Monday, 6 July 2015

Sudut Feqah:Hukum Membaca Fatihah Pada Setiap Rakaat Ketika Mengerjakan Solat Fardu dan Solat Sunat

Hukum Membaca Fatihah Pada Setiap Rakaat Ketika Mengerjakan Solat Fardu dan Solat Sunat

Sumber Rujukan: Fiqh Sunnah(Oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq)

Membaca al-Fatihah pada setiap rakaat adalah wajib,samaada ketika mengerjakan solat fardu mahupun sunat. Terdapat beberapa hadis sahih menyatakan wajibnya membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat.

Maksud hadis dari 'Ubadah bin al-Shamit ra. bahawa Nabi SAW. ada bersabda yang bermaksud "Tidak sah solat seseorang yang tidak membaca surah Fatihah al-Kitab. HR Bukhari,Abu Daud, al-Nasaei,al-Tirmizi dan Ibnu Majah.

Maksud hadis dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi SAW. ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang mengerjakan solat tanpa membaca di dalamnya tidak terdapat bacaan Umm al-Quran- Dalam riwayat lain: Fatihah al-Kitab- maka solatnya itu kurang(Khidaj) iaitu tidak sempurna'" HR Muslim, Abu Daud,al-Tirmizi dan Musnad Ahmad.

Al-Khatthabi berkata:Maksud Khidaj adalah kurang yang boleh mengakibatkan kepada batal dan rosaknya solat

Maksud hadis dari Abu Hurairah ra. bahrtawa Nabi SAW. ada bersabda yang bermaksud; "Tidak sah solat yang tidak dibaca padanya Fatihah al-Kitab." HR Sahih Ibnu Khuzaimah dengan sanad yang sahih begitu juga dengan Ibnu Hibban dan Abu Hatim,Nushb Al-Rayah, Fathul Bari dan al-Tirmizi.

Menurut al-Daruquthni dengan sanad yang sahih: Tidak sah solat yang tidak membaca Fatihah al-Kitab." Diriwayatkan juga dalam sahih Ibnu Khuzaimah,sahih al-Ibnu Hibban.

Dari Abu Said,yang bermaksud bahawa, Kami disuruh(Oleh Nabi SAW.) Supaya membaca Fatihah ai-Kitab dan ayat-ayat yang mudah dan ringan. HR: Abu Daud dan Musnad Ahmad

Menurut sebahagian riwayat hadis "al-Musi' fi Shalatih" dinyatakan: "Kemudian bacalah Umm al-Quran", hingga  sabdanya: "Kemudian lakukanlah yang demikian itu pada setiap rakaat".

Seperti telah sedia maklum, Nabi SAW. sentiasa membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat, samaada ketika mengerjakan solat fardhu mahupun sunat.Malahan tidak dijumpai satu hadis pun yang menerangkan Rasulullah SAW. berbuat sebaliknya.Lagipun, satu kaedah menegaskan bahawa segala urusan dalam ibadah mestilah mengikuti jejak langkah Nabi SAW. Dalam pada itu, Rasulullah SAW.bersabda:

صَلُّوا كَمَا رَأَيتُمُنِي أُصَلِي

Maksudnya: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihatku mengerjakan solat. HR: Bukhari

No comments:

Post a Comment