Wednesday, 8 July 2015

Sudut Feqah: Ma'mum Masbuk, Dan Bilakah Dianggap Ia Mendapat satu Rakaat

Sumber Rujukan
1-Nailul Authar-Oleh Asy Syaukani
2-Fiqh Sunnah- Oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
3-Bahrul Mazi(Syarah bagi Hadis al-Tirmizi)- Oleh Muhammad Idris Rauf al-Marbawi
4-Fiqh Islam Wa Adillatuhu-Oleh Prof. Dr Wahbah al-Zuhaili

Sesiapa yang sempat mengikuti imam dalam solatnya, hendaklah ia terus bertakbiratul ihram,sambil berdiri, lalu mengikuti apa saja yang dilakukan imam pada ketika itu. Seseorang tidak dianggap sempat mengerjakan satu rakaat melainkan dia sempat mengerjakan rukuk bersama imam, sama ada dia sempat rukuk secara sempurna bersama imam ataupun hanya sekadar membongkok sehingga kedua tangannya sempat memegang kedua lututnya sebelum imam mengangkat kepalanya bangkit dari rukuk.
"Dari Abu Hurairah ra., Dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:  "Jika kamu datang untuk mengerjakan solat ketika kami sedang sujud,maka sujudlah, tapi janganlah kamu menghitungnya satu rakaat! Tetapi sesiapa sempat mengerjakan rukuk bersama dengan imam,maka bererti dia sempat mengerjakan satu rakaat!" HR: Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya. Demikian pula al-Hakim dalam al-Mustadrak sekaligus mengkatagorikannya sebagai hadis sahih".

Maksud Hadis:
"Dari Abu Hurairah ra., Dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Apabila kalian(mahu) mendatangi solat, sedangkan kami dalam sujud,maka hendaklah kalian sujud, dan jangan kalian hitung dia suatu(satu rakaat). Dan barangsiapa menjumpai rakaat itu, (bererti) ia telah menjumpai solat itu". HR Abu Daud

Maksud Hadis:
"Dari Abu Hurairah ra., Dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa mendapati satu rakaat dari solat itu bersama imam,maka(bererti) ia telah mendapati solat itu". 
HR: Bukhari dan Muslim

Maksud Hadis:
"Dari Ali bin Abi Talib dan Mua'adz bin Jabal.keduanya berkata: Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: "Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi solat,sedang imam dalam satu keadaan, maka kerjakanlah seperti apa yang dikerjakan imam". HR: Tirmizi

Perjelasan:

       Syarih berkata: Perkataan "barangsiapa menjumpai rakaat itu" , menurut satu pendapat bahawa yang dimaksudkan rakaat disini adalah 'ruku'. Begitu juga perkataan "rakaat" dalam hadis Abu Hurairah, yang berbunyi: ""Barangsiapa mendapati satu rakaat dari solat itu " .Jadi orang yang menjumpai imam dalam keadaan 'ruku' , bererti menjumpai rekaat itu.Begitulah pendapat jumhur.
       Perkataan " maka kerjakanlah seperti apa yang dikerjakan imam" itu menunjukkan dianjurkan makmum masbuq mengikuti imam pada bahagian solat yang mana saja di jumpai, tanpa membezakan antara ruku', sujud mahupun duduk.

No comments:

Post a Comment