Saturday, 11 July 2015

Sudut Feqah: Tidak Ada Solat Sebelum dan Sudah Solat Hari Raya


Sumber Rujukan:
1-Nailul Authar oleh Asy-Syaukani
2-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
3-Fath al-Bari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqolani

Maksud Hadis:
"Dari Ibnu 'Abbas ia berkata: Nabi SAW. keluar pada hari hari raya kemudian ia solat dua raka'at, yang ia tidak solat sebelum dan sesudahnya. HR Jamaah

"Dan mereka(Jamaah) selain Tirmizi dan Ibnu Majah menambh: Kemudian Nabi SAW. datang kepada wanita-wanita sedang Bilal menyertinya, lalu ia memerintahkan mereka bersedekah, kemudian perempuan-perempuan itu segera menyedekahkan cincin dan kalung mereka."

"Dan dari Ibnu Umar bahawa ia keluar pada hari raya, tapi ia tidak solat sebelum dan sesudahnya, dan ia menyebutkan, bahawa Nabi SAW. pun berbuat demikian. HR: Ahmad dan Tirmizi, dan Tirmizi mengesahkannya.Al-Hakim berkata: Sanad hadis ini sahih, meskipun al-Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya dengan lafaz seumpama ini.Bagaimanapun kedua-duanya bersetuju dengan hadis Sa'id bin Jubair dari Ibnu 'Abbas bahawa Nabi SAW. tidak pernah mengerjakan solat sebelum dan sesudah solat hari raya. 

"Dan bagi Bukhari dari Ibnu 'Abbas (dikatakan): Bahawa Nabi SAW. tidak menyukai(makruh) solat sebelum (solat) hari raya". Fath al-Bari, jil:2, hlm:552

"Dan dari Abu Sa'id dari Nabi SAW., bahawa Nabi SAW. sama sekali tidak pernah solat sebelum (solat) hari raya, kemudian apabila ia telah pulang ke rumahnya maka ia solat dua raka'at."
HR: Ibnu Majah dan Ahmad yang semakna dengan itu.

Penjelasan:
Syarih berkata; Perkataan: "yang ia tidak solat sebelum dan sesudahnya". itu, di dalam hadis ini dan hadis-hadis lainnya dalam bab ini menunjukkan dimakruhkan solat sebelum dan sesudah solat hari raya.Ini adalah pendapat Ahmad bin Hanbal, dan diriwayatkan dari Imam Malik, bahawa ia berkata: Tidak ada solat Tathawwu' di tempat diadakan solat hari raya itu, sebelum dan sesudah solat hari raya, tetapi kalau solat itu diadakan di masjid ada dua riwayat, sedang al-Zuhri berkata: Aku tidak pernah pun mendengar seorang pun dari ulama' kita,ada yang menyebutkan, bahawa salah seorang dari kalangan salaf ada yang solat sebelum dan sesudah solat hari raya.

      Dan dari Imam Ahmad bahawa ia berkata: Orang-orang kufah solat sesudah solat hari raya dan bukan sebelumnya.Sedangkan orang-orang Bashrah solat sebelum hari raya dan tidak sesudahnya, tapi orang-orang Madinah tidak solat sebelum dan sesudah solat hari raya.

      Mengenai solat sunat Mutlak, al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan dalam Fath al-Bari bahawa tidak ada dalil khusus yang melarangnya, kecuai dilakukan pada waktu-waktu yang dimakruhkan sebagaimana waktu-waktu yang lain.

      Dan al-Bazzar meriwayatkan dari al-Walid bin Sarii' bekas hamba sahaya Amr bin Harits, ia berkata: Kami pernah keluar bersama Amirul mukminin Ali bin Abi Talib pada hari raya kemudian ia ditanya oleh satu kaum dari teman-temannya, tentang solat sebelum dan sesudah solat hari raya, tetapi Ali sama sekali tidak menjawabnya, kemudian setelah tiba waktu solat, kemudian ia bersolat dengan orang ramai,lalu ia bertakbir 7 kali dan 5 kali, kemudian khutbah kemudian naik(kenderaannya), maka mereka bertanya: Ya Amirulmukminin, bagaimana orang-orang yang mengerjakan solat (selain solat hari raya). Beliau menjawa:Barangkali saya tidak akan berbuat begitu. Kamu bertanya kepadaku tentang sunnah Nabi SAW. bahawa Nabi SAW. tidak pernah solat sebelum dan sesudah solat hari raya, maka barangsiapa suka silakan mengerjakannya dan barangsiapa tidak suka maka tinggalkan. Pernahkah kamu melihat aku melarang satu kaum untuk solat? Kalau begitu aku sama dengan orang yang melarang manusia mengerjakan solat. 

No comments:

Post a Comment