah, lalu
memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni
dosa selain dari pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu,
sedang mereka Mengetahui.
[*] yang
dimaksud perbuatan keji (faahisyah) ialah dosa besar yang mana mudharatnya
tidak Hanya menimpa diri sendiri tetapi juga orang lain, seperti zina, riba.
menganiaya diri sendiri ialah melakukan dosa yang mana mudharatnya Hanya
menimpa diri sendiri baik yang besar atau kecil.
Juga Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Zalzalah:7-8
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ÇÐÈ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُÇÑÈ
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat
dzarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang
mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya
pula.
Juga Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Anbiya,47:
وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ
فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا ۖ وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ
أَتَيْنَا بِهَا ۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَاسِبِينَ
Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari
kiamat, Maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. dan jika (amalan
itu) Hanya seberat biji sawipun pasti kami mendatangkan (pahala)nya. dan
cukuplah kami sebagai pembuat perhitungan.
Seluruh Umat Islam bersepakat dengan disokong oleh
keterangan nas-nas yang sahih, bahawa mengerjakan solat sunat merupakan
sebahagian amal kebajikan dan hanya Allah Maha mengetahui seberapa besar
jumlahnya yang bakal diperolehi. Demikian juga solat fardhu merupakan
sebahagian amal kebajikan dan hanya Allah Maha mengetahui seberapa besar
jumlahnya yang bakal diperolehi. Allah Ta’ala telah menegaskan bahawa Dia sama
sekali tidak akan menyiakan amal siapa pun yang mahu beramal, dan setiap amal
kebajikan menghapuskan amal kejahatan seperti mana firmanNya dalam surah
Hud,114,
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ
اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ
السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ
Dan Dirikanlah
sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian
permulaan daripada malam. Sesungguhnya
perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang
buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
No comments:
Post a Comment