Sunday, 19 July 2015

Sudut Feqah:Solat Sunat dalam Perjalanan



Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

Jumhur Ulama berpendapat,bahawa mengerjakan solat sunat bagi seseorang yang dibolehkan mengqasarkan solat disebabkan musafir tidaklah dimakruhkan,samada solat sunat rawatib mahupun solat sunat lain.Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan,yang bermaksud bahawa:

“Rasulullah SAW. pernah mandi di rumah Ummu Hani’ pada hari penaklukan kota Mekah, lalu beliau mengerjakan solat sebanyak lapan rakaat.”

Dari Abdulllah bin Umar yang bermaksud, bahawa:

“Nabi SAW kerap mengerjakan solat di atas kenderaannya dengan menghadap kearah dituju kenderaannya sambil memberi isyarat dengan kepala.” HR: Bukhari,

Al-Hassan berkata:”Meskipun sahabat-sahabat Nabi SAW. sering bermusafir, mereka tetap mengerjakan  solat sunat sebelum dan sesudah solat fardhu.”Tetapi Ibnu Umar dan Ulama selainnya berpendapat,solat sunat ketika  dalam perjalanan, baik sebelum atau sesudah solat fardhu,tidak disyariatkan, kecuali solat sunat tengah malam.Bahkan pada suatu hari, Ibnu Umar melihat sesuatu masyarakat yang mengerjakan solat sunat setelah fardhu dalam perjalanan, lantas ia menegur, yang maksudnya:

“Seandainya aku hendak mengerjakan solat sunat, tentulah aku akan mengerjakannya solat fardhu dengan sempurna, iaitu tanpa mengqasarkan solat.Wahai anak saudaraku! Aku pernah mengiringi Rasulullah SAW. ketika dalam perjalanan dan aku melihatnya tidak pernah melakukan lebih dari dua rakaat hingga wafatnya. Aku pernah mengiringi Abu Bakar dalam suatu perjalanan, namun solatnya tidak melabihi dari dua rakaat.Demikian pula halnya Umar dan Uthsman.Ibnu Umar membaca ayat yang berbunyi:”Sesesungguhnya dalam perilaku Rasulullah SAW.itu terdapat contoh tauladan yang baik bagi kamu.(Surah al-Ahzab:21.” HR:Bukhari

      Hadis yang diriwayatkan oleh al-Hassan disatukan secara maksudnya oleh Ibnu Qudamah, bahawa hadis al-Hasan menyatakan, tidak ada salahnya bila dilakukan solat sunat ketika bermusafir,sedangkan hadis Ibnu Umar, tidak ada salahnya pula apabila ditinggalkan.

No comments:

Post a Comment