1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
2-Fiqh Manhaji
3-Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah al-Zuhaili
4-Nailul Authar oleh Asy-Syaukani
Hendaknya, pada hari Raya Idul Fitri, seseorang memakan sesuatu sebelum pergi menunaikan solat. Disunatkan memakan beberapa biji Kurma dengan jumlah ganjil sebelum berangkat pergi untuk menunaikan solat Aidil Fitri dan sebaliknya ketika hari raya Aidil Adha di sunatkan makan setelah selesai mengerjakan solat Aidil Adha dan Pulang kerumah.Setelah itu, dia barulah memakan daging korban kalau sedang bekorban.
Dari Anas,katanya yang bermaksud:
"Pada Hari Raya Aidul Fitri, Rasulullah SAW. tidak berangkat ketempat solat sebelum memakan beberapa buah Kurma dengan jumlah ganjil. HR: Ahmad dan Bukhari.
Dari Buraidah, katanya yang bermaksud:
"Nabi SAW. tidak berangkat(menuju masjid) ketika Hari Raya Aidil Fitri sebelum makan terlebih dahulu, dan tidak makan pada Hari Raya Aidil Adha melainkan setelah selesai solat dan pulang kerumah." HR: al-Tirmizi,Ibnu Majah dan Ahmad menambahkan"Kemudian beliau makan daging hasil sembelihan korbannya."
Al-Fath aal-Rabbani:(1634), al-Tirmizi Abwab al-Salah, bab: Ma Ja'a fi al-Akli Yawm al-Fathri qabla al-Khuruj: Jil 2, hlm 426. Mustadrak al-Hakim, jil 1, hlm:294 dan al-Hakim berkata sanad ini sahih miskipun Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya.Al-Zahabi berkata:"Hadis ini sahih dan tidak ada sesuatu apa pun yang boleh mencacatkannya.Syarah sunah al-Baghawi:(1104, jil:4 hlm:305.
Dalam al-Muwatta' disebutkan dari Sa'id bin Musayyab,bahawa katanya yang bermaksud:
"Bahawa kaum Muslimin diperintahkan makan terlebih dahulu sebelum pergi mengerjakan solat Aidil Fitri."
Ibnu Qudamah berkata yang bermaksud:"Dalam masaalah sunatnya mendahulukan makan pada hari Raya Aidil Fitri sebelum pergi ketempat solat,tidak kami ketahui adanya perselisuhan pendapat."
No comments:
Post a Comment