Friday, 31 July 2015

Sudut Feqah:Membaca Takbir Intiqal(perpindahan)- اللَّهُ أَكْبَرُ


Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
2-Fiqh Manhaji(Fiqh Mazhab Syafi’e)
3-Nailul Authar oleh Asy Syaukani
4-Bahrul Mazi oleh Mohammad Idris bin Abd Rauf al-Marbawi
5- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah al-Zuhaily

6-Fath Bari

Disunatkan membaca takbir ( اللَّهُ أَكْبَرُ) pada setiap kali bangkit dan turun, berdiri dan duduk. Kecuali ketika bangkit dari ruku’.Ketika itu, hendaklah seseorang membacaسمع الله لمن حمده”(Maha Mendengar Allah terhadap pujian orang yang memujiNya).

Disunatkan bahawa permulaan takbir itu bersamaan dan serentak dengan perpindahan rukun yang hendak dilakukan(Bukan dibaca dipertengahan atau setelah hampir selesai perpindahan).

Dari Ibnu Mas’ud, katanya, yang bermaksud:

“Aku pernah melihat Rasulullah SAW. membaca takbir setiap kali turun dan bangkit, berdiri dan duduk.” (Diriwayatkan oleh Ahmad.al-Nasae’I dan al-Tirmizi yang mengatakan kesahihan hadis ini.Beliau berkata: Inilah amalan para sahabat Nabi SAW., antaranya adalah Abu Bakar, Umar,Uthman, Ali dan lain-lain. Begitu juga generasi tabi’in, tabi’it tabi’in dan sebilangan besar fuqaha dan Ulama).

Dari Abu Bakar bin Abdur Rahman bin al-Harith, bahawa dia pernah mendengar Abu Hurairah berkata, yang bermaksud:

“Apabila Rasulullah SAW.  berdiri hendak mengerjakan solat,beliau membaca takbir  اللَّهُ أَكْبَرُ ketika berdiri, kemudian membaca takbir pula ketika ruku’.Kemudian membaca سمع الله لمن حمده  ketika hendak bangkit dari ruku’.Kemudian menyambung ‘رَبَّنَا وَلَكَ ٱلْحَمْدُ’ ketika baginda dalam keadaan berdiri tegak.Kemudian membaca,  اللَّهُ أَكْبَرُ  ketika ingin turun sujud,bertakbir ketika mengangkat kepala, ketika sujud dan angkat kepala semula.Kemudian Baginda melakukan perkara yang sama dalam sembahyang yang dilakukan sehingga selesai menunaikannya.Baginda juga bertakbir ketika bangun selepas duduk(duduk tasyhud awwal) pada akhir rakaat kedua.HR Bukhari dan Muslim.

Dari Ikrimah katanya yang bermaksud:

“Aku bercerita kepada Ibnu ‘Abbas:”Aku mengerjakan solat zohor di al-Bathha’ dan bermakmumkan di belakang orang tua yang bodoh.Dia bertakbir sebanyak 22 kali.Dia membaca takbir ketika sujud dan ketika mengangkat kepalanya.”Ibnu ‘Abbas berkata:”Demikainlah cara solat Abu al-Qasim(Muhammad SAW.).    HR: Ahmad dan Bukhari

 

No comments:

Post a Comment