Friday, 24 July 2015

Sudut Feqah:Puasa Enam Hari Pada Bulan Syawal


Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Fiqh Manhaji(Fiqh Mazhab Syafi’e)

3-Nailul Authar oleh Asy Syaukani

4-Bahrul Mazi oleh Mohammad Idris bin Abd Rauf al-Marbawi

5- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah al-Zuhaily

Sekumpulan Ulama Hadis meriwayatkan kecuali al-Bukhari dan al-Nasa’i dari Abu Ayub al-Ansari bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan lalu diiringi dengan enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.”

Dari Jabir bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:

““Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan lalu diiringi dengan enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.”HR Ahmad

Dari Tsauban bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa  puasa Ramadhan dan 6 hari sesudah ‘Idul Fitri, maka yang demikian itu(sama dengan) setahun penuh, kerana barangsiapa mengerjakan kebaikan maka baginya pahala sepuluh kali ganda.” HR Ibnu Majah

Syarih berkata hadis-hadis dalam bab ini dijadikan dalil atas sunatnya puasa 6 hari dari bulan syawal.Begitulah pendapat al-Syafi’e,Ahmad ,Daud dan lain-lain.
Menurut Ahmad, ia boleh dilakukan secara berturut-turut dan tidak berturut-turut, dan tidak ada keutamaan sama ada melakukannya secara berturut-turut mahupaun tidak. Sedangkan menurut mazhab Hanafi dan Mazhab Syafi’e, diutamakan melakukannya secara berturut-turut iaitu selepas hari raya ‘Idul Fitri.Walaubagaimanapun, ini bukanlah syarat bahkan kesunatan turut diperolehi juga jika dilakukan secara berasingan

No comments:

Post a Comment