Saturday, 11 July 2015

Sudut Feqah: Bilangan Takbir Solat Hari Raya dan Tempat Bacaannya

Sumber Rujukan:
1-Nailul Authar- Oleh al-Syaukani
2-Fiqh Manhaji

Maksud Hadis:
"Dari Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya, bahawa Nabi SAW. bertakbir sebanyak 12 kali, yaitu tujuh kali pada raka'at pertama, dan 5 kali pada raka'at kedua, dan tidak solat sebelum dan sesudahnya. HR Ahmad dan Ibnu Majah. "
Dan Ahmad berkata, aku berpendapat seperti ini.

Dan dalam satu riwayat, ia berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
"Takbir solat idul fitri itu  7 kali di raka'at pertama dan 5 kali di raka'at kedua, dan sesudah keduanya ada bacaan. HR: Abu Daud dan Daraquthni.

ada bacaan: Maksunya, Tiap-tiap raka'at ada bacaan surah

Maksud hadis:
"Dari Amr bin Auf al-Muzani, bahawa Nabi SAW. dalam dua hari raya itu takbir 7 kali di raka'at pertama, sebelum membaca(Fatihah dan surah).dan 5 kali di raka'at  kedua(sebelum Fatihah dan Surah)" HR: Tirmizi dan ia berkata: Ini sebaik-baik hadis dari Nabi SAW. dalam bab ini. Dan Ibnu Majah meriwayatkan(juga) tapi ia tidak menyebut "Qiraat"=bacaan."

"Tetapi Ibnu Majah meriwayatkan dari Saad al-Muadzin yang didalamnya terdapat lafal "qirat" seperti yang terdahulu"

Penjelasan:
Syarih berkata: Tentang bilangan takbir dan tempatnya dalam Solat ini ulama' berselisih pendapat sampai ada 10 pendapat. Diantaranya:
1-Dirakaat pertama 7 kali sebelum membaca (Fatihah), dan di raka'at kedua 5 kali sebelum membaca (fatihah). Al-Iraqi berkata: Ini pendapat sebahagian besar ulama' dari kalangan sahabat, tabi'in dan iman-iman mazhab. Al-Syafi'i berkata: Sesungguhnya 7 kali yang pertama itu ialah sesudah takbiratul ihram.

2-Bahawa takbiratul ihram itu termasuk 7 kali dalam raka'at pertama. Ini adalah pendapat Imam Malik dan Ahmad.

Selanjutnya Syarikh berkata: Ibnu Abdil Bar berkata: Diriwayatkan dari Nabi SAW. dengan sanad-sanad yang bagus, bahawa Nabi SAW. bertakbir 7 kali pada raka'at pertama dan 5 kali pada raka'at kedua pada dua hari raya, tetapi tidak pernah diriwayatkan orang dari Nabi SAW., baik dengan sanad yang kuat atau lemah yang menyalahi ini, dan inilah yang patut untuk diamalkan.

       Syarih berkata: Dan dalam hadis Aisyah bagi Daraquthni, (7 kali itu) selain takbiratul ihram, dan bagi Abu Daud, selain dua takbir ruku', dan ini dijadikan dalil bagi orang yang berpendapat bahawa 7 kali itu tidak termasuk takbiratul ihram dan takbir ruku' dan yang 5 kali tidak termasuk takbir ruku'. Selanjutnya Syarih berkata: Pendapat yang paling kuat adalah pendapat yang pertama, baik tentang bilangan takbir mahupun tempat membaca.

       Tetapi terjadi perselisihan pendapat, tentang apakah takbirnya itu berturut-turut atau diselang-selikan dengan bacaan tahmid,tasbih dan sebagainya? Kemudian Imam Malik, Abu Hanifah, al-Auza'i berpendapat bahawa takbirnya itu berturut-turut seperti seperti bacaan tasbih pada ruku', dan sujud. Mereka beralasan, bahawa kalau ada bacaan yang diperintahkan di antara takbir-takbir itu tentu diriwayatkan seperti diriwayatkan takbir (itu sendiri). Sedang Syafi'i berkata: Setiap antara dua takbir hendaklah berhenti untuk membaca tahlil, tahmid dan takbir

Yang dimaksudkan yaitu bacaan "Subhanallah Wal Hamdu Lillah Wa Laa Illaaha Illallahu Akbar " Dan yang betulnya bacaan ini pun tidak ada dalilnya.


No comments:

Post a Comment